AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, June 25, 2009

Realistik


Dalam dunia yang serba luas ini, pelbagai jenis kehidupan yang melewati setiap waktu, keadaan dan rupa. Aku percaya ramai antara kita yang sering berhadapan dengan pelbagai jenis dan rupa kehidupan di muka bumi ini. Ada yang sempurna, ada yang tidak sempurna di mata mereka atau di mata orang lain, juga ada yang rasa diri mereka sempurna pada hakikatnya tidak sehingga mereka-mereka yang tidak pernah kita bayangkan.

Dalam kesempurnaan kehidupan terutamanya manusia, ada dikalangan kita yang masih tidak berpijak dibumi yang nyata. Kesempurnaan yang ada tidak mencukupi baginya. Atas sifat mereka itu, mereka mula manusia yang tidak berpijak di bumi nyata atau dalam erti kata modern tidak realistik. Aku fikir aku boleh katakan orang seperti ini tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang sebenarnya dimahukannya.

Dalam kerjaya aku, sifat manusia ini sering aku temui. Permintaan yang tidak masuk dek akal dan memang tidak realistik. Jika nak dikatakan mereka tidak tahu tentang perkara itu, itu adalah dalam bidang kuasa mereka sendiri. Aku percaya mereka juga telah dinasihatkan tentang perkara yang mereka minta. Namun ia juga berkaitan dengan ego seorang manusia sehingga mereka sanggup mengenepikan hakikat sebenar yang ia tidak mungkin berlaku.

Magis atau keajaiban adalah perkara yang sukar untuk dipercayai berlaku. Jika benar ia berlaku aku percaya ia bukan kerana kuasa keajaiban tersebut tapi itu adalah takdir yang sentiasa hinggap pada setiap manusia. Justeru itu, kita mesti untuk terus berpijak dibumi yang nyata. Kenali diri kita dan keadaan sekeliling. Jika apa yang kita minta adalah perkara yang memang semua orang berkebolehan untuk menunaikannya, pasti mereka akan terus berusaha untuk memberi yang terbaik. Jika kita sendiri sedar dan mereka tahu yang perkara itu sebenarnya tidak mungkin akan berlaku atau memang tidak mampu untuk mereka laksanakan, beri mereka peluang untuk memberi jalan lain atau alternatif lain untuk memenuhi kehendak setiap manusia lain. Tiada seorang insan dalam dunia yang mahu melakukan sesuatu yang mereka sendiri tahu tak mungkin mereka lakukan.

Dalam perhubungan, perkara ini juga sering berlaku. Aku tahu ramai pasangan yang meminta sesuatu yang memang tak masuk dek akal. Walhal mereka tahu kemampuan pasangan mereka sebenarnya. Aku tahu adakala mereka mahu pasangan mereka untuk berganjak dari keselesaan dan kemampuan sedia ada. Itu tidak bermakna mereka boleh untuk menjadi seorang yang tidak realistik. Kelak pasti perkara yang kita sendiri tak mahu berlaku akan berlaku.

Bila seseorang itu menjadi tidak realistik, mereka lebih suka mementingkan diri mereka daripada memikirkan kemampuan dan pengorbanan seseorang itu demi memenuhi kehendak yang tak munasabah tersebut. Sukar untuk menjangkakan apa yang ada di dalam kotak pemikiran manusia yang segitu.

Monday, June 22, 2009

Tak Mampu Merancang

Aku tak pernah untuk membayangkan yang aku berada pada kedudukan aku sekarang. Apatah lagi merancang untuk kehidupan aku ini. Aku lebih suka untuk menjalani hidup aku tanpa merancang sesuatu yang aku tahu mungkin tidak pernah aku kecapi. Bukan kerana aku takut untuk menghadapi risiko untuk mengecapinya.

Terlalu banyak kekecewaan dalam hidup aku yang telah aku lalui. Dalam aspek percintaan, perhubungan, kekeluargaan, pendidikan dan sebagainya. Disebabkan itu juga aku mula rasa fobia untuk merancang walau sekecil-kecil perkara. Aku seorang yang mudah menerima kenyataan tapi jika ia acapkali berlaku buat aku rasa jemu.



Ini bukan bermaksud aku tidak mengambil kisah tentang masa depan aku. Aku tidak merancang untuk masa depan aku. Cuma aku merancang sesuatu yang aku yakin aku boleh capai. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan aku lebih fokus untuk sesuatu yang besar dalam hidup aku. Selama ini ada juga aku merancang untuk diri aku di masa akan datang. Lama-kelamaan aku menyedari aku terlalu banyak rancangan untuk masa depan aku. Jadi aku terus lupakan rancangan aku dan teruskan hidup aku dengan cara aku.

Aku tahu yang perkara ini mungkin akan menyusahkan aku kelak. Itu risiko yang perlu aku tanggung sekurang-kurangnya aku tidak terlalu kecewa kerana tidak terlaksana apa yang dirancangkan. Aku juga bukan seorang yang sentiasa gagal merancang. Dalam pendidikan, aku banyak menjadi perancang untuk majlis-majlis, kertas kerja dan sebagainya dan hampir keseluruhannya berjaya dan boleh aku banggakan. Buat masa ini sahaja aku mula letih dan jemu merancang. Aku sering dipersalahkan jika apa yang aku rancang tidak berjaya atau terlaksana walau pada hakikatnya bukan aku yang mulakan rancang atau memberi idea terhadap rancangan itu. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Jika ia tidak terlaksana, ini bukan atas dasar aku tidak berusaha untuk capai tapi ada halangan yang aku sendiri tak mampu elakkan apatah lagi orang lain.



Terimalah siapa aku seadanya. Seorang yang tak suka untuk merancang terutamanya dalam aktiviti aku. Aku akan pilih mana yang lebih menghiburkan, memudahkan aku dan memberikan aku sesuatu yang berharga.