AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, February 09, 2009

Hidung Berdarah

Bila aku tonton kembali klip video lagu dari ‘band’ kegemaran aku, aku teringat tentang aku. Ia bukan sahaja tentang lagu tersebut atau jalan cerita video tersebut tetapi tentang hidup berdarah.

Aku mengalami masalah hidung berdarah sejak kecil sehingga sekarang. Adakalanya ia berlaku secara tidak sedar. Ramai yang mengatakan mungkin sebab panas. Sukar untuk aku terima sebenarnya. Kenapa ia tidak berlaku ke atas orang lain? Kenapa mesti berlaku begitu kerap? Aku masih belum mendapat jawapannya.


Aku sudah membuat pemeriksaan di klinik panel. Aku di beritahu ia mungkin radang hidung. Klinik tersebut memberikan aku ubat untuk menahan darah dari keluar lagi. Ia bertahan agak lama. Beberapa ketika ia jadi balik tanpa sebab.

Sewaktu Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku memang rasa aku tidak sedap badan. Aku tak menjangka yang hidung aku kembali berdarah pada waktu itu. Aku agak terkejut. Pernah satu ketika, ada seorang kawan memegang hidup aku dan darah terus mengalir. Terkejut kawan aku bila hidung aku mula mengalir darah yang banyak.

Bila hidung aku mula berair, aku agak cemas jika yang mengalir adalah darah. Bukan apa, aku pernah keluar makan malam bersama teman-teman aku di sebuah restoran yang menarik di Kuala Lumpur. Sedang aku asyik menjamu selera aku merasa hidung aku berair. Aku jangkakan hingus tetapi rupanya darah yang mengalir dengan banyak. Teman-teman aku mula cemas dengan keadaan itu. Aku yang sudah terbias dengan ‘selamba’ uruskan hidung berdarah ini dengan tenang. Cuma aku rasa malu dan bersalah pada teman-teman ku yang lain.

Pernah juga berlaku sewaktu aku bersolat, tidur, belajar, dan kerap berlaku sewaktu aku sedang sibuk membuat sesuatu. Disebabkan oleh ia kerap berlaku, aku mula rasa terbiasa dengan ini. Buat setakat ini ia makin kurang berlaku. Alhamdulillah.

11 Comments:

Blogger Unknown said...

ish bahaya tue,
apapun jgn lupa mkn ubat,
kalau dah melarat,
pegi lah ke hospital terus,
maybe diorg lebih pakar,
ok:)

or maybe panas kot badan tue,
sbb ia juga blh menyebabkan hidung berdarah..

apapun wanie doakan GET WELL SOON

11:13 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

kalau melarat i akan pergi check dengan pakar.
anyway thanks wanie.
hugs~

12:01 pm

 
Anonymous Anonymous said...

biasa la berdarah hidung..sebab kene touch2 dgn jejanz melerts kekdahnye..
nasib darah kat hidung..kalau darah haid yang klua..harruss lah..uols kene lari beli modest kak fred oi..uhu..*larikkkk

11:30 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

astaghfirullahalazim...
kenapa tak bunuh je i ni dari buat fitnah...
at least dosa itu tak seberat fitnah...

3:21 pm

 
Blogger shahril.hussin said...

esok bile berdarah cepat2 amik ais...letak kt hidung.....pernh tgk kwn i buat mcm tu...hasil ok gak kot...

frid, jgn lupa gi jumpe pakar...

take care...luv u

5:19 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

saya selalu buat macam tu...
tapi ia hanya hentikan pendarahan untuk waktu itu...

mama saya pun suruh periksa dengan pakar...cuma saya belum sempat ke sana....

thanks dear...luv u too...

10:17 am

 
Blogger Lidya said...

meh sini i sumbat hidung tu dgn gunting.. what?? it just an effort to berhentikan pendarahan saje.. eh..apa pandang2 ni??

12:09 pm

 
Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

semoga xberdarah kembali... :)

5:07 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Lid
- u memang nak bunuh i kan...

Khai
- i hope so...thanks.

5:09 pm

 
Blogger bashy said...

eh,piyed ikut idung ke skrg?
canggih manggih akak2 skrg..

*ops larik...

anyway, u take care. jgn darah2 lg, rujuk la kepada pakar hidung.. cewah

10:42 pm

 
Blogger armouris said...

info tentang hidung berdarah kat sini - Hidung Berdarah

9:06 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home