AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, June 22, 2009

Tak Mampu Merancang

Aku tak pernah untuk membayangkan yang aku berada pada kedudukan aku sekarang. Apatah lagi merancang untuk kehidupan aku ini. Aku lebih suka untuk menjalani hidup aku tanpa merancang sesuatu yang aku tahu mungkin tidak pernah aku kecapi. Bukan kerana aku takut untuk menghadapi risiko untuk mengecapinya.

Terlalu banyak kekecewaan dalam hidup aku yang telah aku lalui. Dalam aspek percintaan, perhubungan, kekeluargaan, pendidikan dan sebagainya. Disebabkan itu juga aku mula rasa fobia untuk merancang walau sekecil-kecil perkara. Aku seorang yang mudah menerima kenyataan tapi jika ia acapkali berlaku buat aku rasa jemu.



Ini bukan bermaksud aku tidak mengambil kisah tentang masa depan aku. Aku tidak merancang untuk masa depan aku. Cuma aku merancang sesuatu yang aku yakin aku boleh capai. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan aku lebih fokus untuk sesuatu yang besar dalam hidup aku. Selama ini ada juga aku merancang untuk diri aku di masa akan datang. Lama-kelamaan aku menyedari aku terlalu banyak rancangan untuk masa depan aku. Jadi aku terus lupakan rancangan aku dan teruskan hidup aku dengan cara aku.

Aku tahu yang perkara ini mungkin akan menyusahkan aku kelak. Itu risiko yang perlu aku tanggung sekurang-kurangnya aku tidak terlalu kecewa kerana tidak terlaksana apa yang dirancangkan. Aku juga bukan seorang yang sentiasa gagal merancang. Dalam pendidikan, aku banyak menjadi perancang untuk majlis-majlis, kertas kerja dan sebagainya dan hampir keseluruhannya berjaya dan boleh aku banggakan. Buat masa ini sahaja aku mula letih dan jemu merancang. Aku sering dipersalahkan jika apa yang aku rancang tidak berjaya atau terlaksana walau pada hakikatnya bukan aku yang mulakan rancang atau memberi idea terhadap rancangan itu. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Jika ia tidak terlaksana, ini bukan atas dasar aku tidak berusaha untuk capai tapi ada halangan yang aku sendiri tak mampu elakkan apatah lagi orang lain.



Terimalah siapa aku seadanya. Seorang yang tak suka untuk merancang terutamanya dalam aktiviti aku. Aku akan pilih mana yang lebih menghiburkan, memudahkan aku dan memberikan aku sesuatu yang berharga.

3 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

mmg ler... i pon xsuka plan ape2.. tapi utk bende yg besar, kite kene jugak plan, sebab plan buatkannya menjadik visi dan misi kite..dan utk berusaha agar ianya berjaya..

luar tajuk:
~~berapa banyak daa perkataan RANCANG..

~~ kali ni sekali ajer i baca.. mwhaha

7:19 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Memang benar kata U Khai.
Dalam perkara besar kita harus merancang tapi kita harus fokus pada rancangan perkara besar itu sahaja. Baru kita boleh bagi yang terbaik untuk itu.

Iya tak ya! Banyak pula perkataan merancang. Mungkin sebab itu kata kuncinya.

Tahniah kerana Khai sudah mula memahami corak bahasa I.

11:44 pm

 
Anonymous Anonymous said...

u merancang nak kawen ke nobs?sape laki u nanti..taste tak..hoh.*ampunnn..huhuhu..*teekksssii!!!

11:44 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home