AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, April 15, 2009

Teman yang Hebat

Adakah perlu untuk jadi hebat? Lengkap segala bagai? Aku juga seperi manusia lain yang mempunya persepsi yang pelbagai. Ada satu sudut ia kelihatan sama dan ada waktunya ia agak berbeza.

Samada aku percaya atau tidak ramai yang memilih untuk menjadi terbaik dan sempurna. Malah ada yang mencari mereka-mereka yang sedemikian rupa dan bergaul hanya dikalangan mereka. Ini semua kerana kepercayaan yang telah diserapkan dari kecil terhadap bertapa berpengaruhnya mereka yang hebat dan bijak pandai boleh membuatkan kita menjadi seperti mereka. Akan tetapi pernah kita terfikir bagaimana pula dengan mereka yang kurang pintar ini? Apatah lagi jika semua mempraktikkan perkara tersebut.


Aku tidak gemar untuk melabelkan orang hanya jika aku terpaksa. Apatah lagi untuk memilih kawan. Aku tidak pernah kisah dengan siapa sahaja yang ingin berkawan. Baik atau jahatkah mereka tak akan aku jurikan. Cuma apabila ia berkaitan dengan mencari teman-teman, aku cukup memilih. Bukan kesempurnaan yang aku cari tapi keikhlasan dan kesederhaan yang mereka miliki.

Memang benar semua mahu jadi hebat malah keinginan dan kehendak untuk jadi lagi hebat sangat tinggi dalam diri. Hakikatnya manusia jangan pernah kita sangkal. Tiada manusia yang begitu sempurna. Sehebat mana pun dia pasti ada kekurangan samada sedar atau diluarjangkaan individu itu sendiri. Tidak juga aku sangkal bahawa manusia pasti ada kehebatan tersendiri.

Jangan pernah ego dengan kehebatan yang kita ada. Nescaya kekurangan kita pasti akan makin terselah.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Frid...

Setiap orang mencari kesempurnaan. I like your idea. But then, some people didn't realize their own strength and weaknesses. I'm not perfect 2. But then, aku mencari sebaik mungkin kesempurnaan dalam diri aku sendiri.

Tetapi bukan pula aku mahu menutup segala kelemahan yang aku ada. Sebab kelemahan itulah keunikan yang aku ada yang tidak ada pada orang lain.

Tapi jangan sampai terlalu berbangga. Nanti lupa diri. Dan aku berharap aku masih berpijak dibumi yang nyata. Thanks by the way for the nice posting

El-Z

11:16 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Saya setuju dengan apa yang aku katakan. Kelemahan merupakan keunikan seseorang. Orang akan lebih ingat kita pada kelemahan kita. Cuba nyatakan berapa peratus sahaja orang yang akan bercakap baik pada seseorang untuk mengingatkan orang itu kepada insan tersebut.

Tepuk dada tanya iman.

9:18 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Typo error:

"Saya setuju dengan apa yang awak katakan"

11:11 am

 
Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

pada i kawan dan teman xsama pengertiannya..walaupon hakikatnye bende yg sama.. seperti yg u tau, i xbanyak kwn dan xbanyak teman.. bukan sebab TERLALU memilih, tetapi i PATUT memilih.. kite sendri tau sape diri kite dan kita sememangnya xmampu untuk memberi 100% kesempurnaan dalam bersahabat.. terpulang kepada mereka, selagi masih anggap kite sebagai kwn ataupon teman.. yg pasti, kite kene teruskan hidup, dan tanpa mereka kite tetap akan hidup...dan ada jer ORANG yg masih menganggap kite sebagai teman sejati.. :)

1:40 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

I pun serupa dengan You. Kawan dan teman adalah berbeza maknanya.
You know me right?!
Teman yang ikhlas akan nampak dari luar dan dalam.

2:37 pm

 
Blogger Unknown said...

bagi wanie pulak,
wanie perlukan seorang kawan dikala senang mahupun dikala kita dalam kesusahan,
maknanya dia sentiasa bersama kita,
sbb bg wanie kawan masa kita senang mmg ramai,
tapi kawan utk kita menangis,
hurm tahu sendirilah kan...

wanie dah lalui mcm2 dalam sebuah persahabatan,
dari kenalan biasa menjadi kawan baik,
tapi akhirnya berpisah jua sbb apa???
sbb masa kita dalam kesedihan,
dia pula yg jauhkan diri dari kita...

kalau dulu wanie jenis x kisah berkawan dgn sesiapa saja,
tapi tidak kini,
kini wanie terlalu memilih utk memilih kawan,
kerana pengalaman lalu telah byk mengajar kita erti "kawan" yg sebenar......
wanie x kisah kalau org nak ckp wanie nie "TERLALU MEMILIH",
tapi itu adalah hak wanie sendiri sbb wanie sendiri yg merasainya suatu ketika dulu..

hurm...

apapun,
nice to know u my dear,
pertemuan pertama kita meninggalkan kenangan manis dalam diari hidup wanie utk tahun 2009...

apapun KEEP IN TOUCH n SMILE ALWAZ :)

1:12 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home