AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, November 25, 2008

Setia Kasih




Setia Kasih - Haleeda

Sekali air sungai melimpah,
Sekali pasirnya pun berubah,
Itu lah falsafah yang menjadi ikutan dan juga bualan

Tapi bagi ku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah Cuma
Adalah pasir saja
Penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai
Nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hati ku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hati ku serta kepayahan ku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setia ku kini hanya satu
Dan kasih ku bukanlah beribu
Biar bercerai badan
Jasad atau pun nyawa
Aku tetap setia
Sayang ku...


Lagu ini mula aku dengar kembali sejak aku ke Tanjung Malim dengan kembar aku si Izuan. Sedang enak kami makan di sebuah kedai makan di sana, tibaa-tiba lagu ini dimainkan diradio.

Lagu ini telah aku ambil dari abg kesayangan aku si Garf a.k.a Dech dan beberapa lagu yang aku memang cari. Bagi siapa yang belum atau tak pernah dengar atau sudah lupa tentang lagu ini, dengarlah Sinar fm sebab agak selalu juga mereka memutarkan lagu ini.

Haleeda adalah bekas isteri Azman Adnan dan pernah berlakon beberapa drama tv.

Hayatilah lagu ini sedalam-dalamnya.

Tuesday, November 18, 2008

I missed Nadia

Dalam diam di kala malam, aku merindui seseorang yang aku sayangi.

Sekarang dia jauh di New York. Tak sabar untuk tunggu dia pulang ke Malaysia.

Rindu waktu aku bersama dengannya. Dia adalah insan yang aku tak sabar untuk berjumpa setiap hari. Terlalu banyak kenangan aku dengannya.

Aku harap dia sihat di sana.

NADIA.... I MISSED YOU SO MUCH!!!!!!! *nanges....

Ruangan khas buat PAKWEKU....


Aku update kali ini adalah sebab si Pakweku!!!


Anyway thanks to him because he always give me semangat untuk teruskan apa yang aku buat salah satunya adalah update blog. *sambil buat spirit finger....tetibe rindu nak cheer...


Si Pakweku adalah insan yang banyak ajar aku tentang kekuatan diri aku. Thank you again.


Nadz...Nadzz...Simpan gelang itu bebaik ye...Ingat pesan I dari dulu sampai sekarang dan ingat I walau di mana jua U berada.


I doakan apa yang U hajatkan akan termakbul. Semoga semua berjalan dengan lancar.


I tak nak tengok U sedih lagi. I suka tengok U happy go lucky seperti dulu. Senyuman yang tak lekang dari bibir U. I missed that.


Thanks Nadzreekusairi...I sentiasa ingat kenangan dulu...

I've been TAGGED AGAIN by PAKWEKU again!!

Aku di'tagged' oleh Pakweku. Sila lah baca :




7 Fakta Tentang Saya



**************************************
7 fakta tentang saya :
1- nama saya Ahmad Firdaus Jamil
2- dilahirkan pada 17 Disember 1984
3- dilahirkan di Kuala Lumpur
4- anak ke4 dari 5 beradik
5- saya sentiasa sendiri
6- seorang yang 'independent'
7- seorang lelaki
**************************************
7 perkara menakutkan saya di dunia :
1- sangat takut untuk membuat pilihan (perkara yang selalu aku kena buat)
2- takut dengan gelap (sangat fobia)
3- takut naik motorsikal (fobia yang kedua)
4- takut kalau lukakan hati orang lain (tanyalah kembar aku)
5- takut makin gemuk (diriku seadanya gemuk)
6- takut kehilangan apa jua yang berharga dalam hidup (itu sahaja yang aku miliki di bumi ini)
7- takut untuk bercinta (terlalu banyak yang sakit dari gembira)
*************************************
7 lagu buat masa skrg :
1- Lay your love on me - ABBA
2- Kekasih Yang Tak Dianggap - Pinkan Mambo (lagu pemberian Pakweku)
3- Usah Bertanya Lagi- Siti Fairuz (lagu ini ditujukan khas buat seseorang yang jauh)
4- Setia Kasih – Haleeda (Lagu yang penuh dengan cerita kan…Izuan kan…)
5- Nazam Berkasih – Syura (DIAM kau Izuan!!!!!)
6- Cinta Terhalang – BOB (Terhalang sangat kan…)
7- Tongue Tied – Faber Drive (Nada dering telefon bimbit ku…suka sangat VC lagu ini)
************************************
7 perkara selalu sebut :
1- KANNN…
2- ERK…(keturunan Johor…)
3- NTAH…(perkataan yang sentiasa ada di hujung bibir aku)
4- YOLAH
5- GITEW
6- I MEAN
7- KAMBING TOL (melekat sangat ayat ni dari zaman sekolah…tribute to Kambing Comel)
*************************************
7 perkara yang amat bernilai :
1- Nyawa (Sudah Tentu kan..)
2- Harga Diri dan Maruah
3- Famili (Paling bernilai)
4- Sakti (Sangat berjasa)
5- Masa (Masa yang berkualiti adalah masa yang paling bernilai)
6- Insan Tercinta (Belum ada lagi)
7- Teratak ku (Perlaburan yang besar untuk keluarga aku)
**************************************
7 pertama kali dalam hidup saya :
1- Eksiden di Lebuhraya Persekutuan (Dilanggar Polis dan melanggar kereta depan)
2- Memiliki kereta dan rumah sendiri
3- Penghias kulit akhbar The Star untuk Young Anti Smoking Campaign (Cover and color with my name stated there)
4- Tinggal berasingan dengan keluarga (Walau hanya kurang dari 80km)
5- Pergi Gym (Almost everyday I go to the gym)
6- Meluahkan rasa cinta aku pada seseorang (Aku yakin insan itu tahu siapa)
7- Kerja di bahagian yang aku cuba elakkan pada mulanya (seronok sebenarnya)
***************************************
7 org bertuah menjawab tag ni :

1- IZUAN
http://samuelicious.blogspot.com/
2- AMIERUL http://seldarahmerah.blogspot.com/
3- KHAI http://hanyaakusorang.blogspot.com/
4- AZWARD http://azward.blogspot.com/
5- DILA http://phatcinderella.blogspot.com/
6- BASH http://bamboo3.blogspot.com/
7- RAFIQ http://rafiqdotnet.blogspot.com/



Nama-nama di atas silalah membuat tag untuk kedua-dua tag yang telah di tagged kepada saya. Sertakan gambar kasut pada tag pertama dan sila sertakan gambar terbaru anda untuk tag kedua. Terima kasih.

I've been TAGGED AGAIN by PAKWEKU!!!




Aku kena tagged oleh Pakweku. Ini gambar kasut aku. Kasut ini adalah kasut yang sering aku pakai. Sebab ringan dan boleh masuk dengan style aku.
Kasut murah ini aku beli di Sungei Wang sahaja. Tapi aku suka sebab ringan dan sedap dipakai. Cara aku ingat tali kasut lagi menaikkan seri kasut itu.
Ini tag yang Pakweku bagi:
5 things bout Frid Firdaus
**********************************
5 Things In My Bag
1. My E71 and Nokia Express Music 5300 (flip camera and walkman)
2. My new SEED wallet (Birthday present from Corporate Sales)
3. Barang-barang peribadi (Perfume, Body spray, Lotion, Hair serum, Nail buffer, etc)
4. Novel (sekarang selalu bawa novel Veronica Decides To Die)
5. Kunci-kuncian (Kunci Sakti, Kunci rumah di KL dan Seremban, Kunci hari ini…)
************************************
5 Things In My Wallet
1. Money Money Money (Ringgit Malaysia dan Korean 1000 Won)
2. MyCard and License (Wajib ada ye…)
3. Semua atm card dan credit card (Maybank card sangat penting untuk shopping..no need cash in hand)
4. Celebrity Fitness passport (Sangat penting untuk aku)
5. Sampah sarap (sebab dah lama tiada orang yang uruskan aku)
***********************************
5 Favourite Things Dalam Bilik
1. Wardrobe (sangat suka ye…)
2. Cermin berkerawang (warisan dari hadiah perkahwinan parent aku)
3. Dumbell and stepper (incase tak pergi gym)
4. PC and lappy (either one lah)
5. Hi-fi and TV (Incase dah bosan sangat)
************************************
5 Things yang Ingin Dilakukan
1. Buka line sendiri (Teringin nak buat lingerie)
2. Ada sebuah studio house (Sebab aku single)
3. Berlakon teater kembali (Rindu sangat zaman kegemilangan dulu)
4. Memberi kasih, sayang dan cinta aku pada insan yang “worth” dengan cinta aku
5. Marah orang yang buat perkara buruk pada aku (Knowing me, manusia yang susah nak marah atau luahkan perasaan)
**********************************
5 Things yang Sering Dilakukan
1. Bersenam di gym (almost everyday)
2. Menari (Isnin, Rabu, Khamis dan Ahad – dance class wih Luciano)
3. Keluar berlibur dengan kembar aku (tgk wayang dan sebagainya)
4. Memandu berseorangan (tempat aku menangis)
5. Buat seperti tiada apa yang berlaku (sebab malas nak fikir)
Ada tag lagi dari Pakwe. Sila lihat post seterusnya.

Sunday, November 16, 2008

Lipstick Jungle - I love this show!!

Lipstick Jungle adalah rancangan TV yang paling aku gemari sekarang ini.
Tapi sedih sebab episod untuk season yang pertama hanya ada 7. Sungguh aku tak puas.



Watak yang ada dalam cerita ini adalah Nico, Wendy dan Victory.

Aku paling suka dengan watak Victory sebab lebih kurang macam diri aku juga.

Tak sabar nak tunggu season ke 2 akan datang.


Cerita ini diadaptasi dari sebuah Novel.


Mimpi ngeri seorang wanita

Gambar di atas adalah metafora kepada cerita di bawah


Aku ada seorang rakan perempuan yang rapat dengan aku. ada cerita yang agak menggelikan hati aku sehingga kini. Adakalanya aku agak kesian dengan apa yang telah berlaku ke atas dia. Cuma bila tiap kali terlintas di fikiran aku mahupun dia melintasi aku, aku akan terkenang perkara tersebut. Aku namakan ia sebagai “Mimpi Ngeri Seorang Wanita”

Apakah perasaan kalian semua apabila anda berada di kedudukan dia, seorang wanita tulen yang di anggap sebagai seorang bapuk. Bagaikan kewanitaannya tercabar oleh manusia lain. Pernyataan di atas agak serius tapi ketika kami melaluinya ia bagai satu cerita ‘humor’ yang membuatkan kami ketawa tanpa henti.

Ceritanya bermula pada hari sabtu beberapa minggu yang sudah. Pada hari Ahad siangnya aku ada jemputan perkahwinan rakan universiti aku di Seremban. Selepas majlis aku terus pulang ke Kuala Lumpur kerana aku harus menghadiri jemputan rumah terbuka serta hari lahir teman sekerja aku. Aku rasa agak tidak sehat ketika sampai di rumah.

Aku di jemput oleh rakan sekerja aku untuk ke majlis tersebut yang terletak di Cheras. Ketika perjalanan, aku mula rasa tidak selesa dan mual. Aku memang menjangkan aku akan muntah pada bila-bila masa. Ketika sampai di kawasan rumah rakan aku itu, aku terus ke tepi longkang kalau-kalau aku mahu muntah. Pada masa yang sama rakan-rakan aku yang lain tiba dan letakkan kereta mereka berhampiran longkang tersebut.

Ketika aku menahan sakit, datang rakan perempuan aku ini dan bertanya “ Frid, ko sakit ke?” dengan tak semena-mena aku terus termuntah yang agak banyak. Dia yang terkejut menjerit sekuat hati kerana geli. Aku yang masih lagi pening-pening lalat hampir tergelak melihat reaksi dia.

Kemudian ketika kami mula berjalan ke rumah rakan kami itu, lalu sebuah kereta polis sambil membuat sesuatu yang agak kelakar pada rakan perempuan aku itu. Lantas rakan perempuan aku pun terkejut dan berlari kea rah kami sambil berkata “Ya Allah, polis itu buat macam ni kat aku, kalau kat perempuan tulen sure dia tak buat camtuh, mesti dia ingat aku mak nyah”. Kami dengan tidak dapat menahan geli hati gelak macam orang gila. Aku yang sakit tadi bagai hilang rasa sakit dengan kejadian itu.

Kejadian tersebut tidak habis di situ sahaja, ketika sampai di pondok pengawal, kami bagai hilang arah mencari dewan di kawasan kondo tersebut. Aku menyuruh rakan perempuan aku itu tanya pada pengawal di situ mana letaknya dewan tersebut. Perkara paling buat aku tak tahan pengawal tersebut menjawab soalan rakan perempuan aku dengan gaya lelaki lembut. Kami 3 orang yang lain gelak terbahak-bahak nak pecah perut tengok gelagat pengawal tersebut. Pengawal tersebut terkedu dan terkejut dengan reaksi kami 3 orang, Rakan perempuan aku terdiam tanpa suara dengan reaksi pengawal itu. Lalu aku berkata “ Ya Ampun, kau yang perempuan tulen orang ingat dragged. Hahahaha…” Lantas pengawal itu terus tukar kepada keadaan normal kembali dan menunjukkan arah ke dewan. Sungguh kami tidak tahan dengan mimpi ngeri seorang perempuan tulen sepertinya. Kami gelak sehingga kini kejadian itu.

Kejadian itu telah diketahui oleh ramai orang di pejabat kami. Yang paling mengejutkan salah seorang dari AGM kami tahu tentang itu. Kami tidak tahu dimana beliau mendapat tahu tentang kejadian berkenaan.

Aku begitu kesian dengan apa yang berlaku ke atas dia. Aku mengganggap ia sebagai sumpahan muntah aku pada dia. Seperti badang memakan muntah jin dan menjadi kuat tapi dia terkena muntah aku lalu menjadi mak nyah. Hahahahaha!!!!

Aku mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf ke atas rakan perempuan aku ini. Aku cerita perkara ini adalah untuk membuka mata manusia lain untuk berhati-hati ketika lakukan sesuatu bak kata pepatah “Cakap malam pandang-pandang, cakap siang jelling-jeling” supaya kita tidak tersilap langkah dan memalukan orang lain.

p/s : Terima kasih Ema sebab jumpa kunci Sakti kembali. Sayang kau sesangat.

Selamat Pengantin Baru Irny dan Affan




Hari itu aku pergi ke Seremban kerana menghadiri majlis resepsi perkahwinan Irny dan Affan die Kelab Golf Seremban 2.

Aku dan Naim pergi bersama dengan menaiki kereta Naim dari pejabat ku ke Seremban. Kami bertolak agak awal kerana Naim menjadi orang kuat keluarga Irny.

Aku agak tertarik dengan dekorasi majlis perkahwinan tersebut. Warna yang digunakan juga menarik perhatian aku terutamanya pihak tuan rumah. Warna merah jambu menjadi pilihan mereka.



Bila aku masuk ke dalam ‘grand hall’ aku makin teruja dengan dekorasinya. ‘Pink carpet’ digunakan sebagai pengganti karpet merah terus ke pelamin raja sehari.

Pelaminnya agak menarik dan berbeza dari pelamin-pelamin yang biasa aku temui di majlis perkahwinan yang lain.


Warna hitam jarang digunakan. Ia memang menarik. Dengan kombinasi warna merah jambu dan merah membawa pelamin itu dengan cara berbeza.

Mungkin ia memang ringkas, tapi ada daya penarik terhadap pelamin itu.

Baju kahwin adalah rekaan Arma. Elegan dan seksi sekali. Aku suka dengan lace yang digunakan. Itu yang menampakkan ia seksi.

Kek pun menarik. Kombinasi cokelat dengan warna merah jambu (hiasan kek) dan bunga-bunga segar.

Aku memang seronok dengan majlis itu.

Terima kasih banyak Naim kerana beri aku tumpang ke sana.


Tahniah dan terima kasih untuk Irny dan Affan. Semoga jodoh kekal sehingga akhir hayat kalian berdua.