AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Saturday, January 05, 2008

apakah itu yang terbaik?


sebelum apa-apa aku nak mintak maaf la sesape yg baca blog aku. sebab blog aku tak semeriah blog yang lain. sebab blog aku hanya tempat aku luahkan perasaan aku. Bukan aku nak share life aku yang membosankan ni. Depends on my mood. Sometimes kalau ada waktu-waktu yang menarik aku nak share, mesti aku share kat sini.

Back to the story. maybe ayat ni agak cliché la erk kalau aku ckp. Hidup ini tak seindah yang kita harapkan. Memang kita rasa hidup dan takdir tak adil untuk kita. Apa yang kita mahu selalu bukan apa yang kita dapat. Dan sebaliknya. Ada juga insan-insan yang tak bersyukur akan kehadiran yang terbaik dalam hidup mereka. Ada juga antara insan lain yang berusaha untuk mendapat yang terbaik bagi diri mereka.

Tuhan itu maha adil. Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika kita dapat yang bukan kita mahukan. Itu da menjadi tanggungjawab kita untuk merubah kepada kebaikan. Dan jika kita mendapat yang terbaik, kita bertanggungjawab untuk tidak menjadikan ia terluka atau rosak.

Keadaan lebih sukar bila kita tahu yang terbaik didepan kita adalah bukan milik kita. Dan pada itu banyak perkara yang +ve dan juga –ve mula muncul dalam kotak fikiran kita. Tapi percayalah, jika kita ikhlas mendoakan kebahagian insan lain nescaya kita boleh dan akan dapat yang terbaik untuk kita.

Kita kene concern juga dengan cara kita jaga perkara terbaik itu. Mungkin ada orang berpendapat bahawa mengikat adalah cara untuk ia tidak hilang dari kita. Some of people put a borders to make sure that mereka ada sempadan mengenai sesuatu. Dan ada juga yang memberi kebebasan kerna sayang. Itu semua kerana sayang. Tapi fikirkanlah apakah itu terbaik untuk diri kita dan orang lain?

Sorry la post kali nie serius sket. Tp itu yang bermain dalam fikiran aku. Kekadang aku tak tau mana aku nak letak cinta, sayang dan perhubungan serta harapan aku. Sekarang aku ada nampak yang terbaik untuk aku. Tapi…


4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tapi aper?

10:46 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

tapi...
tunggu post seterusnya...
hhaaiihh~

12:06 pm

 
Blogger singAsong said...

hahahaha...

sabar la Frid...saya buat blog pun anggap macam online diari je..memang tak semeriah macam orang lain tapi itu cukup meriah untuk diri kita...

3:06 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

btol tue song...
janji kita ada tempat nak story...
org suke ke tak bukan jadi masalahkan...
rupenye da 3 tahun blog aku nie...

5:42 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home