AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, August 27, 2009

Apa rasanya?




Sebagai seorang insan aku juga mempunyai perasaan. Ini bukan kerana cemburu atau keinginan untuk berada bersama kumpulan manusia tertentu atau dalam acara tertentu. Aku tak marah cuma aku rasa sedikit kesal dan terkilan dengan segelintir manusia yang tiada sensitiviti walaupun sedikit terhadap sahabat dekat mereka sendiri.

Perkara yang aku alami dan semakin hari semakin jelas dipandangan aku membuat aku mula rasa meluat dan kesal. Aku sedar dan pasti ada dikalangan mereka ini kurang selesa dengan aku akan tetapi pernahkah mereka terfikir yang sebenarnya mereka juga kurang disenangi oleh manusia-manusia lain disekelilingnya. Pada dasar persahabatan yang lama atau agenda lain mereka masih diterima sebagai sahabat. Apa yang aku katakan ini adalah sampingan untuk perkara yang sebenar ingin aku sentuh.

Cuba letakkan diri dalam keadaan ini, kalian berkawan dan sering bersama dalam apa jua acara. Ramai yang tahu kalian berada dilingkungan tersebut akan tetapi semenjak beberapa waktu anda bagai disisihkan pada keadaan yang tertentu padahal manusia lain yang tak pernah menyertai mereka mendapat jemputan itu dan ini dari mereka. Mungkin pada peringkat pertama anda tidak mengetahui tentang jemputan-jemputan tersebut. Namun akhirnya kalian mengetahuinya dengan apa jua cara. Ada juga dikalangan mereka atau manusia lain yang mengetahui tentang jemputan tersebut telah bersuara untuk menanyakan pada kalian samada kalian menyertainya atau tidak. Hakikat sebenar anda tak pernah mengetahui tentang jemputan tersebut. Apakah reaksi kalian? Bagaimana perasaan kalian?

Jika kedudukan kalian jauh dari mereka mungkin akan ada sebab yang kalian fikirkan tapi jika mereka itu terlalu dekat dengan kalian, apa yang kalian fikirkan tentang keadaan itu?

Aku bukan pernah mengharap untuk sertai jemputan-jemputan tersebut, cuma sikap sensitiviti persahabatan itu yang penting bagi aku. Tak pernahkah mereka terfikir apa perasaan manusia lain jika dapat tahu tentang aktiviti tersebut tapi tidak menjemput sahabat yang dekat dengan mereka? Dan apa pula kata manusia lain jika mengetahui yang sahabat dekat tersebut tidak dijemput?

Aku tahu bila perlu untuk aku hadir dalam lingkungan mereka. Malah aku takkan sentiasa ada dikalangan mereka-mereka ini. Di depan bagaikan mawar merah yang mekar kembang namun dibelakang bagai duri di tangkai mawar menusuk jari. Aku boleh katakan ini semua kerana peresaan cemburu dengan apa yang aku miliki dan lalui. Mereka sekadar sekolompok manusia tanpa kehidupan yang menerujakan pada setiap hari-hari mereka sendiri. Manusia yang hanya berada dalam tempurung mereka sendiri. Teruskanlah jika itu memang sifatnya.

6 Comments:

Anonymous ombk said...

frid..itulh jln satu kehidupan yg kadang2 kite tak sedar..ianya pasti akan berlaku. mungkin apa yg terbaik pada jalan cerita adalah sabar. biar mereka sedar sendiri yang kamu ade hati dan rasa...

sabar erk frid....

1:19 am

 
Anonymous imahlenggok said...

nyah heii...uols ni always sentap2 tau...x sesswai uolss..kite ni kaum yg mentally prepared tau noks..u kene be tough gal..oppss..hhuhu..*matilamak
nyah..nanti raya dtg ruma mak tau..

11:05 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Ombk: Betul tu. What goes around comes around. Mungkin hari ini kita yang kena, esok lusa belum tentu kita kecewa.

Imah: I tough ok!!! *wink...
jgn lupa anta kad jemputan ke rumah ye...

1:03 pm

 
Blogger Izuan Kunang-Kunang said...

Anyway, I have to second imah. Frid,this thing can happen to anyone include myself. It a waste of time to terasa hati whatsoever. Just accept the fact that you're not invited. And I believe he/she have a strong reason for that...

10:50 pm

 
Anonymous Cik_PeaCock said...

aiyoooo..
Imah ke? *pengsan! haha

8:06 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Izuan: Yes that's true. I sentiasa terima keadaan seperti yang U cakapkan. Thanks Izuan.

8:58 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home