Peraturan
Aku tak faham dengan sesetengah manusia, mereka tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan oleh orang lain tapi dia terlalu mudah meletakkan peraturannya sendiri dalam hidup orang lain. Apakah itu adil? Bagi aku itu semua adalah kerana ego dan juga rasa pentingkan diri mereka sendiri yang terlalu tinggi. Mungkin keterlaluan untuk aku kata jangan sesekali untuk mengharap orang mengikut peraturan diri kita selagi kita memberi amaran pada orang lain untuk tidak memberi peraturan pada kita.
Aku tahu apa perasaan bila orang tetapkan peraturan dalam hidup kita atau bersama dengan orang lain. Itu sebabnya aku tidak gemar meletakkan peraturan bila bersama dengan orang lain. Kalau ada hanya sekadar peraturan kecil yang mudah untuk diikuti dan tidak menjejaskan pendirian atau cara manusia lain.

Aku rasa sesuai pula gambar di atas dengan isu yang aku katakan di sini. Ia berkenaan peraturan, membersihkan najis yang dilakukan oleh orang lain dan bagai leher yang diikat. Fikirlah maksudnya.
3 Comments:
i xsuka org control diri i sebab i x suka meng'control' diri org..
1:43 pm
betul tu. terutama kita yang berdiri atas kaki sendiri.
11:20 pm
This comment has been removed by the author.
11:20 pm
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home