AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, May 11, 2011

Tidak sempurna dalam sempurna


Pastinya setiap insan dimuka bumi ini mengimpikan kesempurnaan. Kesempurnaan dari segi fizikal, kebendaan, perhubungan dan sebagainya. Seperti jua aku. Pada mula aku tidak menyedari bahawa aku juga mencari sebuah kesempurnaan. Sesungguhnya aku juga bukan sempurna untuk mendapatkan kesempurnaan itu.

Dalam aku asyik mencari ruang hidup, aku pernah disapa tentang kesempurnaan. Bermula saat itu aku mula sedar mungkin benar apa yang dikatakan, aku hanya mahukan yang sempurna. Setiap saat yang aku lalui kini aku dihantui persoalan tentang kesempurnaan dan detik demi detik aku mula lenyapkan perkataan sempurna dalam hidup aku. Semakin aku dihantui kesempurnaan semakin aku hilang dalam kenyataan hidup sendiri.

Aku sedar akan kesilapan lalu, namun ia mengajar aku sesuatu yang paling bermakna dalam hidup aku. Menerima ketidaksempurnaan dengan hati terbuka kerana semakin kita mencari kesempurnaan semakin tidak sempurna yang akan kita temui. Yang sempurna hanyalah Dia yang Satu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home