AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, June 25, 2009

Realistik


Dalam dunia yang serba luas ini, pelbagai jenis kehidupan yang melewati setiap waktu, keadaan dan rupa. Aku percaya ramai antara kita yang sering berhadapan dengan pelbagai jenis dan rupa kehidupan di muka bumi ini. Ada yang sempurna, ada yang tidak sempurna di mata mereka atau di mata orang lain, juga ada yang rasa diri mereka sempurna pada hakikatnya tidak sehingga mereka-mereka yang tidak pernah kita bayangkan.

Dalam kesempurnaan kehidupan terutamanya manusia, ada dikalangan kita yang masih tidak berpijak dibumi yang nyata. Kesempurnaan yang ada tidak mencukupi baginya. Atas sifat mereka itu, mereka mula manusia yang tidak berpijak di bumi nyata atau dalam erti kata modern tidak realistik. Aku fikir aku boleh katakan orang seperti ini tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang sebenarnya dimahukannya.

Dalam kerjaya aku, sifat manusia ini sering aku temui. Permintaan yang tidak masuk dek akal dan memang tidak realistik. Jika nak dikatakan mereka tidak tahu tentang perkara itu, itu adalah dalam bidang kuasa mereka sendiri. Aku percaya mereka juga telah dinasihatkan tentang perkara yang mereka minta. Namun ia juga berkaitan dengan ego seorang manusia sehingga mereka sanggup mengenepikan hakikat sebenar yang ia tidak mungkin berlaku.

Magis atau keajaiban adalah perkara yang sukar untuk dipercayai berlaku. Jika benar ia berlaku aku percaya ia bukan kerana kuasa keajaiban tersebut tapi itu adalah takdir yang sentiasa hinggap pada setiap manusia. Justeru itu, kita mesti untuk terus berpijak dibumi yang nyata. Kenali diri kita dan keadaan sekeliling. Jika apa yang kita minta adalah perkara yang memang semua orang berkebolehan untuk menunaikannya, pasti mereka akan terus berusaha untuk memberi yang terbaik. Jika kita sendiri sedar dan mereka tahu yang perkara itu sebenarnya tidak mungkin akan berlaku atau memang tidak mampu untuk mereka laksanakan, beri mereka peluang untuk memberi jalan lain atau alternatif lain untuk memenuhi kehendak setiap manusia lain. Tiada seorang insan dalam dunia yang mahu melakukan sesuatu yang mereka sendiri tahu tak mungkin mereka lakukan.

Dalam perhubungan, perkara ini juga sering berlaku. Aku tahu ramai pasangan yang meminta sesuatu yang memang tak masuk dek akal. Walhal mereka tahu kemampuan pasangan mereka sebenarnya. Aku tahu adakala mereka mahu pasangan mereka untuk berganjak dari keselesaan dan kemampuan sedia ada. Itu tidak bermakna mereka boleh untuk menjadi seorang yang tidak realistik. Kelak pasti perkara yang kita sendiri tak mahu berlaku akan berlaku.

Bila seseorang itu menjadi tidak realistik, mereka lebih suka mementingkan diri mereka daripada memikirkan kemampuan dan pengorbanan seseorang itu demi memenuhi kehendak yang tak munasabah tersebut. Sukar untuk menjangkakan apa yang ada di dalam kotak pemikiran manusia yang segitu.

9 Comments:

Anonymous ombk said...

semacam jer....notice ni

7:30 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

This comment has been removed by the author.

7:54 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Maksud awak? *

11:28 pm

 
Anonymous imahlenggok said...

babe...u kne sabar tau..mak ssendu baca entry uols..*nanges..uhuk uhuk

10:35 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Imah...semua yang berlaku menguatkan lagi kesabaran I. Terima kasih banyak-banyak Imah. =)

11:13 am

 
Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

Sebut pasal sempurna, setiap org mmg xsempurna..lagi la pada tuan punye badan, tau ape kekurangan pada diri dia.. tapi hipokrit giler pada mereka yg mengatakan diri mereka sempurna..huh!

Tapi pada i, 'sempurna' ni terlalu meluas dlm ape2 aspek.. kdg2 hanya 2 3 aspek jer dia sempurna, kdg2 bnyk kekurangan..tapi hakikat, mmg xsempurna..

ape2 pon, isu tidak berpijak dibumi nyata ni biasa sgt berlaku.. pada i, biar kite tau kemampuan diri kite.. xperlu fikirkan pasal org yg selalu bikin penin..asalkan kite bahagia.. kann..

*ibarat si isteri ingin jadik suami, si suami ingin jadik isteri..boleh ker? [dari sudut sex.. mwahaha]

8:04 pm

 
Anonymous imahlenggok said...

maksud mek...uols jgn lah buat entry sentap2..buat la yg lawak2.u ni nok..tak ikut citarasa semasa tau..uhuhuh..*larik....matilamak komplen entry org..

9:29 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Khai: Memang pun, tapi hakikat sebenar yang perlu kita tegakkan bukan perkara yang tak masuk dek akal.

Imah: Hahahaha! Bukan macam tu. Adakalanya kita perlu lihat dari sudut yang lain. Lagipun Imah biar lain kan taklah orang baca nak happy je.

12:24 pm

 
Blogger MORIBAYU said...

An Invitation -
Yoyooh.com Blogger Awards Night

Salam
Anda telah dijemput ke Majlis yoyoo.com Awards Night .

Utk makluman lanjut sila ke

yoyooh.com.


Terima Kasih

3:11 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home