AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Saturday, March 08, 2008

Sakti Kemalangan [What a bad day] *SIGH


aku sekarang mengalami keadaan emosi yang bebetul tak stabil. ini semua berpunca pada jumaat lalu 7hb Mach 2008 jam 12 tengahari. tempat kejadian di kilometer 30.4 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam. aku mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan 4 kereta. actually jalan tu agak sibuk. kereta banyak yang pergerakan trafik yang perlahan. di depan aku adalah kereta peugeot. dengan tak semena-mena, kereta tersebut berhenti dan aku dengan mengejutnya menekan brek kereta aku lalu aku terlanggar bahagian belakang kereta tersebut. kemudian kereta aku pula telah dilanggar oleh sebuah kereta polis dari arah belakang. dan di sebabkan itu kereta yang di bahagian hadapan aku telanggar kereta di hadapan nya iaitu sebuah kereta kancil. kereta aku mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

~ begini lah keadaan kereta aku waktu kemalangan~

Alhamdulillah aku tak mengalami kecederaan, cuma lutut aku lebam sebab terhantuk pada dashboard. sedih aku tengok keadaan kereta aku time tu. aku dengan tidak teragak-agak menelefon daddy and mummy aku. aku menyuruh daddy aku call abg aku. Alhamdulillah sebab ofis daddy ngan abg aku tak jauh dari tempat kejadian. yang buat aku lebih runsing sebab aku on the way nak ke subang berjumpa dengan client aku. aku pun terus call head aku dan memaklumkan kejadian yang berlaku. waktu tu lalulintas di kawasan lebuh raya persekutuan makin sesak sebab kemalangan ini berlaku di bahagian kanan jalan. aku tak rasa marah atau tension, cuma aku terkilan sebab aku ngan parents aku terlalu sygkan kereta ni. da la tinggal beberapa hari lagi nak renew road tax and insurance. da nak abes bayar pon.

~ tengok la sakti dengan muka sedih~


~ kereta yang aku langgar * en ikmal ni cool je org nya~

~ kereta polis yang langgar aku * polis yang drive nie agak huru-hara~

perkara yang paling menarik about that accident, i was hit by a police car from the back. kereta polis tue rosak kat bonet but bahagian belakang kereta aku mengamali kerosakan di bahagian no pendaftaran sahaja. tapi yang buat keadaan lebih leceh bila nak claim insurance polis. sebab kereta polis ni takde insurance. so aku kene la bwk kereta aku ke jkr kat shah alam untuk buat pemeriksaan claim then baru workshop boleh buat kereta aku. da la nak tuntut makan masa. it takes so long like ages nak dapat balik duit insurance dari kerajaan ni. kereta peugeot depan sure aku yang kene bayar its about 3K. dengan kereta aku lagi. tapi benda nak jadi, tak siapa yang minta.

~ sakti nak kene tow *SIGH~

aku redha dengan apa yang jadi. ini semua kuasa tuhan. aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. cuma aku agak buntu sebab kerja aku memerlukan aku untuk ada transport ke sana sini. takper... aku tahu aku mampu berkorban untuk diri sendiri dan aku yakin ada insan yang sanggup untuk bersusah senang dengan aku. Ya Allah, aku mohon pada mu, jauhkan la malapetaka dan bencana dari hampir kepada ku, keluarga ku, teman ku dan rakan-rakan ku. lindungilah kami di bawah lindungan Mu Ya Allah. berikanlah aku dan keluarga ku kekuatan merempuh duaggan Mu Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin.

1 Comments:

Blogger Izuan Kunang-Kunang said...

Frid!!! Miss you!! Ni I komen khas secara live dari korea nih!! Lain kali drive elok-elok...

PS: korea silk sangat mahal. Duit yang I bawak ni cuma boleh beli sejengkal jer...huhuhuhuh

3:20 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home