AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, October 21, 2007

lebaran yang penuh bermakna



bertemu kembali...aku mohon maaf kerana tidak mengemaskini ruangan ini...bukan apa...sejak beberapa minggu yang lalu...aku terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga aku...kerana ayah aku baru sahaja keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan batu karang di buah pinggangnya...jadi, aku bertanggungjawab untuk menjaga keluarga aku....

semperna bulan yang mulia ini....di kala aku dengan redha melepaskan bulan yang paling aku sayangi...di waktu syawal yang mulia ini...di saat aku masih bernafas di bumi Tuhan ini...aku dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf pada setiap tingkah laku dan tutur bicara aku selama ini....halalkan segala rezeki yang ada antara aku dan kalian semua...secara ikhlas atau tidak...secara sengaja atau tidak...sesungguhnya aku hanya hamba tuhan...memaafkan kalian semua dengan ikhlas...kerna itu yang mampu aku mohon dan lakukan selagi aku bernyawa...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AKU FRID a.k.a EFF a.k.a ATAN a.k.a DAUS a.k.a FIRDAUS



aku terkenang kenagan bulan puasa tahun ini...banyak perkara yang berlaku....ada yang menyentuh hati aku...dan ada yang membuat aku tergelak...

antara perkara yang buat aku tertawa adalah di kala kakak aku bangun hendak masak untuk bersahur...di buka api di dapur untuk memanaskan minyak di kuali...tetapi dengan tidak sengaja di tertidur...sehingga kuali itu hangus...bersyukur aku tiada sebarang kemalangan berlaku...tapi agak geli hati aku...kerana ia menjadi bahan gelak kami sekeluarga...huhuhuhu...

sejak ayah aku berada di hospital...mama yang menjaga ayah di sana...tidur di sana...berpuasa di sana...itu yang buat aku tersentuh...dan dengan rasa tanggungjawab aku uruskan hal rumah tangga aku sepanjang mama dan ayah aku di hospital...dengan sabar dan tenang mama menguruskan ayah di sana...alhamdulillah ayah semakin pulih...sekarang ayah berada di rumah...cuma yang merisaukan aku adalah batuknya tak kebah lagi...sehingga sukar untuk ayah tidur di waktu malam...aku doakan ayah cepat sembuh...amin...

cerita pada hari lebaran...aku menitiskan air mata...kerana malam terakhir puasa...tiba-tiba ayah rasa sejuk yang teramat sangat...aku sedih tengok mama menangis dengan keadaan ayah...aku pun tak sanggup dengan keadaan itu...rasa bersyukut tak terhingga apabila melihat semua anak-anak ayah ada di samping ayah dan cuba yang terbaik untuk memulihkan keadaan...dan akhirnya semua pulih...cuma ayah demam kembali....

pada tahun ini...lebaran sungguh bermakna untuk aku sekeluarga...kerana keluarga aku semua beraya di Kuala Lumpur...termasuk abang, kakak ipar aku dan anak mereka...dan lebih memilukan apabila salah seorang anggota keluarga mama yang selama ini tak bertegur dengan keluarga aku datang pada pagi raya...aku sungguh tak sangka...tapi itu la kekuasaan Tuhan dan kemulian hari yang indah...segalanya mampu berlaku...Ya Allah...aku bersyukur kerana kau mampu membuka pintu hati insan yang mama sayangi untuk kembali bersama mama...dan pada lebaran ini juga semua anggota keluarga mama dan ayah datang ke rumah...aku rasa sungguh terharu...ini adalah lebaran yang tak mungkin aku dan keluarga aku lupakan...

namun ia tak habis di situ...setelah beberapa lama aku di tinggalkan...dengan secara tiba-tiba...insan yang pernah aku sayang, sanjung dan cinta menghubungi aku...setelah aku menghantar pesanan hari raya kepada rakan-rakan aku...tapi di sini aku memohon maaf pada mu...bahawasanya aku tak mampu untuk memberi hati aku pada mu kembali...aku takut dengan apa yang telah terjadi...tapi aku sayang pada mu...dengan cara yang lain...

hari raya tahun ini juga memberi aku peluang untuk mengenal diri aku...dan aku sedari yang aku mampu untuk hidup dengan kekuatan diri aku sendiri...dan akan aku buktikan bahawa apa yang orang lain anggap aku itu salah berlaka...
dan paling aku tak lupa...aku luangkan masa di hari raya bersama teman rapat aku...lepak di pavilion...bukit bintang dan merata tempat...thank you so much buddy....



ini pun aku baru sahaja balik dari lepak bersama dengan kunang-kunang, shah andrew dan amirul....

sebelum itu aku pergi ke rumah nadia di subang...hilang rasa rindu aku pada nadia...juga hilang rasa rindu pada ryna, shah, lissa, din, pacak dan ramai lagi...

alamak! malam ini aku dengar lagu nora berjudul secebis harapan...berulang-ulang kali...

6 Comments:

Blogger fred said...

hye,,
selamat hari raye..
sesaje jalan2..
cari teman2 blog yg besh, n sudi dijadikan as frewn..

salam perkenalan..

motif lagu secebis harapan diulang2 pendengaran nyer?? hahahaha

1:03 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

hye nadzeem...
thanks coz sudi jenguk blog i yg tak seberapa nie...
selamat hari raya...

salam perkenalan juga....

tue la pasal...
tak tau nape lagu tue je yg dok dengar...huhuhu....

6:25 pm

 
Blogger fred said...

frid??
or farid?

kalo ader farid2 tuh..
mkne nyer kite same name,
tapi org nyer b'beza..

heheeh

12:14 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

frid...
not farid...
but ada je yg pgl farid...huhuhu =)

2:31 am

 
Blogger fred said...

ala.. xkesah laa.
as long ader bunyi freed nyer kan.
huhuhu

rerajin la ke my blog ya..
da~~

5:56 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

yeah yeah yeah...
huhuh..
sure i will nadzeem..
thanks anyway...

4:39 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home