AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, March 31, 2010

Sendirian


Salahkah jika jika bersendirian? Adakah ia melawan hukum alam? Atau perlu ditukar persoalannya kepada adakah tidak ingin berteman? Ditanyalah pelbagai soalan, dilemparkan segala pendapat dan ditoleh segala pandangan. Ditanya juga pada hati, mengapa ini terjadi. Diduga pada takdir, seperti ia tidak memihak pada diri.

Bila difikirkan ada juga insan yang mampu menghadapi keadaan itu. Tiada sebarang masalah atau isu yang dirungkaikan mahupun dari orang lain ataupun diri sendir. Memang benar jika diikutkan tradisi atau budaya bangsa ini, jika seseorang yang telah mempunya kerjaya, harta dan perkara-perkara yang bekaitan sepatutnya mempunya teman. Dikata boleh menjaga sakit pening dan penghilang rasa duka serta marah. Adakah mereka yang sendiri tak mampu untuk meneruskan hidup mereka atau mereka tak mampu mengawal perasaan mereka? Adakala mereka lebih matang dalam mengawal setiap keadaan yang datang menimpa. Selesa dengan tidak melibatkan orang lain dalam perasaan mereka sekurang-kurangnya tiada yang menjadi mangsa luahan perasaan mereka.

Bila tidak berteman ada juga fitnah dan kejian yang sering dilemparkan. Apakah salah mereka yang bersendirian sehingga digelarkan dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Bukan kerana mereka tidak mahu atau terlalu memilih, bagi aku setiap manusia mempunyai sebab mereka sendiri. Jangan kerana itu pelbagai tomahan dilemparkan. Memang ia tidak adil dan adakala ia sukar diterima. Jangan kerna sendirian tak berteman membuatkan padangan serong dilemparkan.

Pada diri aku sendiri, selagi aku mampu untuk menerima keadaan, mengawal diri dan merdeka pada diri, tidak akan ada sebarang masalah jika aku sendiri. Memang benar adakala kita lemah dengan perasaan sunyi dan sepi namun perasaan itu juga menyedarkan aku bahawa dihujung waktu kita tetap sendiri menghadapi hari-hari mendatang. Benar memang ada antara kita yang memilih dan ada juga kerana jodoh dan rezeki belum mendatangi mereka. Memang aku seorang yang cerewet dan memilih. Mungkin bunyinya agak kasar namun aku terpaksa untuk jadi seorang yang memilih dalam mencari pasangan. Berkongsi segalanya dengan seseorang bukan sesuatu yang mudah. Membuat keputusan membeli pakaian pun cukup rumit bagi aku apatah lagi mencari cinta. Bukan kerna aku mahu yang hebat tapi aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. Walau aku sedar aku bukan mudah untuk dijelaskan maksud sebenarnya terbaik dalam setiap perhubungan. Ia sungguh subjektif.

Bukan salah untuk jadi memilih dan jangan salahkan diri jika rezeki dan jodoh belum tiba. Berdoa dan berserah namun usaha perlu ada. Adakala yang sudah berteman masih mencari erti kebaikan diluar perhubungan mereka. Inilah namanya kehidupan. Sukar untuk kita terima namun mudah untuk insan lain berkata. Sendiri atau tidak jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Bangkit dan senyum hadapi apa jua dalam hidup. Percayalah dihujung waktu pasti kita sendiri hadapi segalanya.










3 Comments:

Blogger Khai said...

"Adakala yang sudah berteman masih mencari erti kebaikan diluar perhubungan mereka"
suka statemnt ini

12:42 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Khai: Itu kenyataan hidup kan. =)

8:06 am

 
Blogger apezs shah said...

Frid itukan sesuatu yang bole dijangka kan...
semuanya atas kehendak sendiri...
kadangkala juga nak berteman yg bole seiring dgn kita....
*apezs merepek.!!

10:39 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home