AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Friday, February 20, 2009

Lihatlah gajah depan mata

Dalam keadaan sekarang ini, aku mula terdetik dengan sesuatu yang aku tahu ramai yang lakukan termasuk aku. ’Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang sana terang di mata’. Pepatah ini mungkin pernah orang dengar dan ia agak lain dari yang sebenar tapi ia membawa erti yang sama. Terpulang pada manusia lain untuk menerima pepatah ini dengan apa jua cara sekalipun.

Perkara ini sering sangat berlaku. Sejujurnya aku tak berapa suka dengan keadaan ini. Samada datang dari aku apatah lagi kalau dari orang lain. Aku tahu aku ada banyak kelemahan tapi kenapa tiap saat aku sahaja yang sering jadi mangsa orang lain. Sedangkan cuba lihat sekeliling diri sendiri. Kalau tak nampak juga, cuba teliti setiap sudut diri sendiri dan sekeliling diri sendiri. Aku pasti akan terlihat kedudukan diri.

Tidak perlu menghebah kelemahan orang. Kenapa aku boleh terima kekurangan dan kelemahan orang lain sedangkan orang sentiasa mencari kelemahan dan kekurangan aku? Malah aku diserang dengan perkara-perkara itu. Adakah itu perlu?

Aku masih ada kesabaran, rasa hormat sebagai manusia, aku terima kalian seadanya walau jauh di sudut hati aku agak kecewa dengan sikap kalian. Aku tahu bukan mudah untuk dapat kawan yang ikhlas. Aku redha dengan keadaan itu. Aku teruskan lagi perjalanan hidup aku dengan kalian.

Aku tahu aku tak lari dengan kesilapan dan kesalahan. Begitu juga kalian, tapi mengapa setiap kesilapan dan kesalahan aku yang nampak di mata kalian, kesalahan kalian dilindungi dengan prinsip dan penderian. Adilkah itu?




Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab aku tahu aku tak ”sesempurna” seperti kalian. Salah aku nampak di mata kalian, salah kalian sekadar angin lalu sahaja pada kalian. Maafkan aku jika aku mula kembali dengan kehidupan ’ada aku kisah’. Aku letih! Serius aku letih!

3 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

sabar frid..i fhm keadaan u..
dalam persahabatan ni, mmg mcm2 bende akan terjadik..
xsemua yg kite buat org suka..
i fhm, ada kalanye kite menjadik bahan mereka,mencari kesalahan.. tp hakikatnye, mereka yg ingin menutup kelemahan mereka sebenarnya..

bak kata mak i "kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorgan diri"..so, u leh nilai sape kwn2 u..

ape2 pon u kene hadapi smua ni.. i percaya, esok sudah tidak boleh mengubah ape yg brlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mngubah apa yg akan terjadi pada hari esok..

renung2kanlah... be strong bro..

12:54 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Thanks Khai,

i tau i tak sempurna macam orang lain. Tapi i tahu apa yang berlaku dalam hidup i. I juga tahu orang boleh menghakimi i dengan cara itu tapi jangan sampai mencabar prinsip orang lain. Kenapa perlu ada peraturan dalam persahabatan. kenapa perlu menilai orang lain tanpa melihat keadaan sekeliling mereka dahulu.

i kalau ikutkan perasaan dan hati, lama amarah i membenarkan i maki mereka tapi bukan i tak sampai hati cuma i rasa hormat sebagai seorang kawan. i terima siapa mereka dalam apa jua bentuk dan keadaan.

anyway khai, thank you so much. selagi u ada i akan kuat.

2:37 pm

 
Blogger shahril.hussin said...

berdiam diri bukan bermakna kita kalah dlm segala hal...ape yg pasti diam itu juga menonjolkn diri kite sesempurna mahluk di muka bumi...

frid..sabar..pasti keindahan itu akan datang dgn sendiri..berpaling ke atas dan sekeliling..mencari apa kelemahan diri...dan terima keadaan diri...tidak ada manusia sesempurna hak pencipta...

tabahkan hati...kerna itu jua yg akan buatkan frid kuat...

jiwa akan terkias dgn debu-debu hari semalam..tapi ketahuilah yg satu hari debu itu akan hilang dgn kesucian hati..

take care frid....be strong

3:08 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home