AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, October 20, 2008

Sakti, Hati dan Tensi...

~ Budak gemuk sedang stress ~


Aku menghadapi hujung minggu yang tak berapa nak menyenangkan hati aku.

Aku tak mahu cerita yang lain selain dari kunci sakti ku hilang.

Hilang di area S.Alam. Mungkin jiwa dan fikiran aku tak berapa stabil, itu yang menyebabkan kunci sakti aku hilang. Jenuhlah aku mencari di setiap ruang yang aku jejaki di sana. Namun aku hampa.

Tapi terima kasih kepada abang aku yang sudi menghantar kunci ‘spare’ sakti aku dengan menaiki motosikalnya dari Sentul ke S.Alam. Aku bukan nak susahkan dia, tapi aku terpaksa. Kalau aku ada cara lain pasti aku sudah lakukannya sendiri.

Anyway hujung minggu aku tidaklah muram sahaja, hari yang paling aku bergembira waktu beraya / pergi rumah terbuka pada hari Sabtu. Siang harinya aku pergi ke rumah terbuka bersama rakan-rakan sekerja (Zul Rahman, Roy Irzuan dan Suzlin). Ya Ampun, aku rasa seperti aku dan Zul bawa anak-anak berjalan ke rumah terbuka. Riuh mereka berdua di bahagian tempat duduk belakang kereta. Naik bingit telinga kami berdua. Tapi tetap meriah.

Di malamnya aku pergi ke rumah teman yang baik dengan aku iaitu Garf a.k.a Dech Mohamed. Aku dapat ramai kenalan baru (padahal aku sudah kenal mereka sebelum ini cuma makin rapat di rumah terbuka tersebut). Sungguh meriah malam itu. Aku bersama Izuan ke rumahnya. Walau keadaan aku tidak begitu stabil namun aku gagahkan jua menutup keadaan aku itu. Nasib mereka semua dapat hiburkan hati aku ini.

Antara perkara yang aku sedih hujung minggu adalah aku tak dapat berjumpa dengan Nadzreeku. Sedih sangat. Hampir lebih 2 tahun aku tak jumpa dia. Terpaksalah aku tunggu untuk rancangan kitorang akan datang. MENCIK!!!!

Adalah beberapa perkara yang aku tak ingin bincangkan atau fikirkan sampai bila-bila. Sekarang yang aku tahu aku nak sibukkan diri aku dengan kerja, gym dan keluarga. Kalau aku ada nafsu nak keluar dengan kawan-kawan, baru aku keluar. Serius aku bebetul tiada ‘mood’, tak tahu sampai bila. Tapi jangan risau, aku ok!




Apalah salah aku sehingga semua ini berlaku pada aku? Kenapa hati aku begini? Aku memang tertekan...




p/s - ada perkara yang menjadi punca ini semua, tapi aku biarlah aku simpan sendiri.

Monday, October 13, 2008

Cerita Raya Ini...

~ dalam perjalanan nak ke tempat cuci kereta di pagi raya~

Raya tahun ini adalah raya paling sepi buat aku. Walau aku pergi menziarahi sanak saudara dan aku pulang ke kampung aku di Johor pada raya ke-3, aku tetap sepi di hati.


~ Perjalanan pulang ke kampung ~

Agak lama juga kami sekeluarga tidak beraya di kampung. Ini kerana tahun-tahun sebelum ini tidak mengizinkan kami pulang ke kampung.

~Perjalanan ke rumah sanak saudara di Johor~


Baju melayu aku juga ada cerita disebaliknya. Aku menghantar baju melayu aku pada maklong aku (memang tukang jahit baju2 aku) di Johor. Setelah siap maklong akan ‘courier’ ke KL. Semasa aku fitting untuk baju raya aku tahun ini, aku agak tekejut kerana ia sangatlah labuh. Bagai baju kurung yang berkocek. Ada gaya seperti kurta juga. Kedua-dua baju melayu aku labuh seperti baju kurung. Akhirnya mama aku mengubah kembali baju melayu aku yang warna hijau itu kerana ia nampak terlalu labuh. Baju melayu yang aku pakai pagi raya agak jarang. Memang aku sengaja memilih baju melayu itu. Tapi perkara paling sukar untuk aku padankan pada baju itu adalah keronsang. Agak lama aku mencari keronsang yang aku suka. Tetapi aku tidak jumpa satu pun yang aku cari. Akhirnya aku membeli keronsang di Jalan TAR 3 hari sebelum raya. Aku suka rekaan keronsang itu. Tampak ringkas tapi glamor. Yang paling menariknya baju melayu aku yang lagi satu berwarna hijau aku tak pakai lagi sehingga kini. Huhuhuhu….



~Sepi di hari raya~


Hari raya ini juga aku bersama kakak, emak dan abang aku membuat beberapa biskut raya. Antaranya biskut sarang semut, tat nenas, biskut mentega dan biskut almond bersalut coklat. Aku paling suka pada biskut almond bersalut coklat sebab ia agak serupa dengan coklat Forerro Roche. Cuma aku tidak letak kacang almond di dalamnya. Dan tidak lupa kek coklat yang memang aku suka untuk buat.

Tapi hari raya tahun ini tidak semeriah seperti tahun-tahun lepas. Hanya beberapa perkara yang aku terfikir setiap kali raya. Kenapa setiap kali raya aku masih ‘single’? Apa yang harus aku lakukan pada hari raya ini untuk menjadikan aku tidak rasa bosan di hari raya? Dan banyak lagi. Cuma satu perkara yang aku rasa gembira dan hargai sangat, terima kasih kepada seseorang yang sering teman aku pada bulan puasa dan hari raya. Aku tidak rasa sunyi pada raya ini. Walau kau jauh di utara sana, kau tetap dekat di hati. Tidak lupa kepada Bash yang di Manchester, tanpa kau hari-hari aku rasa seperti tidak lengkap. Aku rindu pada kamu. Kepada Ren di Singapura, Aku hargai kau dari pertama kali aku kenal kau sehingga kini. Kau banyak beri aku semangat. Kepada teman-teman ku yang lain seperti terutamanya kembar aku Izuan tersayang, terima kasih kerana sering ada hiburkan aku. Kepada Faisal yang sering ingat pada aku. Aku hargai segalanya. Kalian semua adalah yang terbaik dalam hidup aku.

Sekarang ini aku kena hadiri rumah terbuka yang agak banyak. Tak sabar untuk aku bertemu dengan sanak saudara dan rakan-rakan aku yang lain.

Selamat Hari Raya kalian. Riakan raya anda. Mari kita beriya dihari raya!!!

Kisah tentang rambut

~ Rambut aku yang agak panjang dan 'messy' (sebelum) ~

Niat dihati memang mahu membiarkan rambut ku panjang. Aku sebenarnya mahu lihat berapa panjang aku boleh simpan sehingga aku mula bercinta kembali.


Sebelum raya, aku hanya mahu ‘trim’ rambut aku di bahagian tepi dan belakang. Akan tetapi hairstylist aku iaitu Kelly (Derrick & Team Midvalley Megamall) terpendekkan bahagian atas rambut aku. Aku yang terlalu leka sehingga telena sebentar tidak dapat berkata apa kerana aku tahu Kelly tidak sengaja berbuat demikian. Dia terlalu biasa memotong rambut aku begitu pendek.



~ Rambut yang baru di potong ~

Cuma satu perkara yang aku suka tentang Kelly, dia tahu yang gaya rambut aku yang paling aku suka. ‘Messy / out of bed hair style’ adalah gaya rambut yang aku paling suka.


~ i love my messy and curly hair ~


Thanks Kelly ~

Wednesday, October 08, 2008

Nanti kan update seterusnya....

Ini adalah 'preupdate' untuk entry-entry yang akan datang...diharap mood untuk update yang banyak itu akan datang secepat mungkin.

Cerita disebalik rambut aku yang baru ini....


Bagaimana dengan hari raya ku tahun ini?? Banyak yang aku ingin kongsikan di sini.




persoalan seterusnya...percayakah anda semua bahawa kenyataan di atas adalah betul?? nantikan update akan datang.




gitteww~