AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, November 16, 2008

Mimpi ngeri seorang wanita

Gambar di atas adalah metafora kepada cerita di bawah


Aku ada seorang rakan perempuan yang rapat dengan aku. ada cerita yang agak menggelikan hati aku sehingga kini. Adakalanya aku agak kesian dengan apa yang telah berlaku ke atas dia. Cuma bila tiap kali terlintas di fikiran aku mahupun dia melintasi aku, aku akan terkenang perkara tersebut. Aku namakan ia sebagai “Mimpi Ngeri Seorang Wanita”

Apakah perasaan kalian semua apabila anda berada di kedudukan dia, seorang wanita tulen yang di anggap sebagai seorang bapuk. Bagaikan kewanitaannya tercabar oleh manusia lain. Pernyataan di atas agak serius tapi ketika kami melaluinya ia bagai satu cerita ‘humor’ yang membuatkan kami ketawa tanpa henti.

Ceritanya bermula pada hari sabtu beberapa minggu yang sudah. Pada hari Ahad siangnya aku ada jemputan perkahwinan rakan universiti aku di Seremban. Selepas majlis aku terus pulang ke Kuala Lumpur kerana aku harus menghadiri jemputan rumah terbuka serta hari lahir teman sekerja aku. Aku rasa agak tidak sehat ketika sampai di rumah.

Aku di jemput oleh rakan sekerja aku untuk ke majlis tersebut yang terletak di Cheras. Ketika perjalanan, aku mula rasa tidak selesa dan mual. Aku memang menjangkan aku akan muntah pada bila-bila masa. Ketika sampai di kawasan rumah rakan aku itu, aku terus ke tepi longkang kalau-kalau aku mahu muntah. Pada masa yang sama rakan-rakan aku yang lain tiba dan letakkan kereta mereka berhampiran longkang tersebut.

Ketika aku menahan sakit, datang rakan perempuan aku ini dan bertanya “ Frid, ko sakit ke?” dengan tak semena-mena aku terus termuntah yang agak banyak. Dia yang terkejut menjerit sekuat hati kerana geli. Aku yang masih lagi pening-pening lalat hampir tergelak melihat reaksi dia.

Kemudian ketika kami mula berjalan ke rumah rakan kami itu, lalu sebuah kereta polis sambil membuat sesuatu yang agak kelakar pada rakan perempuan aku itu. Lantas rakan perempuan aku pun terkejut dan berlari kea rah kami sambil berkata “Ya Allah, polis itu buat macam ni kat aku, kalau kat perempuan tulen sure dia tak buat camtuh, mesti dia ingat aku mak nyah”. Kami dengan tidak dapat menahan geli hati gelak macam orang gila. Aku yang sakit tadi bagai hilang rasa sakit dengan kejadian itu.

Kejadian tersebut tidak habis di situ sahaja, ketika sampai di pondok pengawal, kami bagai hilang arah mencari dewan di kawasan kondo tersebut. Aku menyuruh rakan perempuan aku itu tanya pada pengawal di situ mana letaknya dewan tersebut. Perkara paling buat aku tak tahan pengawal tersebut menjawab soalan rakan perempuan aku dengan gaya lelaki lembut. Kami 3 orang yang lain gelak terbahak-bahak nak pecah perut tengok gelagat pengawal tersebut. Pengawal tersebut terkedu dan terkejut dengan reaksi kami 3 orang, Rakan perempuan aku terdiam tanpa suara dengan reaksi pengawal itu. Lalu aku berkata “ Ya Ampun, kau yang perempuan tulen orang ingat dragged. Hahahaha…” Lantas pengawal itu terus tukar kepada keadaan normal kembali dan menunjukkan arah ke dewan. Sungguh kami tidak tahan dengan mimpi ngeri seorang perempuan tulen sepertinya. Kami gelak sehingga kini kejadian itu.

Kejadian itu telah diketahui oleh ramai orang di pejabat kami. Yang paling mengejutkan salah seorang dari AGM kami tahu tentang itu. Kami tidak tahu dimana beliau mendapat tahu tentang kejadian berkenaan.

Aku begitu kesian dengan apa yang berlaku ke atas dia. Aku mengganggap ia sebagai sumpahan muntah aku pada dia. Seperti badang memakan muntah jin dan menjadi kuat tapi dia terkena muntah aku lalu menjadi mak nyah. Hahahahaha!!!!

Aku mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf ke atas rakan perempuan aku ini. Aku cerita perkara ini adalah untuk membuka mata manusia lain untuk berhati-hati ketika lakukan sesuatu bak kata pepatah “Cakap malam pandang-pandang, cakap siang jelling-jeling” supaya kita tidak tersilap langkah dan memalukan orang lain.

p/s : Terima kasih Ema sebab jumpa kunci Sakti kembali. Sayang kau sesangat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home