Keindahan Kesamaran

Dalam terang cahaya pasti ada sudut yang aku lihat samar. Kesamaran yang adakalanya jelas dari pandangan dan ada juga sebaliknya. Kesamaran yang ada puncanya seperti dilindungi atau terlalu jauh dari cahaya mahupun tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Walau kita cuba untuk sorotkan cahaya melampaui segenap ruang malap, ia masih kekal ruang yg samar dari sudut pandangan pertama.
Kesamaran sering dilihat dari sudut yang sama. Malap dan tidak berseri. Namun itu adalah pelengkap pada keindahan. Jika setiap ruang itu diterangi cahaya indah, pasti semua mampu melihat setiap sudut ruang. Yang indah pasti ternampak dan juga yang buruk pasti terlihat. Tanpa kesamaran, cacat ruang itu jelas di mata.
Kesamaran sering dilihat dari sudut yang sama. Malap dan tidak berseri. Namun itu adalah pelengkap pada keindahan. Jika setiap ruang itu diterangi cahaya indah, pasti semua mampu melihat setiap sudut ruang. Yang indah pasti ternampak dan juga yang buruk pasti terlihat. Tanpa kesamaran, cacat ruang itu jelas di mata.

Justeru, sesamar mana ruang itu, seberat mana beban pada keadaan itu, percaya bahawa itu adalah pelengkap kepada setiap kehidupan. Sebuah kehidupan akan lebih lengkap seperti kesamaran yang melengkapi sudut sebuah ruang. Walau tidak indah di mata namun ia juga menghiasi kecacatan ruang tersebut. Jangan pernah jadikan beban itu sebagai punca kelemahan. Ia sekadar pendorong kepada kejayaan dan kebaikan.

Itu yang selalu aku pegang dalam apa jua yang berlaku. Aku percaya pada takdir dan kenyataan. Biarpun sukar tapi aku pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Aku buka diri dan terima semua seadanya.
7 Comments:
blognya bagus!
salam kenal mas
10:41 am
Makasih ya,
Salam kenal dari saya.
3:02 pm
indah itu kadang2 pahit....dan pahit itu juga kadang2 indah
jadi tak salah keindahan dalam ketaksamaran
3:24 pm
kesamaran itu bukannya penyamaran. keduanya saling bergantungan. lihat ia dari mata hati (suci bersih)...kegagalan kita kerana gagal mempercayai kata ati.
ruang itu sentiasa ada utk mereka yg masih "berfikir". awak pun boleh..? :p
8:14 pm
yang indah hanyalah sementara...
mana perkataan "sejujur-jujur aku katakan.."??? xlengkap entry u.. ;P
10:29 pm
noks...indah tu bile u ada kat atas pusat jenjanz hansuari ocay..
u've to remember dat gurlz..*matitakmak
11:59 am
wahahaha..
imahlenggok SUKA larriik dari topic lah. TETAP nak atas pusat khenn~~ *mampos la mek kene bomb lepas ni* =P
4:13 pm
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home