AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, April 22, 2008

Aku adalah Si Gemuk

Sepanjang aku tak update blog ni actually aku tak berapa sihat. Aku mengalami tekanan perasaan secara dalaman dan beberapa masalah hypertension yang tak berapa kronik.

Hari itu aku pergi la check up kat klinik bawah ofis aku ni. Sebab aku sakit kepala yang teramat sangat. Aku jangkakan seperti biasa tekanan darah aku rendah (low blood pressure) tapi aku dan doctor yang merawat aku tu pun tekejut dengan keputusan pemeriksaan itu. Aku yang sakit kepala ini hampir pengsan bila aku di beritahu yang aku pregnant. Patutlah aku makin gemuk sekarang ini(takde kene mengene ngan statement kat subang ok mrule and kunang-kunang).

No la, sebenarnya tekanan darah aku agak tinggi (means high blood pressure). Habis kembang semangkuk tangan aku ni. Doktor tersebut dapati darah aku berada pada border line 130/90 bagi kedua-dua belah tangan aku. doctor pun mula risau. Sebab menurut doktor itu, kalau betul aku ada darah tinggi means aku yang paling muda kena darah tinggi kat menara ni. Tergelak aku dengar. Mana taknya macam jadi benchmark pulak kan. Then the doctor asked me to come back for blood pressure checking next 2 days. Aku pun datang la that time dengan kepala yang dizzy ni. Doktor pun keluarkan kit dia nak check blood pressure aku. makin kembang lengan aku ni. Lagi sekali drama berlaku. Dia dengan muka tekejut melihat keputusan yang dia sendiri buat. Tiada perubahan pada tekanan darah aku 130/90. aku dengan perasaan yang sebenarnya takde perasaan tengok muka doktor yang tekejut itu. Then dia pun cuba check tangan yang sebelah lagi. Thanks God ada perubahan pada tekanan darah sebelah lagi 120/80. Cuma dia takut tekanan darah aku akan naik kembali.

~ sedapnya enrich chocolate hot and tuna toast (influenced by Pn lielie) ~


Dia adalah tanya pemakanan aku. dengan tegasnya aku menjawab bahawa aku makan kalau aku rasa nak makan. Tapi aku jarang makan pun. Kemudian dengan muka selamba dia menjawab “ Saya tahu sebab saya tengok awak bukan gemuk pun”. Aku memandang dengan muka yang sinis pada doktor itu. Dia yang tergelak sehingga keluar hingusan itu dengan selambanya berkata begitu. Sentap ok!


~ bila tengok satay tetibe rasa mengidam lak~

Dia pun berpesan seperti ibu memesan anak kesayangannya. Tapi sebenarnya aku tahu kenapa semua ini berlaku cuma aku tak mahu ia dibesarkan. Alaa…yang sakit pun aku jer.

Anyway I want to say something here, actually I still SINGLE since final quarter last year. Cuma waktu sekarang ini aku nak bersendirian (bukan bermaksud aku sorang-sorang cam orang gila). Ok la in other words aku nak berada dalam space aku sendiri. Bukan untuk jangka masa yang lama pun. Sehingga aku rasa bersedia untuk meneruskan hidup aku yang makin sukar ini.



TAPI AKU TAHU YANG RAMAI TAKKAN PERCAYA YANG BAHAWASANYA AKU SINGLE (kann kunang-kunang and mrule….uhuk uhuk…). Tapi itulah sebenarnya, cuma aku tak bersedia dan tak mahu ada komitmen lagi. Jangan pertikaikan hal ini. Cukuplah dengan waktu yang panjang aku mencari cinta.


Sekarang adalah waktu untuk diriku sendiri. Kerna aku percaya aku masih ada keluarga, soulmate, teman-teman, dan kawan-kawan yang mampu buat aku sedih, gembira, merangkumi segalanya.


Aku adalah manusia yang sukar dijangka in term of feeling, sukar untuk mengetahui bertapa aku derita dalam hati, sukar untuk orang mengetahui erti sebenar tawa aku, keghairahan perasaan aku, dan perkara yang betul-betul buat aku gembira.


Me and myself are so so so complicated. Even sometimes I can’t realize what exactly I feel toward something.

Monday, April 07, 2008

Senaskah Hati

Senaskah Hati

Bila buka nashkah hidup kita
Tak lekang untuk jangkaan terbaik
Setiap lembaran yang di selak
Kenangan berterbangan di udara
Cuba dilepaskan pergi
Indah dicapai
Buruk dibiarkan kering ditelan udara
Selembut lembaran
Namun kekasaran pena mencanang kenangan
Pernah jua diracik lembaran hampir senaskah
Tiada lagi kepingan
Lembaran menjadi benang kertas halus
Tanpa warna dan kata-kata

Acapkali naskah digubah
Harapan hanya gubahan baru
Walau dicanang pena kasar
Tetap halus geseran pena
Indah tulisan
Seindah madah bicara
Tiba masanya dakwat mencabuli tulisan
Merekah dakwat di atas lembaran
Bawa titisan hitam pada muka lembaran seumpamanya
Dikais tiada erti
Dilitup titis itu
masih jua dibayangi hitam
setebal naskah tetap dibayangi
hitam tetap titis hitam

berikanlah lembaran indah
harapan pada pena baru
jangan lagi dibayang hitam
kerna itu kekal disitu
walau kasar lembaran ini
kasari canangan jangan sekali
persis toreh sekeping hati


ikhlas;
freaky_frid

- anyway thanks to muqreez for the song. you are right buddy, lagu tu touching ar. nice song. i keep listern to it.
sebernarnya aku telah buka buku baru dalam hidup aku. aku sudah tak mampu untuk menjadi aku seperti dulu. cuma buat masa sekarang ini aku lebih untuk bersendirian dan menjalani hidup aku sendiri. bukan seperti yang di jangka oleh insan lain. biarlah hanya Tuhan dan aku tahu apa yang berlaku pada diri aku ini. aku perlukan masa untuk menentukan perjalanan hidup aku yang baru.
bukan mudah jadi manusia. sesungguhnya setiap manusia ada kesusahan yang berbeza. kini aku lebih berterima kasih dengan segala yang aku miliki. walau bersendirian aku lalui hari-hari aku, menahan diri dari menentang kebaikan. sukar atau pun tidak, tetap aku gagahi jalan hidup aku. actually aku happy dengan diri aku sekarang. cuma aku masih di bayangi kisah lalu yang sungguh buat aku rasa kecewa sangat. aku naif dan bodoh pada kehidupan aku yang lalu. cuma pada hidup aku yang baru ini, jika aku terus hilang sesuatu yang indah itu sesungguhnya aku hanya redha dan jalani hidup aku dengan cara aku yang baru. tiada lagi hati untuk yang lain. yang penting aku enjoy dengan apa yang aku ada sekarang ini. maafkan aku...