AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, October 13, 2008

Cerita Raya Ini...

~ dalam perjalanan nak ke tempat cuci kereta di pagi raya~

Raya tahun ini adalah raya paling sepi buat aku. Walau aku pergi menziarahi sanak saudara dan aku pulang ke kampung aku di Johor pada raya ke-3, aku tetap sepi di hati.


~ Perjalanan pulang ke kampung ~

Agak lama juga kami sekeluarga tidak beraya di kampung. Ini kerana tahun-tahun sebelum ini tidak mengizinkan kami pulang ke kampung.

~Perjalanan ke rumah sanak saudara di Johor~


Baju melayu aku juga ada cerita disebaliknya. Aku menghantar baju melayu aku pada maklong aku (memang tukang jahit baju2 aku) di Johor. Setelah siap maklong akan ‘courier’ ke KL. Semasa aku fitting untuk baju raya aku tahun ini, aku agak tekejut kerana ia sangatlah labuh. Bagai baju kurung yang berkocek. Ada gaya seperti kurta juga. Kedua-dua baju melayu aku labuh seperti baju kurung. Akhirnya mama aku mengubah kembali baju melayu aku yang warna hijau itu kerana ia nampak terlalu labuh. Baju melayu yang aku pakai pagi raya agak jarang. Memang aku sengaja memilih baju melayu itu. Tapi perkara paling sukar untuk aku padankan pada baju itu adalah keronsang. Agak lama aku mencari keronsang yang aku suka. Tetapi aku tidak jumpa satu pun yang aku cari. Akhirnya aku membeli keronsang di Jalan TAR 3 hari sebelum raya. Aku suka rekaan keronsang itu. Tampak ringkas tapi glamor. Yang paling menariknya baju melayu aku yang lagi satu berwarna hijau aku tak pakai lagi sehingga kini. Huhuhuhu….



~Sepi di hari raya~


Hari raya ini juga aku bersama kakak, emak dan abang aku membuat beberapa biskut raya. Antaranya biskut sarang semut, tat nenas, biskut mentega dan biskut almond bersalut coklat. Aku paling suka pada biskut almond bersalut coklat sebab ia agak serupa dengan coklat Forerro Roche. Cuma aku tidak letak kacang almond di dalamnya. Dan tidak lupa kek coklat yang memang aku suka untuk buat.

Tapi hari raya tahun ini tidak semeriah seperti tahun-tahun lepas. Hanya beberapa perkara yang aku terfikir setiap kali raya. Kenapa setiap kali raya aku masih ‘single’? Apa yang harus aku lakukan pada hari raya ini untuk menjadikan aku tidak rasa bosan di hari raya? Dan banyak lagi. Cuma satu perkara yang aku rasa gembira dan hargai sangat, terima kasih kepada seseorang yang sering teman aku pada bulan puasa dan hari raya. Aku tidak rasa sunyi pada raya ini. Walau kau jauh di utara sana, kau tetap dekat di hati. Tidak lupa kepada Bash yang di Manchester, tanpa kau hari-hari aku rasa seperti tidak lengkap. Aku rindu pada kamu. Kepada Ren di Singapura, Aku hargai kau dari pertama kali aku kenal kau sehingga kini. Kau banyak beri aku semangat. Kepada teman-teman ku yang lain seperti terutamanya kembar aku Izuan tersayang, terima kasih kerana sering ada hiburkan aku. Kepada Faisal yang sering ingat pada aku. Aku hargai segalanya. Kalian semua adalah yang terbaik dalam hidup aku.

Sekarang ini aku kena hadiri rumah terbuka yang agak banyak. Tak sabar untuk aku bertemu dengan sanak saudara dan rakan-rakan aku yang lain.

Selamat Hari Raya kalian. Riakan raya anda. Mari kita beriya dihari raya!!!

2 Comments:

Blogger p.a.k.w.e. said...

ish...maner entry2 lain nie...raya dah nak dekat abis lah u...

1:07 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

hahahahah...
nanti la...
i bz sket laa...

8:00 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home