AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, March 23, 2009

Cinta dan Kepercayaan

Cinta dan kepercayaan. Apa yang terlintas difikiran kalian? Adakah ia seiring atau ada nisbah yang berbeza? Aku percaya ramai yang pernah hadapi kekeliruan dan masalah dalam konteks ini.

Cinta itu sungguh besar maknanya. Ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan seseorang serta insan-insan yang ada disekelilingnya. Kepercayaan merupakan perkara paling besar yang perlu dititikberatkan dalam cinta.


Apabila seseorang dalam dunia percintaan, kebiasaannya permasalah ini sering timbul. Kepercayaan terhadap insan yang dicintai. Aku mengaku yang aku tidak terlepas dari merasainya. Adakala aku juga berlaku keadaan dimana aku percaya pada kekasih / pasangan aku tetapi aku tidak percaya orang lain yang cemburu dengan cinta aku dan dia.


Soalan yang sering bermain dalam diri seseorang itu tentang peratusan kepercayaan terhadap cinta dan pasangannya. Satu perkara lagi yang aku percaya berlaku bila takut untuk mempercayai seseorang kerna takut kepercayaan itu disalahgunakan dan ia sering kali berlaku dalam hidup aku.


Dalam percintaan jujur aku katakan yang aku sukar untuk meletakkan seratus peratus kepercayaan aku terhadap pasangan aku. Ini bukan bermaksud aku tidak menyayangi atau mencintainya. Mungkin kerana pengalaman aku sendiri, cara kehidupan orang lain malah beberapa perkara yang perlu aku bersedia sebelum sesuatu yang akan memakan diri aku kemudian hari. Itu tidak bermakna aku mengkhianati kepercayaan dia pada aku. Aku tetap akan setia pada cinta aku dan cinta dia.

8 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

i pernah meletakkan 100% kepercayaan i kepada si dia.. tp akhirnya kepercayaan i dikhianati.. sangat memedihkan..

but now, i dah xleh nak bg 100% even si dia mmg betol2 boleh dipercayai.. bukan ape, untuk kebaikan kite juga dikemudian hari...

1:48 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

apa yang berlaku sebelum banyak mengajar kita untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

I setuju dengan apa yang You cakapkan. Tapi itu bukan bermaksud kita tidak percaya pada dirinya.

kita tahu apa yang kita rasa dan apa yang kita buat.

11:56 pm

 
Blogger Feeza Yusoff said...

saya suka cara awak berfikir n menulis. banyak nak komen, tapi bukan untuk entry ni semata la.
urm, anyway, this is my 1st time n great blog u have here. goodluck for the award thingy ^__________________^

5:28 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

terima kasih feeza. saya berkongsi apa yang saya rasa, saya hadapi dan saya fikirkan.
terima kasih banyak-banyak atas kesudian membaca dan memahami maksud yang saya cuba sampaikan.

=)

9:06 am

 
Anonymous cendawan kecil lalalola said...

Assalamualaikum..nice one! :) kepercayaan??tipu klau xda satu org pon kt dunia ni ingnkn kpcyaan dri insan tsyg,tpi lumrah khdpn xsmstnya wht u gve hurm u get bck..3yrs ago,kpcyaan y dbrikn musnah hancur umpma titisan hujan..xdpt dikutip apth lg dicantum,xmmpu bt apa2,hnya blh tsnym n thnk pstve*ini ujian Allah..Allah dah selamatkn aku dri insan y xthu hargai..3thn elak dri bkwn dgn llki hurm trauma..:)sbb susah untk lpkn ap y blku..n now sy cba untk trma smeone yp sy tkt..hurmm takut Allah brikn ujian lg..walaupun da cba jd kuat tp i fld..huhu :(

9:07 pm

 
Anonymous Anonymous said...

Salam sabar.allah tahu apa yg terbaik buat hamba-hambanya.tak salah jika terima sesorang dalam hidup asalkan terus ke jalan yg betul seperti berkahwin.

10:37 am

 
Anonymous Anonymous said...

Salam.sabar ye cik allah has a plan for you. Lupekan ape yang terjadi, mulekan hidup baru dan boley tak kalu you cube bagi peluang pade Mr A untuk jumpe yr parents ?? Just give another chance, plse!

Yr Secrt Admre Mr A

5:00 pm

 
Anonymous Anonymous said...

Please before i fly ke uk!

Mr A

5:16 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home