AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, November 16, 2008

Selamat Pengantin Baru Irny dan Affan




Hari itu aku pergi ke Seremban kerana menghadiri majlis resepsi perkahwinan Irny dan Affan die Kelab Golf Seremban 2.

Aku dan Naim pergi bersama dengan menaiki kereta Naim dari pejabat ku ke Seremban. Kami bertolak agak awal kerana Naim menjadi orang kuat keluarga Irny.

Aku agak tertarik dengan dekorasi majlis perkahwinan tersebut. Warna yang digunakan juga menarik perhatian aku terutamanya pihak tuan rumah. Warna merah jambu menjadi pilihan mereka.



Bila aku masuk ke dalam ‘grand hall’ aku makin teruja dengan dekorasinya. ‘Pink carpet’ digunakan sebagai pengganti karpet merah terus ke pelamin raja sehari.

Pelaminnya agak menarik dan berbeza dari pelamin-pelamin yang biasa aku temui di majlis perkahwinan yang lain.


Warna hitam jarang digunakan. Ia memang menarik. Dengan kombinasi warna merah jambu dan merah membawa pelamin itu dengan cara berbeza.

Mungkin ia memang ringkas, tapi ada daya penarik terhadap pelamin itu.

Baju kahwin adalah rekaan Arma. Elegan dan seksi sekali. Aku suka dengan lace yang digunakan. Itu yang menampakkan ia seksi.

Kek pun menarik. Kombinasi cokelat dengan warna merah jambu (hiasan kek) dan bunga-bunga segar.

Aku memang seronok dengan majlis itu.

Terima kasih banyak Naim kerana beri aku tumpang ke sana.


Tahniah dan terima kasih untuk Irny dan Affan. Semoga jodoh kekal sehingga akhir hayat kalian berdua.

2 Comments:

Blogger Ted Baker said...

Comel lahhhh konsep wedding tuh.

12:52 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

yang buat ni arma...
baju also...
suke gak konsep wedding ni...
sebab ada pink...
=)

1:18 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home