AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, March 17, 2010

Cerah akan hujan. Hujan akan reda.


Betul kata orang-orang tua, langit tak semestinya cerah. Hujan jua ditengahari. Ia memang terjadi dan sering terjadi. Setenang mana air di sungai, percaya atau tidak ia pasti akan beralun. Seteguh mana batu pasti ia akan terhakis dek air.


Persoalan yang sering ditanyakan pada diri, insan lain mahupun Si Pencipta, mengapa hidup dan takdir tidak adil pada kita? Diwaktu tenang, diwaktu kita bahagia kekecewaan dan kedukaan pasti akan menyinggah. Apatah lagi pada waktu kita mencari jalan bahagia dan kejayaan, banyak yang tak mungkin kita duga sering menjatuhkan kita dalam sedar mahupun tidak. Sewaktu itu jugalah datang sengsara yang tak terhingga. Langit tak sentiasa cerah, namun hujan tetap akan berhenti. Sekuat mana hati pasti robek.

Tuhan kurniakan setiap hambaNya dengan sifar kesabaran. Sifat dimana sukar untuk manusia mengawalnya. Benar aku mengakui sifat kesabaran adalah satu sifat yang sukar untuk dipertahankan. Dari kecil hingga kini, dari pergaulan mahupun pendedahan, acapakali diterapkan bahawa 'manusia adalah insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan'. Disebabkan itu juga manusia dengan lewanya menghiraukan hati dan perasaan insan lain. Mengambil kesempatan atas perkara yang baik dan memudahkan penganiayaan serta jua hipokrasi.

Seorang insan yang penyabar mudah menerima kenyataan dari luaran, di hati dan fikiran terpendam dan membakar seluruh jiwa amarahnya. Menahan rasa dendam supaya tidak terluahkan demi menjaga hati, perasaan dan perhubungan antara diri sendiri dan insan lain. Insan yang penyabar mampu membuakkan amarahnya tanpa kita duga jika kesabarannya dicabar dengan hebatnya.


Adakala bicara yang pernah dituturkan menjadi dusta tanpa disedari. Apa yang terluah tidak seperti yang berlaku kini. Mungkin aku mampu memahami keadaan itu namun aku yakin sukar untuk insan lain untuk menerimanya jika berada dikedudukan tersebut. Jangan sesekali cemari sebuah perhubungan ikhlas dan kebahagian dengan tindakan yang memakan kenyataan dan diri sendiri. Bahagia dulu akan menjadi benci kelak.

Percayalah, walau pahit mana yang kita lalui pasti akan ada yang manis menanti dalam perjuangan hidup kita. Namun yang manis jua akan lalui sesuatu yang menduga kesabaran dan kekuatan diri hanya kerana untuk menjadikan kita lebih kuat menghadapi hari seterusnya. Tenanglah, berilah waktu, ruang dan peluang pada diri sendiri. Jujur mudah untuk berbicara namun sukar untuk dilaluinya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home