AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Friday, March 21, 2008

hukum lah aku...

setiap langkah ku pasti aku tersadung kaki sendiri. pada setiap tangis ku percayalah keikhlasan air mata itu. pada setiap susah ku tiada yang akan ku keluhkan. di setiap cinta dan sayangku takkan sama sebelum nya.
aku percaya itu salah ku. aku sanggup terima apa hukuman nya mahupun balasan nya. aku redha dengan segala yang akan terjadi. bukan kerna ku tak cinta. demi cinta dan sayang ini aku korbankan demi mu yang aku sanjung. kamu adalah insan yang mulia pada ku. walau jauh pernah ku pergi, walau ramai pernah ku temui. dengan keserdahanaan kamu membuka hati ini terima segalanya.
bukan aku tidak sayang kan kamu. sayang ku tak kenal erti jemu. mungkin cara sayang ku bukan pada mata. cuma hati yang menilai. sesungguhnya aku berbeza dari yang lain. namun aku tetap ada hati seperti mu. penyayang yang paling ketara. dalam semua tentang diri mu.
maafkan aku atas kesalahan ku itu. memang mudah untuk melafazkannya. ia ikhlas dari hati yang menyayangi diri mu. bukan sebenarnya niat ku. melakukan demikian. memberi tekanan. hati ku ini tak keruan bila melihat kamu bagai hilang dari nyata. maafkan aku kerna aku menyintai dan menyayangi diri mu.

Tuesday, March 18, 2008

Happy Birthday Mama~

Happy birthday mama...

16th March 1958 adalah tarikh kelahiran mama aku yang sangat aku sayang...means this year she's 50 years old.


walau da lambat nak post kan dlm blog aku nie...tapi tetap aku akan post kan gak...since eksiden ni aku cam hilang mood nak buat apa-apa...even gym pun aku takde mood nak pergi...rindu sgt kete aku...


back to my mama story...malam birthday mama aku ada send sms kat mama...

nie ayat aku:-


" Happy birthday mama. A*** doakan semoga mama sihat dan dimurahkan rezeki. A*** minta maaf atas setiap kelakuan samada sengaja atau tak. A*** tau A*** banyak menyusahkan mama. tapi itu bukan niat A***. A*** sentiasa doakan mama sihat dan happy. Selamat hari lahir mama. A*** sayang mama."


semenjak aku eksiden, aku rasa seolah-olah sudah menyusahkan ramai orang. lebih-lebih lagi mama and daddy aku. aku sedih dengan aku yang aku sudah buat. semperna birthday mama, aku cuba untuk buat yang terbaik walau aku tau di sudut kecil hati mama, mama marah pada aku dan aku paham keadaan itu.


mama...i love u so much...semoga mama sihat, di murahkan rezeki dan di panjangkan umur...

Saturday, March 08, 2008

Sakti Kemalangan [What a bad day] *SIGH


aku sekarang mengalami keadaan emosi yang bebetul tak stabil. ini semua berpunca pada jumaat lalu 7hb Mach 2008 jam 12 tengahari. tempat kejadian di kilometer 30.4 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam. aku mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan 4 kereta. actually jalan tu agak sibuk. kereta banyak yang pergerakan trafik yang perlahan. di depan aku adalah kereta peugeot. dengan tak semena-mena, kereta tersebut berhenti dan aku dengan mengejutnya menekan brek kereta aku lalu aku terlanggar bahagian belakang kereta tersebut. kemudian kereta aku pula telah dilanggar oleh sebuah kereta polis dari arah belakang. dan di sebabkan itu kereta yang di bahagian hadapan aku telanggar kereta di hadapan nya iaitu sebuah kereta kancil. kereta aku mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

~ begini lah keadaan kereta aku waktu kemalangan~

Alhamdulillah aku tak mengalami kecederaan, cuma lutut aku lebam sebab terhantuk pada dashboard. sedih aku tengok keadaan kereta aku time tu. aku dengan tidak teragak-agak menelefon daddy and mummy aku. aku menyuruh daddy aku call abg aku. Alhamdulillah sebab ofis daddy ngan abg aku tak jauh dari tempat kejadian. yang buat aku lebih runsing sebab aku on the way nak ke subang berjumpa dengan client aku. aku pun terus call head aku dan memaklumkan kejadian yang berlaku. waktu tu lalulintas di kawasan lebuh raya persekutuan makin sesak sebab kemalangan ini berlaku di bahagian kanan jalan. aku tak rasa marah atau tension, cuma aku terkilan sebab aku ngan parents aku terlalu sygkan kereta ni. da la tinggal beberapa hari lagi nak renew road tax and insurance. da nak abes bayar pon.

~ tengok la sakti dengan muka sedih~


~ kereta yang aku langgar * en ikmal ni cool je org nya~

~ kereta polis yang langgar aku * polis yang drive nie agak huru-hara~

perkara yang paling menarik about that accident, i was hit by a police car from the back. kereta polis tue rosak kat bonet but bahagian belakang kereta aku mengamali kerosakan di bahagian no pendaftaran sahaja. tapi yang buat keadaan lebih leceh bila nak claim insurance polis. sebab kereta polis ni takde insurance. so aku kene la bwk kereta aku ke jkr kat shah alam untuk buat pemeriksaan claim then baru workshop boleh buat kereta aku. da la nak tuntut makan masa. it takes so long like ages nak dapat balik duit insurance dari kerajaan ni. kereta peugeot depan sure aku yang kene bayar its about 3K. dengan kereta aku lagi. tapi benda nak jadi, tak siapa yang minta.

~ sakti nak kene tow *SIGH~

aku redha dengan apa yang jadi. ini semua kuasa tuhan. aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. cuma aku agak buntu sebab kerja aku memerlukan aku untuk ada transport ke sana sini. takper... aku tahu aku mampu berkorban untuk diri sendiri dan aku yakin ada insan yang sanggup untuk bersusah senang dengan aku. Ya Allah, aku mohon pada mu, jauhkan la malapetaka dan bencana dari hampir kepada ku, keluarga ku, teman ku dan rakan-rakan ku. lindungilah kami di bawah lindungan Mu Ya Allah. berikanlah aku dan keluarga ku kekuatan merempuh duaggan Mu Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin.