AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, January 24, 2008

warkah untuk bintang

~ hargai diri ini seadanya~

Sepanjang jalan yang kita lalui, pasti kita lihat langit. Mencari-cari di mana bintang itu. Adakah ia masih bercahaya atau telah hilang di sebalik malam kelam. Merindu cahaya untuk diri ini bagai menanti sekuntum bunga mekar tanpa layu.

Ayoo belum apa-apa dah jiwang karat. Anyway aku busy sangat awal tahun ini. Banyak lah yang harus aku buat. Kerja kat ofis lagi, meeting sana sini, presentation sana sini, dan macam-macam lagi la. Kalau tak salah aku da hamper 2 minggu aku tak pergi gym. Sebab aku terlalu busy dengan kerja aku. Next week aku ada presentation untuk business plan 2008. sebelum nak present tu pun dah cukup menyeksakan. Wrong figure la apa la. Pening tau kepala ini. Even aku cuti pun kene turun gak ofis nak siapkan semua tu.

Kali ini tak banyak yang aku rsaa menarik nak share kat blog aku ni. Cuma aku terlalu busy ngan kerja aku dan beberapa hal lain seperti yang tak perlu aku jelaskan. I just wanna say here I’m so sorry especially to Izuan, Amirul and others. I really can’t hang out with you guys since I am so damn busy. But when everything is settling down, we will enjoy like before ok. rindu lah nak lepak ngan korang semua. Tapi keadaan tak mengizinkan itu.

Teman Terulung - Anuar Zain


Bila bertaut senyuman

Mata berlirikan

Memancarkan keluhuran

Cerah kesederhanaan mu

Seindah kejujuranmu


Detik seia sejiwa

Terungkap setia

Tiada upaya sepi

Maka kudup penantianku

Hadirnya teman sejati


Melangkah kita menjejak mimpi

Bahgia berdiri dengan mu di sisi

Harapan kita meniti hari

Sentiasa seiring


Chorus :

Paling agung teman terulung

Tenunan emas sayap hidupku

Tak ingin ku undur bertamu

Bertakhta teguh

Ke akhir waktu

“Lagu Kita”. Sentiasa ada dalam ingatan. Takkan pernah hilang walau sesaat. Biar ia menjadi bintang ku. Kerna dalam seribu bintang, hanya bintang itu yang mampu aku gapai. Walau bulan terang di langit, walau mentari indah bersinar, namun bintang itu peneman hidup ku.

Itulah cerita “WARKAH UNTUK BINTANG”….Blehh??? =P

Wednesday, January 09, 2008

berubah kerna bintang

~ bila aku drive adalah waktu terbaik aku berfikir ~
aku yakin ramai yang mengharap yang terbaik untuk diri mereka. Dan tak lupa pada orang kita sayang. Bila yang terbaik itu datang pada kita, cubalah jadi yang terbaik untuknya juga. Jangan sesekali kita mengharapkan balasan yang setimpal atau lebih dari itu. Ini kerana perasaan orang yang dihargai lebih bermakna dari balasan lain.

Aku tahu aku da ketemu yang terbaik untuk aku. Dan aku berjanji untuk menjadi yang terbaik untuknya. Tapi… ( sambungan kepada post sebelum ini…)


Sayang-sayang - Aliff Aziz

Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu

Jauh di dasar hatiku
Inginku teriakAku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriakAku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayakuRebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang

Lagu ni betul-betul buat aku rasa tertarik untuk menyatakan rasa hati. Tapi macam kelakar lak. Sebab pelik tau. Entah la…tak tau nak cakap camner. Da la lupakan je la.

Bila kita nampak masa depan kita, jangan takut untuk kita kejar. Tapi jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Ye la. Ketara untuk kita lihat ramai yang jadi seakan kumbang tamakkan bunga akhirnya madu tak juga dapat. Wahh…cam tak caya lak aku leh buat perumpaan itu.

Hari-hari aku jalani menampakkan perubahan dalam diri aku. Aku mula bersedia dengan sebarang kemungkinan. Selagi ia berdiri bersama aku. Aku masih kuat untuk merempuh dugaan, halangan dan juga kata fitnah manusia lain. Aku mohon padamu Ya Allah, jangan Kau bawa ia jauh dari ku. Kerna semangat ku ada bersamanya.

cukuplah pasal hal yang tak pernah nak habes tu. Skang meh aku nak cite sket beberapa perkara yang merubah keadaan hidup aku sekarang ini.

Pertama hal office aku. Biasalah Monday morning kita orang ada morning talk wih our GM. Isu berbangkit adalah isu kedatangan dan disiplin. Tapi aku tak nak citer pasal isu tu, tapi cara teguran terhadap kakitangan yang lain. Sebagai seorang yang didalam corporate, orang tertinggi even sebagai seorang manusia pon, kita memerlukan sense of humanity and respect others. Tak kiralah siapa pon kita, pasti kita mahu orang lain hormat pada kita. Dan jangan sesekali kita lupa untuk hormat pada orang lain juga. Walau macam mana teruk sekali pon manusia itu, die tetap ada maruah dan perasaan. Hormat lah manusia lain jika kita mahu diri kita di hormat juga.

Kedua, menghargai diri sendiri. Itulah perkataan yang sering aku dengar. Masih terngiang-ngiang di telinga aku. Bukan selama ini aku tak hargai diri aku tapi aku akan lebihkan orang lain dari diri sendiri. Sebab aku tau dengan cara itu aku mampu untuk tidak merasa kesunyian dan kosong. Sekarang aku mampu berdiri selagi kekuatan aku masih berada bersama aku.

Ketiga, hidup aku makin lama makin sukar. Banyak yang perlu aku tempuhi yang betul-betul menduga kekuatan emosi aku. Tapi aku tau, selagi bintang itu ada bersama aku. Selagi itulah aku mampu memberikan yang terbaik. Tapi sebenarnye aku takut kalau bintang yang aku lihat itu tidak lagi memberikan cahaya pada aku, aku tak mampu nak membayanginya. Aku takut…

Kalau di fikirkan, aku bagai bermain dengan api. Tapi bak kata mama…berani kerana benar, takut kerana salah…dan tanpa keberanian impian takkan kita capai.

Saturday, January 05, 2008

apakah itu yang terbaik?


sebelum apa-apa aku nak mintak maaf la sesape yg baca blog aku. sebab blog aku tak semeriah blog yang lain. sebab blog aku hanya tempat aku luahkan perasaan aku. Bukan aku nak share life aku yang membosankan ni. Depends on my mood. Sometimes kalau ada waktu-waktu yang menarik aku nak share, mesti aku share kat sini.

Back to the story. maybe ayat ni agak cliché la erk kalau aku ckp. Hidup ini tak seindah yang kita harapkan. Memang kita rasa hidup dan takdir tak adil untuk kita. Apa yang kita mahu selalu bukan apa yang kita dapat. Dan sebaliknya. Ada juga insan-insan yang tak bersyukur akan kehadiran yang terbaik dalam hidup mereka. Ada juga antara insan lain yang berusaha untuk mendapat yang terbaik bagi diri mereka.

Tuhan itu maha adil. Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika kita dapat yang bukan kita mahukan. Itu da menjadi tanggungjawab kita untuk merubah kepada kebaikan. Dan jika kita mendapat yang terbaik, kita bertanggungjawab untuk tidak menjadikan ia terluka atau rosak.

Keadaan lebih sukar bila kita tahu yang terbaik didepan kita adalah bukan milik kita. Dan pada itu banyak perkara yang +ve dan juga –ve mula muncul dalam kotak fikiran kita. Tapi percayalah, jika kita ikhlas mendoakan kebahagian insan lain nescaya kita boleh dan akan dapat yang terbaik untuk kita.

Kita kene concern juga dengan cara kita jaga perkara terbaik itu. Mungkin ada orang berpendapat bahawa mengikat adalah cara untuk ia tidak hilang dari kita. Some of people put a borders to make sure that mereka ada sempadan mengenai sesuatu. Dan ada juga yang memberi kebebasan kerna sayang. Itu semua kerana sayang. Tapi fikirkanlah apakah itu terbaik untuk diri kita dan orang lain?

Sorry la post kali nie serius sket. Tp itu yang bermain dalam fikiran aku. Kekadang aku tak tau mana aku nak letak cinta, sayang dan perhubungan serta harapan aku. Sekarang aku ada nampak yang terbaik untuk aku. Tapi…