AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, October 21, 2007

lebaran yang penuh bermakna



bertemu kembali...aku mohon maaf kerana tidak mengemaskini ruangan ini...bukan apa...sejak beberapa minggu yang lalu...aku terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga aku...kerana ayah aku baru sahaja keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan batu karang di buah pinggangnya...jadi, aku bertanggungjawab untuk menjaga keluarga aku....

semperna bulan yang mulia ini....di kala aku dengan redha melepaskan bulan yang paling aku sayangi...di waktu syawal yang mulia ini...di saat aku masih bernafas di bumi Tuhan ini...aku dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf pada setiap tingkah laku dan tutur bicara aku selama ini....halalkan segala rezeki yang ada antara aku dan kalian semua...secara ikhlas atau tidak...secara sengaja atau tidak...sesungguhnya aku hanya hamba tuhan...memaafkan kalian semua dengan ikhlas...kerna itu yang mampu aku mohon dan lakukan selagi aku bernyawa...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AKU FRID a.k.a EFF a.k.a ATAN a.k.a DAUS a.k.a FIRDAUS



aku terkenang kenagan bulan puasa tahun ini...banyak perkara yang berlaku....ada yang menyentuh hati aku...dan ada yang membuat aku tergelak...

antara perkara yang buat aku tertawa adalah di kala kakak aku bangun hendak masak untuk bersahur...di buka api di dapur untuk memanaskan minyak di kuali...tetapi dengan tidak sengaja di tertidur...sehingga kuali itu hangus...bersyukur aku tiada sebarang kemalangan berlaku...tapi agak geli hati aku...kerana ia menjadi bahan gelak kami sekeluarga...huhuhuhu...

sejak ayah aku berada di hospital...mama yang menjaga ayah di sana...tidur di sana...berpuasa di sana...itu yang buat aku tersentuh...dan dengan rasa tanggungjawab aku uruskan hal rumah tangga aku sepanjang mama dan ayah aku di hospital...dengan sabar dan tenang mama menguruskan ayah di sana...alhamdulillah ayah semakin pulih...sekarang ayah berada di rumah...cuma yang merisaukan aku adalah batuknya tak kebah lagi...sehingga sukar untuk ayah tidur di waktu malam...aku doakan ayah cepat sembuh...amin...

cerita pada hari lebaran...aku menitiskan air mata...kerana malam terakhir puasa...tiba-tiba ayah rasa sejuk yang teramat sangat...aku sedih tengok mama menangis dengan keadaan ayah...aku pun tak sanggup dengan keadaan itu...rasa bersyukut tak terhingga apabila melihat semua anak-anak ayah ada di samping ayah dan cuba yang terbaik untuk memulihkan keadaan...dan akhirnya semua pulih...cuma ayah demam kembali....

pada tahun ini...lebaran sungguh bermakna untuk aku sekeluarga...kerana keluarga aku semua beraya di Kuala Lumpur...termasuk abang, kakak ipar aku dan anak mereka...dan lebih memilukan apabila salah seorang anggota keluarga mama yang selama ini tak bertegur dengan keluarga aku datang pada pagi raya...aku sungguh tak sangka...tapi itu la kekuasaan Tuhan dan kemulian hari yang indah...segalanya mampu berlaku...Ya Allah...aku bersyukur kerana kau mampu membuka pintu hati insan yang mama sayangi untuk kembali bersama mama...dan pada lebaran ini juga semua anggota keluarga mama dan ayah datang ke rumah...aku rasa sungguh terharu...ini adalah lebaran yang tak mungkin aku dan keluarga aku lupakan...

namun ia tak habis di situ...setelah beberapa lama aku di tinggalkan...dengan secara tiba-tiba...insan yang pernah aku sayang, sanjung dan cinta menghubungi aku...setelah aku menghantar pesanan hari raya kepada rakan-rakan aku...tapi di sini aku memohon maaf pada mu...bahawasanya aku tak mampu untuk memberi hati aku pada mu kembali...aku takut dengan apa yang telah terjadi...tapi aku sayang pada mu...dengan cara yang lain...

hari raya tahun ini juga memberi aku peluang untuk mengenal diri aku...dan aku sedari yang aku mampu untuk hidup dengan kekuatan diri aku sendiri...dan akan aku buktikan bahawa apa yang orang lain anggap aku itu salah berlaka...
dan paling aku tak lupa...aku luangkan masa di hari raya bersama teman rapat aku...lepak di pavilion...bukit bintang dan merata tempat...thank you so much buddy....



ini pun aku baru sahaja balik dari lepak bersama dengan kunang-kunang, shah andrew dan amirul....

sebelum itu aku pergi ke rumah nadia di subang...hilang rasa rindu aku pada nadia...juga hilang rasa rindu pada ryna, shah, lissa, din, pacak dan ramai lagi...

alamak! malam ini aku dengar lagu nora berjudul secebis harapan...berulang-ulang kali...

Tuesday, October 09, 2007

kisah kerja...

sejak aku mula kerja...banyak perkara yang aku jarang lakukan...seperti 'hang out' dengan teman-teman rapat aku seperti Dino, Izuan, Lan, Boboy...yang paling penting adalah Nadia...maafkan aku sebab sukar untuk jumpa korang atau contact korang...buat masa sebulan ini aku terlalu sibuk ngan kerja luar, training dan kursus...jadi sukar untuk aku bersama kalian semua...walaupun aku tak sempat nak luangkan masa atau hubungi orang-orang yang aku sayang...aku harap korang faham keadaan aku sekarang...kehidupan yang tak menentu buat masa sekarang...huuhuhuhu
2 hari ini aku training kat exchange Jalan TAR...hari ini aku turun 'site'...ikut technical assistant buat maintenance kat area semarak...bukan mudah kerja sebagai technical assistant tempat aku berkerja walau bukan bahagian aku...sebab mereka perlu teliti order dan cari kabinet yang perlu...kesan kerosakan melalui port yang ada pada kabinet...kemudian check tiang-tiang telefon...paling menyedihkan dan menyusahkan pihak kami dan pelanggan yang menyebabkan pelanggan selalu menyalahkan kami adalah kehilangan dan kecurian kabel yang semakin merisaukan...lagi-lagi nak raya....bukan apa...semasa aku ikut mereka buat maintenance...lalu seorang pelanggan...dia berhenti dan menanyakan kenapa rumah dia tiada talian sejak 2 minggu lepas...selidik punya selidik rupanya kabel yang baru digantikan atas sebab di curi....di potong lagi sekali...apa kejadahnya pencuri kabel ini...
lagi beberapa hari nak menyambut syawal...aku rindu suasana kampung aku dulu...tahun ini buat kali ke 3 aku dan famili aku tak balik kampung...sebab aku dan mama tak ada cuti...lagi ayah baru keluar hospital...ayah tak boleh nak jalan jauh sangat...sebab masih dalam pemulihan...
sebenarnye aku gementar nak pakai baju melayu tahun ini...ada kenangan la...tapi nak buat macam mana...aku terpaksa juga pakai...huhuhuh...
nanti aku sambung balik lah...aku penat lah...

Tuesday, October 02, 2007

Happy Birthday Izuan.....



2hb oktober rupenya birthday IZUAN A.K.A KUNANG-KUNANG serta PEREMPUAN CANTHEK....i bukan lupa la tp i tak berapa nak ingat (ulang ayat yang sama di myspace...blog u dan blog i juga)....jangan marah haa....
siapa yang nak kenal ngan birthday guy ini....mari aku cerita sikit...Izuan adalah salah seorang kawan yang rapat dengan aku....dia berkerja dibidang profesional perubatan...hidup dia ngan 'blazer putih dia itu berserta dengan alat yang dapat dengar cinta dan degupan organ dalaman orang'....hahahha....




selamat menyambut hari lahir yang ke 24 kepada kawan aku ini...Izuan yang lebih di kenali sebagai kunang-kunang di kalangan aku, dino dan keluarga aku....

semoga u di berkati oleh Allah....di panjangkan umur....di murahkan rezeki sebab leh banje i nasi lemak selalu....dipercepatkan jodoh (doa yang sentiasa i mohon untuk u...kesian u single sampai skang)....mendapat kebahagian yang u sentiasa cari....tapi ingat u itu da kertu....jadi behave yourself...huhuhuhu....and i love u buddy....mwahhh~

ayoo dah macam tribute to Izuan pula....hammmppppuuunnnn~~~