AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, July 27, 2011

Jatuh dan tersungkur


Sungguh bukan mudah mengutip cebisan-cebisan hati, perasaan dan diri yang hilang diarus masa. Apatah lagi bila setiap keping itu berderai sejuta cebisan. Yang pasti ada cebisan yang hilang terus tanpa ku temuinya.

Jika jatuh mungkin mudah untuk ku bangkit semula, tapi bila jatuh dan terus aku tersungkur sungguh menyeksakan bagi diri aku untuk menahan kesakitan apatah lagi untuk cuba bangun semula. Tiada lagi air mata membenarkan aku menuding perasaan ini. Disebalik senyuman yang masih terukir, hati berderai yang tak mungkin disatu kembali. Pahit dan perih terpaksa ku telan demi meneruskan hidup ku sendiri.


Persoalan demi persoalan aku tertanya pada diri, pada takdir dan pada Tuhan kenapa semua ini perlu terjadi ke atas diri ku. Aku cuba mencari punca semua ini tapi semakin aku cuba semakin dalam persoalan ke atas diri ku sendiri. Aku tahu yang tidak sepatutnya aku persoalkan takdir Tuhan namun aku manusia biasa yang lemah dalam dugaanNya. Masih terngiang diminda aku pada sesuatu yang pernah dinyatakan oleh seorang teman ku. Mungkin ia berlaku diatas sebab diri aku sendiri. Saat itu aku mula membuka diri aku untuk mendapat jawapannya. Pada saat itu juga aku mula belajar untuk menerima kekhilafan diri aku sendiri. Aku sedar apa yang berlaku semuanya bersebab dan itu juga yang aku pegang dari dulu hingga bila-bila. Tiada yang berlaku tanpa sebab samada benda baik atau sebaliknya.

Apa yang berlaku membuatkan aku lebih kuat dan matang dalam hidup aku. Aku mula bangkit dan belajar untuk membentuk satu prinsip baru dalam hidup aku. Dan yang paling penting pada aku adalah hadapi dengan senyuman dan keikhlasan walau seberat mana senyuman itu. Aku percayalah ia akan memberi satu semangat baru untuk aku mengharungi setiap detik yang mendatang. Aku manusia biasa yang lemah dan masih belajar tentang hidup, aku tak lari dari kesilapan dan juga kekecewaan.

Hidup ku dan umur ku semakin pendek, aku mula sedar tiada guna untuk aku kekal begini. Aku perlu teruskan, aku perlu bangkit demi sisa-sisa hidup yang masih tinggal. Aku cuba tidak menoleh lagi walau aku tau ia masih menghantui setiap detik yang hadir.

Aku bersyukur pada Mu Tuhan kerna memberi aku peluang melalui waktu-waktu itu. Sejujurnya berat untuk aku lalui namun aku percaya pada hikmahNya.

5 Comments:

Blogger cik naz ahmad said...

bangkit perlahan-lahan, kesakitan akan terasa kurang..

12:48 pm

 
Anonymous Anonymous said...

Cik Naz Ahmad: biar masa yang mengubati.

5:31 pm

 
Anonymous Anonymous said...

FAkhrul::: kan kite belajar melaui pengalamn....dugaan yg dtng sudah pasti kehendak yg Maha Esa, mmpu berdoa dan xpernh menyerah kalah..hadapi dgn senyuman dgn penuh keikhlasan...^^

6:18 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Cik Naz Ahmad: Luka pasti baik tp parut masih terasa. Berjalanlah tanpa henti.
Anonymous: True!
Fakhrul: Pengalaman adalah guru yg baik. Tuhan menguji hambaNya yang mampu. :)

10:40 am

 
Blogger dayah aziz said...

suke btol lah entry ni.puitis.

8:28 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home