AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, July 06, 2009

Famili dan Aku


Keluarga adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Terutama bagi seorang yang ‘Family Oriented’. Boleh dikatakan aku sentiasa habiskan masa aku dengan keluarga. Aku mengakui aku memang manja dalam keluarga walau aku bukan anak yang terakhir atau yang pertama dalam keluarga.

Famili adalah aset paling besar yang aku ada. Aku juga seperti insan lain. Tak semua ahli keluarga yang aku gemar sifat dan perangainya. Tapi kerana itu adalah sifat mereka aku cuba untuk terima segala tentang mereka. Namun kesabaran tetap adalah hadnya. Ada juga kalanya aku melenting dengan sikap mereka tapi bak kata pepatah melayu ’ air yang dicincang tak akan putus ’.

Tidak semua mereka menyenangi setiap apa yang kita lakukan. Namun dalam pada itu ada juga pertelingkahan dan juga perselisihan faham antara aku dan famili aku. Perasaan tidak puas hati dan cemburu pasti ada dalam setiap ahli famili. Perasaan cemburu dalam famili pasti ada walau sebesar zarah.

Adakalanya aku perlukan waktu untuk diri aku sahaja. Walau aku tinggal bersama famili namun aku tetap mahu jalani kehidupan aku sebagai seorang anak remaja di bandar metropolitan ini. Ada dikalangan famili aku yang memahami keadaan dan peredaran dunia remaja sekarang dan adakala mereka agak konservatif. Aku bersyukur mempunya famili yang sentiasa memberi dorongan, kebebasan dan juga kawalan yang seimbang dalam kehidupan serta perhatian kepada satu dengan yang lain.


Aku jarang sekali dalam hidup aku bercuti bersama teman-teman atau ke kampung halaman mereka. Aku lebih gemar bersama dengan famili aku. Kami selalu membuat perancangan bersama untuk berehat atau beriadah bersama. Adakalanya aku membawa teman aku bersama suapaya mereka dapat mengenal diri aku berserta famili aku sekaligus dapat merapatkan mereka bersama famili aku terutama mama dan ayah aku.

Kenalilah aku melalui famili aku.

1 Comments:

Anonymous Free Template said...

Keluarga adalah istana terindah sepanjang masa...

10:42 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home