AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Friday, March 06, 2009

10 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Dalam Perhubungan

'Entry' kali ini aku ulang balik 'entry' yang pernah aku paparkan pada Julai 2007. Aku ubah sedikit 'entry' tersebut. Aku suka dengan 'entry' ini. Sebab bagi aku buka mata tentang perhubungan.


10 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Dalam Perhubungan dari Frid Firdaus

Perkara utama sebelum kita nak ada hubungan adalah kemampuan kita terhadap komitmen. Itu kunci utama.


no 1 - jangan ada komitmen kalau tak mampu.

--------------------------

Bagi aku dalam perhubungan sifat mengalah perlu ada bagi kedua-dua pihak. Jangan terlalu mementingkan diri dan ego. Itu boleh buat pasangan kita rimas, jemu dan bosan dengan sikap seperti itu.


no 2 - give and take...don’t u ever not give and never take or u give never take or not give and always take.
----------------------------
kenapa mesti orang cari persamaan dlm perhubungan?
apakah perbezaan itu bukan pengikat kepada kebahagian juga?
Sebagai pasangan, itulah tanggungjawab kita untuk menyempurnakan kelemahan dan kekurangan.
no 3 - terima kelemahan org lain tapi cuba ubah kelemahan itu kepada kebaikan. Menasihati adalah tanggungjawab bersama. Sempurnakanlah kelemahan dan kekurangan itu.
-------------------------------
Orang selalu kata long distance relationship ini tak berapa menjadi. Ramai kata ia sukar dan berisiko tinggi. Cinta itulah; melibat kan perasaan, komitmen, hati dan perhubungan. Semua itu berisiko. Kita perlu hadapi dengan tenang dan kuat. Percaya pada diri dan pasangan.


no 4 - long distance relationship mesti kena ada trust and don’t you ever break the trust even once. Setia adalah kunci untuk ini. Tapi kalau ada yang tak mampu, pandai makan pandailah simpan (tak digalakkan sama sekali).
-----------------------------
Zaman sekarang ini orang selalu bercinta through cyber (Virtual). Sukar untuk aku komen tentang ini. Apa yang aku dapat lihat terutama dikalangan kawan-kawan aku yang begitu obsessi dengan orang yang mereka suka akan tetapi mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Ada yang sanggup menangis, kecewa dan marah bila orang itu tidak melayan, tak ‘call’’, tak balas mesej dan sebagainya. Padahal tiada apa-apa ikatan yang meyakinkan langsung. Berdasarkan pengalaman aku, biar kita berpijak di bumi nyata. Mungkin dia mesra dengan kita sebagai kawan dan percayalah jika bertemu muka pasti keadaan akan jadi lain dari sebelumnya samada baik atau tidak.


no 5 - jangan jatuh cinta kalau tak pernah jumpa walau lama kenal melalui ‘cyberworld’. Risiko untuk tak bersama sangat tinggi apatah lagi untuk ada rasa cinta.
--------------------------------
Then bile bercinta kalau dia jauh darr kita, pastikan kita sentiasa ingatkan dorang yang kita masih wujud untuk dia seperti bertanya khabar. Tapi jangan sampai 10 kali sehari nak call, bosan la jadinya. Yang penting kepercayaan dia pada kita mesti ada. Ada juga isunya, walau kita tak buat apa-apa yang dia fikirkan, tuduhan tetap ada samada secara serius atau mengusik. Itu juga yang menajdi punca hati kita mula teluka dan boleh berubah.


rule no 6 - be +ve...jangan menilai kasih kita or kasih pasangan kita ikut apa yg kita fikirkan...ia akan membawa kepada keburukan...kalau ada kemusykilan...ajukan soalan yang tidak menyinggung mana-mana pihak.
---------------------------------
ada juga perhubungan di mana pasangan lama tidak menghubungi pasangan lain atas sebab-sebab berikut/dengan memberi sebab-sebab berikut :-
1) terlalu busy dengan kerjaya
2) jauh dari sistem perhubungan
3) masalah keluarga
4) handphone rosak ( Cliché’. So tiada number dalam phonebook peribadi hanya phonebook hp dan tak ingat number – boleh pula lupa nombor pasangan sendiri)
5) sudah mula bosan dengan pasangan sendiri (samada sudah bosan atau ada orang lain atau memang sudah tak mahu teruskan)
Dalam situasi ini kita kena banyak bersabar dan jangan terburu-buru membuat keputusan. Tuhan sentiasa ada bersama orang yang sabar. Like i said before be +ve. Jangan seksa diri utk org lain even die org kita syg. Sebab belum tentu dia lakukan perkara yang sama untuk kita. Maybe mereka lebih happy dengan hidup mereka padahal kita meratap air mata. Perkara ini tak seharusnya berlaku. Dia happy dan kita macam nak mati meratap hiba. Jangan mengalah!!

no 7 – Walau macam mana keadaan sekali pun cari perhubungan lain (medium perhubungan, contohnya; Facebook, Myspace, dll). Walau tak ingat no hp, takkan tak tau email, facebook, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih.


Ada pula yang sudah lama tak hubungi antara satu sama lain. Dengan yakin meminta maaf kerana tak hubungi 2 minggu padahal hampir sebulan lebih dia buat tak tahu sahaja. Sukar untuk aku nyatakan apa jenis keadaan ini.


sub no 7 – 7-1 - kalau sudah tahu yang lama tak berhubung cuba berlaku jujur cakap berapa lama tak hubungi dengan rasa bersalah dan sebab.
sub no 7 – 7-2 – Jangan membuat kesimpulan atau tanggapan sendiri tanpa bertanya sebab dan keadaan ini berlaku.


"sorry lama tak call, saya busy la, hp rosak lak, kalau awk da ada org lain, saya tak kesah..." - kenyataan macam tak pernah kisah dengan perhubugan itu langsung. Kalau sudah tahu keadaan tegang, cuba selamatkan perhubungan tersebut.
------------------------------------
Bila seseorang itu di gantung tak bertali, ini nasihat dari kakak aku. Kita cuba remind pasangan kita selama sebulan, hantar mesej, cuba call tapi kalau tiada sebarang respon, kita bagi masa sebulan then kita boleh buat keputusan tentang diri kita kerana takkan nak biar diri kita terseksa tanpa sebarang kata dari mereka.


no 8 - bagi peluang pada diri sendiri walau bukan peluang utk orang lain. diri kita berhak mendapat peluang lain.
-----------------------------------
Bagi yang sudah berpisah, lepaskan mereka dan mulakan hidup baru. Mungkin orang cakap; " senangnya cakap, aku sayang orang itu sampai bila-bila. Aku sayang sangat!". Sedarlah cinta takkan boleh nak dipaksa. Percayalah kalau cinta itu suci dan ikhlas aku pasti akan jadi milik kita dan mereka akan sedar yang kita cinta dan sayang kan mereka. Paling penting ikhlas mencintai dan melepaskan ia pergi.


no 9 - cinta perlukan pengorbanan. pengorbanan yang ikhlas nescaya akan mendapat lebih baik dari sebelumnya.
--------------------------------
Ada juga yang gila talak. Adakalanya seperti parasit. Tau saja apa kita yang buat, mana kita pergi. Dalam hal ini memang susah nak elak kan. Kita kene banyak bersabar dan kuatkan semangat. Jangan melenting dengan apa yang mereka lakukan. Ingat! bagi mereka yang tak kan jilat ludah, jangan sesekali jilat ludah itu lagi-lagi ludah manusia makhluk tersebut. Menyesali utk kesekian kali tak berguna lagi.


no 10 - Teruskan hidup dan jangan toleh kebelakang. Semua adalah kenangan. Pahit kita jadi sempadan. Bukan senang dapat peluang seterusnya. Hargai peluang pertama. Jangan sampai pisang berbuah 2 kali.
-------------------------------


Apa yang aku nyatakan di atas berdasarkan pengalaman aku. Aku nak mengingatkan diri aku dan juga sesiapa yang membacanya. Dalam perhubungan bukan selalu indah seperti yang kita harapkan. Banyak yang perlu kita korban. Bagi aku yang paling penting adalah keikhlasan dalam melakukan apa sahaja di muka bumi ini.

4 Comments:

Blogger Unknown said...

wanie suka yg no 5 tue,
sbb wanie pernah lalui semua itu sebanyak 3x,
hurm.......

10:19 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

semua tu kan cik wanie apa yg frid alami. kita belajar dari kesilapan. tapi tak semua orang sama.

11:01 am

 
Blogger Hjh Ummu said...

serius~...setuju sgat2..err..hahaa
jia you!!!..

2:41 pm

 
Blogger Unknown said...

Klu warit suke yg no.1...
Klu berlove perlukn komitman....hahahaha

3:48 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home