AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, April 28, 2009

Air Mata Kerana Teman


Perlahan-lahan aku terdiam melihat setiap langkah teman-teman lain. Tanpa aku sengaja berlinangan air mata di kelopak mata. Tiada siapa yang sedar, tiada siapa yang tahu apa yang berbicara dalam air mata aku apatah lagi dalam hati nurani aku.

Sungguh aku katakan yang aku mudah tersentuh perasaan bila sesuatu yang berlaku berkaitan teman dan persahabata. Aku tahu adakala yang berlaku bukan berpunca dari mereka. Sukar untuk aku salahkan sesiapa dalam perkara begini. Perkara-perkara yang berlaku menjadikan aku mula penat dengan setiap perilaku manusia lain dan juga diri aku sendiri. Biar apa yang berlaku disedari dengan sendirinya.

Sebagai seorang insan yang bernama teman, aku juga tidak pernah lepas dari mengguris dan juga melukakan hati teman yang lain. Sejujurnya aku memang kurang sedar dengan apa yang aku lakukan. Atas dasar aku terlalu berhati-hati dengan setiap yang aku cuba lakukan dan sampaikan membuatkan aku jadi sedemikian rupa. Mungkin juga sikap aku yang terlalu terbuka membuatkan setiap tingkah dan laku aku sedikit kasar secara dalaman. Aku tidak pernah berniat untuk menyakiti hati teman aku. Ia berlaku dengan cara tidak sengaja.



Ramai yang boleh menuding jari menuduh aku. Aku terima walau aku tahu ia berpunca dari apa. Demi manusia bernama teman aku sanggup untuk terima itu semua. Kejian, cacian, pujian dan fitnah adalah perkara biasa untuk aku. Takkan perkara sebegini aku masih tidak mampu mengalah. Aku akan bertahan selagi aku mampu untuk bertahan. Bak kata pepatah “ Jangan bermain dengan api ” atau “ Sarang lebah jangan dijolok ”, kelak akan merana kemudian hari. Fahami maksud dari ayat tersebut mungkin aku, kau dan kalian akan faham.

Seringkali air mata ini mengalir kerana teman. Aku terlalu menyanjungi sebuah perhubungan yang ikhlas yang bernama teman.

2 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

Dalam bersahabat, mmg tiada yg sempurna.. kite sendiri sebagai manusia biasa, mmg tiada kesempurnaan dalam semua perkara kerna kita bukanlah Nabi..

sememangnya untuk menjaga hati teman amat payah, dan kadang2 sifat terlalu berhati2 juga akan 'mencurangi' setiap perbuatan kite. tapi percayalah, teman yg baik pasti menerima kite seadanya...

"Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah kedukaannya"

11:47 pm

 
Anonymous mangsa teman said...

Kadang2 kita tidak boleh memikir kan teman sepenuhnya... sebab kita tidak tahu apa teman kita fikir dan laku kan dan juga peratusan dia terhadap kita.

So jangan lah letakan 90 atau 100% terhadap teman , sebab kita perlukan peratusan itu untuk diri kita, keluarga dan juga teman2 yang lain.

Sebaik mana pun teman, kita perlu berhati2. akan datang kita tidak tahu perubahan nya, kerana antara kita dan teman tidak ada hubungan saudara ataupun hubungan yang melibatkan undang2 seperti perkahwinan.

So berhati2 lah. ini untuk mengingat kan diri I dan juga bloggers yang lain. kerana teman yang disangka baik hingga akhir hayat I kehilangan kawan, wang dan juga harta.......

4:54 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home