AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, May 20, 2009

Mengapa masih begitu?


Apa pengorbanan aku pada teman-teman ku? Siapakah aku pada mata teman-teman ku? Bagaimana aku pada andaian mereka? Siapa diri setiap mereka pada aku?

Aku tahu ramai di antara insan di muka bumi ini sanggup lakukan apa sahaja demi teman mereka. Sanggup tinggalkan sesuatu demi teman, sanggup menipu demi teman, sanggup juga berhabis demi teman mereka dan mengubah diri mereka demi teman. Ia bukan setakat itu sahaja, seorang insan itu juga sanggup mengadaikan nyawa, harta, keluarga dan cinta demi teman mereka. Ada antara mereka juga tidak pernah mengeluh mahupun rasa susah dengan setiap yang mereka lakukan demi teman.

Jangan pernah kita tidak percaya yang seseorang itu sanggup mencari cinta demi permintaan teman nya. Ada juga yang berlaku sebaliknya. Demi permintaan temannya itu juga dia sanggup ketepikan prinsip, pendirian dan juga perasaan. Adakah itu masih belum cukup untuk seorang teman lakukan demi temannya?

Pernahkah kita rasa gembira melihat kesusahan teman kita? Bagi seorang yang ada sifat kemanusiaan tidak mungkin mahu melihat sesiapa sahaja berada dalam susah. Antara kita sanggup berhabis dalam bentuk kewangan demi temannya. Ini bukan sahaja kerana sifat kemanusiaan tapi juga rasa percaya, tanggungjawab dan kasih sayang seorang teman terhadap temannya. Tidak akan pernah untuk hati ini terima melihat temannya dalam keadaan terdesak dan merayu untuk dibantu. Masih salahkah teman itu membantu temannya yang lain?

Pernahkah kita tahu apa perasaan sebenar teman kita pada kita? Mungkin ia jelas dimata dan memang terang dihati. Ada juga kemungkinan ia jelas dimata tapi dihati bukan seperti yang tergambar dimata. Atau ia bukan jelas dimata tapi dihati memang dapat rasa. Cara layanan setiap insan mungkin berbeza namun itu bukan bermaksud setiap layanan adalah kerana apa perasaan kita terhadap teman kita. Bukan aku menafikannya, kerana memang perkara begitu kerap kali berlaku dalam mana-mana perhubungan dan persahabatan. Ada juga disebabkan oleh perkara-perkara lain. Mampukah setiap teman nyatakan bagaimana?

Demi teman juga kita sanggup lepaskan banyak perkara. Antaranya yang telah aku sebutkan sebelum ini. Kita tak pernah mengeluh atau merungut setiap yang kita lakukan. Namun jauh disudut hati kita yang kita mahukan teman kita untuk memahami siapa diri kita dan terima setiap apa yang ada pada diri kita. Atas dasar kasih sayang kita akan sanggup lakukannya walau susah mahupun senang. Ini adalah disebabkan rasa gembira dan selesanya kita bila bersama dengan teman sehingga lepaskan perkara yang pernah jadi kepentingan dalam hidup kita sebelum ini. Sukarkah untuk dimengerti?

Sejahat mana teman kita, seburuk mana teman kita, jangan kita perkecilkan atau memburukkan lagi dia di mata orang lain. Sedalam mana perasaan marah, benci, iri mahupun sedih, lepaskanlah mereka dengan hati terbuka. Beri mereka ruang dan waktu untuk kenal diri mereka. Biar mereka sendiri mengerti maksud teman itu. Jika rasa teman itu tidak sesuai untuk menjadi teman kita, lepaskan mereka tanpa dendam. Tidak akan membawa untung atau rugi melepaskan teman itu. Mahukah kita terus dibelenggu dalam dunia keji dan caci?

1 Comments:

Anonymous WaJa said...

macam paham jer isi kandungan ni...

hurmmm.....

everythings gonna be alright...

macam deana carter cakap la kann...

dia akan pahami diri sendiri...

2:16 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home