AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, January 09, 2008

berubah kerna bintang

~ bila aku drive adalah waktu terbaik aku berfikir ~
aku yakin ramai yang mengharap yang terbaik untuk diri mereka. Dan tak lupa pada orang kita sayang. Bila yang terbaik itu datang pada kita, cubalah jadi yang terbaik untuknya juga. Jangan sesekali kita mengharapkan balasan yang setimpal atau lebih dari itu. Ini kerana perasaan orang yang dihargai lebih bermakna dari balasan lain.

Aku tahu aku da ketemu yang terbaik untuk aku. Dan aku berjanji untuk menjadi yang terbaik untuknya. Tapi… ( sambungan kepada post sebelum ini…)


Sayang-sayang - Aliff Aziz

Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu

Jauh di dasar hatiku
Inginku teriakAku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriakAku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayakuRebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang

Lagu ni betul-betul buat aku rasa tertarik untuk menyatakan rasa hati. Tapi macam kelakar lak. Sebab pelik tau. Entah la…tak tau nak cakap camner. Da la lupakan je la.

Bila kita nampak masa depan kita, jangan takut untuk kita kejar. Tapi jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Ye la. Ketara untuk kita lihat ramai yang jadi seakan kumbang tamakkan bunga akhirnya madu tak juga dapat. Wahh…cam tak caya lak aku leh buat perumpaan itu.

Hari-hari aku jalani menampakkan perubahan dalam diri aku. Aku mula bersedia dengan sebarang kemungkinan. Selagi ia berdiri bersama aku. Aku masih kuat untuk merempuh dugaan, halangan dan juga kata fitnah manusia lain. Aku mohon padamu Ya Allah, jangan Kau bawa ia jauh dari ku. Kerna semangat ku ada bersamanya.

cukuplah pasal hal yang tak pernah nak habes tu. Skang meh aku nak cite sket beberapa perkara yang merubah keadaan hidup aku sekarang ini.

Pertama hal office aku. Biasalah Monday morning kita orang ada morning talk wih our GM. Isu berbangkit adalah isu kedatangan dan disiplin. Tapi aku tak nak citer pasal isu tu, tapi cara teguran terhadap kakitangan yang lain. Sebagai seorang yang didalam corporate, orang tertinggi even sebagai seorang manusia pon, kita memerlukan sense of humanity and respect others. Tak kiralah siapa pon kita, pasti kita mahu orang lain hormat pada kita. Dan jangan sesekali kita lupa untuk hormat pada orang lain juga. Walau macam mana teruk sekali pon manusia itu, die tetap ada maruah dan perasaan. Hormat lah manusia lain jika kita mahu diri kita di hormat juga.

Kedua, menghargai diri sendiri. Itulah perkataan yang sering aku dengar. Masih terngiang-ngiang di telinga aku. Bukan selama ini aku tak hargai diri aku tapi aku akan lebihkan orang lain dari diri sendiri. Sebab aku tau dengan cara itu aku mampu untuk tidak merasa kesunyian dan kosong. Sekarang aku mampu berdiri selagi kekuatan aku masih berada bersama aku.

Ketiga, hidup aku makin lama makin sukar. Banyak yang perlu aku tempuhi yang betul-betul menduga kekuatan emosi aku. Tapi aku tau, selagi bintang itu ada bersama aku. Selagi itulah aku mampu memberikan yang terbaik. Tapi sebenarnye aku takut kalau bintang yang aku lihat itu tidak lagi memberikan cahaya pada aku, aku tak mampu nak membayanginya. Aku takut…

Kalau di fikirkan, aku bagai bermain dengan api. Tapi bak kata mama…berani kerana benar, takut kerana salah…dan tanpa keberanian impian takkan kita capai.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kalau kita mengharapkan cahaya pada bintang pasti cahaya itu akan hilang bila malam berganti siang. letaklah harapan itu pada matahari kerana matahari sentiasa memberikan cahaya tak kira siang atau malam. apa taknya, cahaya bintang tu pun hasil daripada matahari.. tul ke? hehe.. tak kisah la apa pun.. cuma, kita tak perlu takut pada harapan yang dah kita letakkan kalau kita betul2 yakin dengan harapan itu.. hanya kita cuma perlu selalu beringat. tapi dalam masa yang sama adakah kita sedar bahawa cahaya itu juga perlukan kita supaya cahayanya tidak dipersia-siakan.. tak kira siapa pun kita atau siapa pun dia.. antara mereka sahaja yang lebih memahami keinginan masing-masing.. dan.. sesungguhnya 2 insan ini amat memerlukan antara satu sama lain.. ADIOS!

FROM: you know..

12:24 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

matahari menyinari seluruh pelusuk...tapi dalam beribu bintang...hanya satu menawan hati dan jadi peneman...

tapi btol kate u...jika kita sedar bahawa kita memerlukan antara satu sama lain...tiada apa perlu di ragu...cuma i takut kehilangan cahaya itu...

11:01 am

 
Blogger singAsong said...

Cahaya itu sentiasa berada d sisi.. Jikalau 'ia' tidak mampu berikan cahaya, be yakin that ada yang lain akan berikan cahaya itu...

12:59 pm

 
Anonymous Anonymous said...

walaupun ada cahaya lain yang boleh memberikan cahaya.. yang pasti sinarannya tidak sama seperti yang asal..
kita cuma boleh berharap agar cahaya kali ini lebih terang dari yang dahulu.. walau mcm mana pun.. kita sebagai manusia yang lemah terpaksa terima hakikat bahawa matahari cuma satu dan ia tahu siapa yang berhak untuk terima cahayanya...

tepuk dada tanya selera...

you know...

5:24 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

kalau kita tanya selera...keadaan mungkin akan bahaya...sebab ia boleh ke arah nafsu...tapi kita tanya pada iman atau pada kewarasan kita...mesti kita tahu apa yang baik untuk kita...

setiap cahaya ada panas nye ada bahang nya...ada cahaya indah di mata tp perit di kulit...ada juga cahaya yang tenang kita rasa...nak mencari cahaya yang indah, tenang dan memberi keyakinan bukan mudah untuk kita perolehi...jika kita dapat...hargailah ia bagai kita tiada esoknya...

aku syg kamu...

7:05 pm

 
Anonymous Anonymous said...

CiNtA dAlAm UdArA sIoT...(lOvE iN tHe AiR) tEnEtS kAtNeR bRo NaK sKoDeNg BlEy?

8:06 pm

 
Anonymous Anonymous said...

andainya masih ada esok..

sebelum kita pandang ke esok hari.. lihatlah, apakah kita sudah cukup buat yang terbaik pada hari ini.. sesungguhnya kedatangan esok akan lebih mencabar dan menguji kesabaran..

untuk dia..
akan aku pastikan segalanya yang terbaik!

you know..

1:34 am

 
Blogger Izuan Kunang-Kunang said...

HELLOOO....BILA MASA BINATANG EH BINTANG TU MEMBALIKKAN CAHAYA MATAHARI??? *tetibe

FYI bintang menghasilkan cahaya sendiri yerr. Matahari juga diklasifikasikan sebagai bintang. Konsepnya, bila siang pun, bintang-bintang still bercahaya, cuma cahaya matahari lagi terang sebab matahari adalah bintang yang paling dekat dengan bumi!! *matila lari topik..LOL~~

I wish u all the best frid...semoga you dapat jumpa bintang hati you...jangan terlalu difikirkan pasal cahaya yang hilang, binatang eh bintang yang hilang bla bla bla...hargailah apa yang you ada sekarang, because we never know when we might loose them...

love you fren!!

9:50 am

 
Anonymous Anonymous said...

...thanks to cik kunang-kunang sb sudi memperbetulkan fakta sains yang salah tu.. seyes terharunyer!



...kepada insan itu...

as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone

my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why

baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive

though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground

i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all



who am i? u know...

5:31 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

bintang yg ingin ku capai jauh di sana. walau nampak dekat. namun sukar untuk ku milikinya. tapi aku percaya akan tiba waktu aku mampu miliki nya. hanya milik aku.

thanks u guys. memberi semangat kat aku...

sean - ko nie da takde keje kan nak skodeng je. ish ish ish...aku bukan nasha aziz la...

song - cahaya itu tetap di hati... =)

anonymous - segalanya mungkin...

kunang-kunang - mutif bukak kelas sains kat sini...anyway thanks bout that... =)

11:07 am

 
Anonymous Anonymous said...

segalanya pasti..

who am i? u know...

4:30 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home