AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu Mama!

Aku tahu agak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu. Tidak sengaja untuk aku terlewat ucapkannya. Terlalu ramai ibu-ibu yang rapat dihati aku. Tak terucap dengan madah kata aku pada mereka.

Aku memanggil ibu aku dengan gelaran mama. Mama aku seorang yang tegas, sensitif, manja dan terbuka tapi adakalanya dia agak konservatif. Seperti ibu-ibu yang lain, mama inginkan yang terbaik dari anak-anaknya. Tak kira dari segi pendidikan, agama mahupun sosial. Mama aku agak terbuka dengan isu perhubungan dan cinta. Dia memberi kebebasan untuk anak-anaknya membuat pilihan masing-masing. Mama juga sering memberi sokongan pada anak-anaknya dalam apa jua keadaan.

Aku mengakui yang aku memang seorang yang manja dengan mama. Pernah juga adik-beradik yang lain cemburu dan membangkitkan isu tersebut. Aku seorang yang mudah dapat apa yang aku minta dari mama. Bukan bermaksud aku akan minta sesuka hati aku. Aku juga perlu korbankan banyak perkara untuk keluarga. Demi mama aku tidak akan berkira dan aku akan sentiasa ikhlas untuk itu.

Mama dan aku berkerja di organisasi yang sama, bangunan yang sama tapi pergi dan pulang kerja dengan kenderaan yang berbeza. Aku memandu sendirian dan mama bersama daddy aku. Mama akan sentiasa menghubungi aku untuk pastikan aku sentiasa selamat sampai ke pejabat dan aku juga selalu ke pejabat mama untuk bertemu dengan mama. Ini kerana aku jarang bertemu dengan mama dirumah. Aku ke pejabat dan pulang ke rumah agak lewat.

Ada satu perkara yang aku takkan tinggal dari aku lahir sehingga kini bersama mama. Walau umur aku hampir mencecah suku abad, mama tetap menyuapkan aku makan. Aku bukan jenis yang kuat makan akan tetapi bila mama menyuapkan aku makan, aku akan makan dengan banyaknya. Aku tidak kisah jika diperli atau disakat dengan orang lain jika melihat aku disuap mama. Mama adalah ibu aku dan aku adalah anak dia. Mama sayang pada aku dan aku sayang padanya. Tidak perlu untuk aku malu kerana ia bukan satu perkara yang salah. Aku sentiasa rindu suapan mama.

Untuk mama, aku mengucapkan Selamat Hari Ibu. Aku mendoakan kebahagian, kesihatan dan murah rezeki untuk mama. Atan akan sentiasa ada dengan mama. Atan sayang mama sangat.

Kepada ibu yang di Johor, Atan mendoakan yang sama untuk ibu.

Kepada rakan-rakan lain Selamat Hari Ibu juga.

1 Comments:

Anonymous imahlenggok said...

Frid...
mama u tau tak u set2 patah nih?*matila soalan maut kan noks..??

9:27 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home