AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, December 31, 2007

wonderful year 2007

Post kali ini aku nak cerita sket apa yang aku da h buat sepanjang tahun 2007. actually 2007 ni banyak kenangan terbaik yang pernah aku lalui dalam hidup aku. (jap…ayat cam sama je). Bukan itu sahaja, aku boleh katakana tahun merupakan tahun yang terbaik dalam hidup aku. Terbaik dari segi pendidikan, kejaya, persahabatan, percintaan, diri aku sendiri dan also family.

Now let’s talk about what I have reached in 2007.

Fyi, list kat bawah ni adalah yang paling aku takkan lupa mengenai 2007:-

1) hidup aku bersama-sama dengan insan-insan terbaik dan paling aku sayang sampai bila-bila – NADIA, RYNA, LISSA and SHAH. Banyak yang kitorang lalui bersama sepanjang 2007. tengok wayang lambat 1 jam lebih, dok melepak pepg kat oldtown café, dan banyak lagi la…. Tp sedih la…for this new year Nadia takde kat sini. Now she’s in Birmingham with her twin sister, Tassha and Haniyyah. Kalau tahun lepas kitorang selalu g tgk show Shah kat Sunway. But this year tak dapat hang out together lagi.

2) Aku dapat mencapai kejayaan dalam BBA(Hons) major in Marketing With Multimedia. Perkara yang tak pernah aku jangkakan satu ketika dulu aku dapat capai. Dan akhirnya aku dapat pada 2007. syukur Alhamdulillah. Bukan itu sahaja, aku mencapai target aku dalam CGPA setelah ia jatuh merundum cam bursa saham Malaysia satu ketika dulu. di hari convocation lak, aku menerima ijazah bersama-sama teman-teman yang aku sayang (mereka-mereka di atas). Happy sangat!!!

3) Then aku dapat mula kan kerjaya aku dalam tahun 2007 gak. After 2 months aku grad, aku di panggil untuk interview dan terus berkerja dengan sebuah syarikat yang besar di Malaysia ini. Walau aku tidak dapat berkerja di bahagian yang aku inginkan, namun aku rasa happy dan enjoy dengan kerja aku sekarang ini. Dan aku tinggal 2 bulan untuk confirm. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk kerjaya aku ini.

4) Tahun 2007 jugak aku menjangkakan aku dapat guna kete sendiri. Akhirnya aku dapat juga kereta sendiri. Walau bukan yang aku impikan, tapi aku percaya ada hikmah di sebalik ini dan aku tau ape. Sebab kereta itu da nak abes bayar, lagi setahun abes la loan kete. Yeay! Rezeki sangat kan.

5) Ini juga yang aku paling tak jangka. Memang dah plan, tapi tak sangka leh dapat dalam tahun ini juga. Iaitu register club, I mean gym. Gym lah tempat aku hilangkan kesunyian, tension, happy dan sebagianya. I put the bad things to +ve activity.

6) Yang ini paling membanggakan aku. Aku hanya bercinta dengan seorang insan pada 2007. walau dia orang paling aku sayang dan aku takut akan kehilangan dia, namun ia tak kekal seperti yang aku harapkan. After 6 months perhubungan ini, dia menghilang tanpa berita. Dan after 6 months menghilang, baru la dia datang balik menagih cinta lama. Maafkan aku, tiada lagi cinta di hati aku. Sehingga kini, masih belum ada cinta untuk aku terima dari mana-mana insan. And I am looking forward 2008, mana lah tau ada orang leh buka pintu hati aku menerima cinta insan lain.

7) Dan aku dapat anak lelaki bernama airil zafran. He is so sweet. Even dia anak abg aku, tapi dia da cam anak aku sendiri. I love him so much.



Actually ada beberapa perkara lagi yang aku rasa nak share. Tapi sebab hari ini cam tak sempat. Plan for today seriously pack. Jap lg nak g Shah Alam, then kene pg gym sebab aku da skipped 2 days session then mlm ada party kat umah Boboy. Itu kena pergi sebab lama tak jumpa kawan-kawan yang lain kat sana. Tapi aku nak pakai baju ape erk mlm ni? Pening……

Friday, December 21, 2007

Secebis Harapan

~ mengharap secebis harapan~



Pernahkah kita bertanya pada diri kita, jika kita merintih menitiskan air mata, siapakah yang melihat semua itu? Tuhan melihat itu semua. No doubt. Tapi apa yang menyebabkan kita jadi seperti itu. Adakah kerna kita terlalu mengikut perasaan atau kita hanya melegakan perasaan kita? Tanyalah diri kita sendiri.

Namun air mata aku yang bukan mudah untuk mengalir akan menitis juga pada ketikanya. Ia akan menitis jika hati aku betul-betul terluka, kecewa, sebak dan tertekan. Bukan kerna aku nak melegakan perasaan aku. Sebab aku tahu ia tak mungkin membuat keadaan tenang kembali atau membuat hati aku lega. Once I started to cry it will never stop until it found the right time.

Memang sekarang ini perasaan aku tak tenteram. Dan aku masih belum tahu apa yang menjadi punca itu semua. Cuma yang menggambarkan apa yang aku rasa adalah melalui lagu ‘Secebis Harapan’ dari Nora. Aku percaya semua orang tak mengerti perjalanan hidup aku. Rasa dihina, menjadi permainan orang lain, dipergunakan, dipuji, disanjung, dan ditinggalkan,

Nora - Secebis Harapan

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan

Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati kan cekal

Akan ku teruskan
walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbang wahai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan……

Sehinggakan aku sudah mula rasa putus asa. Yes, because of I’m used to be like this. Dan aku tak mengharap simpati orang lain keatas apa yang berlaku. Aku percaya dengan takdir Tuhan. Selama ini aku lakukan dengan ikhlas dan pengorbanan hidup aku selama ini aku tak minta sebarangan balasan. Tuhan Maha Adil. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Aku memberi peluang untuk diri aku menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. Memuaskan hati sendiri. Aku rasa aku mula penat untuk lakukan sesuatu demi orang lain. Tapi aku tak tau sampai bila aku mampu lakukan sedemikian. Sungguh aku katakan, aku tak mampu lakukan sesuatu yang bakal menyakiti hati orang lain kerna ia akan melukakan hati aku sendiri. Biarlah mereka hidup sempurna aku lepaskan. Biarlah aku lalui yang sukar demi mereka.

Pengorbanan hidup aku akan ku teruskan juga. Aku takkan mengalah dengan keadaan. Aku akan terus berjuang demi diri aku dan orang-orang yang aku sayang. Itulah hakikat hidup yang harus aku terima. Aku bersyukur setinggi-tingginya pada tuhan kerna melahirkan aku sebagai seorang yang penyabar, tenang dan bertimbangrasa. Alhamdulillah~

Wednesday, December 19, 2007

birthday to me again!!!




Aku rasa happy sangat this year birthday. Banyak yang berharga yang aku dapat. Antaranya setelah beberapa lama aku tak celebrate birthday aku bersama keluarga dan semalam hajat aku nak celebrate ngan famili tercapai.

I got nice watch from my parent and actually I requested for my 23rd birthday.
Not only that, I also got a neck tie from my lil bro. I really appreciate his effort to give me a present.

My 23rd birthday banyak yang aku tak jangka berlaku, dapat hadiah from my MTTP friends, dapat wallet renoma from Corporate Sales (which is my department), zuren belanja lunch kat madam kwans’s, dapat kek chocolate indulgence from my MTTP friends, tapi yang paling bermakna adalah merapatkan persahabatan antara aku yang seorang kawan yang aku sangat hargai walau tak pernah kenal diri memasing.

Thanks to Hasrul for the wonderful Parker dengan ukiran nama I. It surprised me. Thank you so much. Tapi ingatan, hadiah yang I belikan itu tak boleh guna bateri yang mahal. Sebab bateri mahal terlalu kuat kuasa untuk benda tu.

Tak dilupakan kepada izuan selaku teman rapat aku, merangkap anak angkat mama yang banyak membantu dalam melancarkan segala urusan ini. Aicehh…cam surat rasmi lak rasanya.

Kepada kawan-kawan yg tak putus-putus sms, call, email, bg mesej, komentar die myspace, friendster dan hi5, dan dari segi ape jua cara aku mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Maafkan aku kalau aku lupa untuk ucapkan selamat hari jadi waktu hari lahir kalian. Bukan apa, aku ni sangat teruk mengingat tarikh. Tapi aku hargai pengorbanan dan kesetiaan korang. Mwahhh~
~ Me and my baby blowing the candle together ~

Actually dalam hidup aku, aku jarang mengharapkan sesuatu pada hari lahir aku. Cuma aku harap dalam lalui hari yang tenang dan happy. Sebab aku banyak pengalaman yang buat aku sebak tentang hari lahir aku sebelum ini. Dan sebenarnye sambutan hari lahir aku kali ini pun atas permintaan aku. Sebab aku da lama tak rasa menyambut hari lahir sendiri bersama insan-insan yang aku saying. dan setelah aku request untuk ada kan party dengan famili, so parent aku arrangekan buat makan-makan hari sebelum birthday aku. itu pun setelah ada isu yang timbul yang buat aku sedih dan menangis.

Tapi memang dah jadi lumrah hidup aku kan, bila sambut hari lahir aku sure time tue aku single and available. Hahahahaha...(so jangan ada lagi soalan mengenai perkara ini)



Masih belum ada yang sudi beri bunga yang aku suka time birthday aku. Aku tunggu juga siapakah insane itu. Boleh?? Berangan sangat. Ala-ala fairy tales. Hahahahha…

Apa-apa pun, aku tetap happy dengan kehidupan aku sekarang. Sebab aku capai apa yang aku hajatkan. Walau tidak sesempurna yang di idamkan, namun ia tetap baik untuk aku. Aku tak kisah kalau aku terpaksa hadapi sendirian. Aku yakin aku masih kuat untuk hadapi hidup aku yang pernuh liku ini. Dengan semangat dari teman-teman rapat aku buat aku makin kuat untuk meharungi cabaran dan halangan lebih-lebih lagi berkaitan hati dan perasaan.

Harapan aku untuk birthday kali ini. Aku nak ubah hidup aku. in any ways, sebab aku da bosan dengan cara hidup aku skang ni. Memang aku happy dengan hidup aku. Tapi aku nak lebih happy. insyaAllah, aku akan buat sesuatu demi hidup aku dan harap aku tak kan rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Harap kawan-kawan pun sama.

~ penyampaian hadiah birthday dari GM ~

Monday, December 17, 2007

happy birthday to me~

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

HAPPY BIRTHDAY TO CUTY FRID....

HAPPY BIRTHDAY TO ME....


YEAY!! MY BIRTHDAY TODAY...


HARAP AKU LALUI HARI INI DENGAN TENANG DAN HAPPY


INSYAALLAH...

hey korang mana hadiah aku???

Tuesday, December 11, 2007

wishing the great day on my birthday

actually...i'm not hoping anything for my birthday...just a great time for myself...wishing list tue saje nak sedapkan hati sendiri...
sebab aku hanya nak time birthday aku...aku dapat lalui hari yg tenang dan bahagia...
doakan kalian sungguh bermakna buat aku...
thank you all....

Thursday, December 06, 2007

my birthday wishing list

This is my wishing list for my birthday this coming 17 December.

1) from my daddy – seutas jam tangan berbentuk square, yang ada bling-bling…huhuhuhu (kalau mummy nak join skali pon takper)
2) kakak and her BF – perfume lah..korang share erk yeay~ kalau dapat paris Hilton just me yang aku pakai tue lagi bagus…
3) abang aku yang bernama bad – aku nak radio kereta yang baru…yang leh play mp3 dan sebagainya
4) izuan – aku nak hair dryer berkuasa kuda…kau pon tau kan hair dryer aku tue kene spend more than 10 minutes untuk mengeringkan rambut ini…walau rambut aku pendek…

yang nie lak wishing list for my birthday tapi kepada sesiapa yang tak tau nak belikan aku ape:-
1) aku nak kasut untuk cardio yang elok untuk kaki aku jenama nike or adidas
2) dapat jacket zara pon ok gak…
3) aku nak beg kulit yang leh letak notebook, organizer, dan sebagainya…aritue adalah tgk kat leather house…ada satu beg tue aku suka sangat…
4) sport rim kete yang baru…sebab cam da bosan ngan rim yang ada skang nie…kilat sangat…
5) nak cat kereta color pink or purple…bleh??
6) Aku nak camera (digicam ke, webcam ke, Polaroid pon ok gak…tapi kalo digicam tue kene la yang ada image stability…baru cantik pic yg aku amek nanti…)

Ntah ape lagi erk…aku pon da lupa…takper nanti aku update ape lg…

Tapi aku harap ada orang bagi aku jambangan bunga yang aku suka…bunga yang penuh makna dalam hidup aku…aku tak nak ckp bunga apa…tapi aku bagi hint…bunga itu membawa makna…’u make my life more sweeter…’

Wednesday, December 05, 2007

office like my second home~

Aku baru di carut oleh ‘best fren forever’ (BFF) aku tue…oooo ko ingat keje aku update blog kat opis aku yg tercinta ini ke…bila aku bebtol rasa nak update baru aku update kat opis tau…kalo tak malas aku nak update even kat umh pon…awas yer!!!!!!!!!

~ kerja aku selain kerja yang telah dimaktubkan~

Entahlah…semenjak kebelakangan ini aku dah malas nak layan hati aku ni…sebab aku tau kalau di layan boleh bawa mati…

Hujung minggu ini aku takkan ada di KL…dan aku tak online start Jumaat sehingga aku rasa aku da boleh untuk online…tapi time-time macam nil ah si Sham dating sini…kejap kejap!! Ayat yang salah….time Sham dating sini lah aku kene outstation…tapi sebab dah janji pada diri kerja di utamakan dari yang lain-lain…(melainkan perkara-perkara yang tersenarai dalam hidup aku sahaja…senarai dah update…)

Tak sabar lak nak tunggu weekend ni…harap-harap kaki aku ok…pulih seperti sedia kala…

Actually aku rindu kat buat aktiviti baru yang tersenarai dalam hidup aku sekarang ni…FYI, aktiviti yang berfaedah tau…bukan yang bukan-bukan seperti tidur, tidur, makan nasi lemak, nasi lemak…(*matilah kalau izuan ngan dino tau…kekekekek…), clubbing pun da se makin jatuh kebawah dalam list aku tue…huhuhuhu~

Semalam hidung aku berdarah balik…ermm bila aku sakit sure jadi camtu…tapi bila berdarah ni after that sure buat aku mengantuk…tak tau kenapa…adehh~

Hari ni aku cuba investigate client akunya problem…tapi ini anak syarikat dia…memula dulu aku call dia tanya apa sebenarnya masalah dia…then dia boleh maki hamun aku…dengan kesabaran aku yang di kurniakan oleh Allah S.W.T. aku tahan sahaja…then ari ini aku kuatkan semangat call dia…dan aku cuba untuk selesaikan…so far she’s ok with me since I’m trying to fulfill her needs…tapi tak settle juga sebab aku kena buat balik termination everything again….harap dia ok la…sebab aku fikir kalau aku tak settle kan sampai bila nak selesai…

~terpaksalah aku check satu persatu nombor yang byk ni~


Next aku nak buat wishing list for my birthday soon….hahahahah….just around the corner everybody~

Tuesday, December 04, 2007

no more nasi lemak


~ happy nye dpt terbang~


Seminggu lebih rasanya tak update blog aku ni. Ermm…takda apa yang menarik pun nak di kongsikan…just last weekend aku pergi bercuti bersama famili aku…kitorang pergi Melaka…stay kat Everly Resort, Klebang…

Yang joined percutian kami adalah best buddy aku bak kata birtney ‘BFF’…selamat la dia ada sebab kalau tidak takda siapalah nak layan adik aku mandi kolam renang…nak harapkan aku…turun tengok kolam renang pun malas…

Seperti biasa…pergi 8 orang…tp memasing bawa kereta sendiri…ingat nak shopping kat Megamall…tapi tengok kat butik-butik kat sana semua outdated…boringnya…da la tu takda sale…so aku just beli benda-benda mengarut je….


Then balik KL…bermulalah kehidupan aku yang seperti biasa…kerja dan kerja…

Tapi baru-baru ini…apa yang aku inginkan menjadi kenyataan…org tua-tua kata rezeki anak-anak…aku dan kunang-kunang BFF akan mencapai impian dan matlamat masing-masing…tapi kena berkorban banyak hal dalam mencapai impian itu…

Padan muka BFF I tue...terpaksa korbankan nasi lemak yang di sentiasa makan 2 scoops nasi + ayam + telur dan sambal lebih…so terpaksalah makan sambal je…hhuhuhuhuhu….bak kata org tua lagi…usaha tangga kejayaan…


~ maaf ye nasi lemak takde ~


Dan dengan itu akan ku buktikan pada diri aku bahawanya aku mampu untuk membentuk diri aku kepada seorang yang lebih berani dan berkeyakinan tinggi…huhuhuhu…dah macam masuk kem motivasi lak…leh lah gak aku kata kem motivasi…

Now I’m going into serious part…

Dalam diam-diam baru aku sedar kehidupan ini berubah…aku merasa hidup aku tak sama seperti hidup aku sebelum ini…semakin hari aku rasa semakin matang dalam sesuatu perkara…

Aku yakin antara kita dapat rasa perubahan dalam kehidupan masing-masing…salah satunya adalah kita da tak pakai suar size 25…sekarang mungkin 35…dulu kita cemburu melihat orang memandu kereta sendiri…sekarang orang lain lak yang merasakan itu semua…dulu kita naïf dalam hal-hal berkaitan perhubungan…sekarang ada sesetengah manusia itu sering nak buat perhubungan….tut tut tut…lalalalala (*matilah carut kwn-kwn….) HAAMMMPPPUNNNN!!!

~aku menjangkau dan melangkah untuk terus hidup~


Perubahan itu banyak buat aku mula berfikir tentang diri aku sahaja…di mana letaknya diri aku dalam kehidupan aku sendiri…bagaimana aku perlu bawa diri aku dalam kehidupan aku…banyak lah…malas lak nak ckp lelebih…sebab aku tau tak semua org nak baca kan…(kupu-kupu kalo u tak nak baca sudehh~)

Ok la…aku da malas nak tulis pepanjang lagi…letih la…kaki aku sakit…bengkak sikit sebab kasut yg aku pakai untuk workout keras lagi…sebab baru…hopefully cepat baik dan pulih sepenuhnya…sakit tau nak jalan…adehhh~


* BFF is Best Friend Forever...it also can be Bitch Friend Forever....hahahahah