AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, February 11, 2009

Aku ting tong kerana sendirian?


Aku rasa aku sedar apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin benar apa yang teman-teman aku katakan punca keadaan aku jadi sebegini. Pada mulanya aku memang tak terfikir sampai begini tapi itu hakikat sebenar.

Aku hidup sendiri secara rasmi memang agak lama. Aku mampu harungi kehidupan aku sendirian dan adakalanya bertemankan teman-teman aku walau manis mahupun pahit, kebaikan mahupun keburukan, aku gagahi diri aku dengan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup aku sebelum ini.

Sejujurnya keadaan agak berubah sejak dari tahun lepas. Aku tidak menyedarinya sehinggakan teman-teman aku menyuarakannya. Aku berada dalam keadaan yang tak seimbang. Menurut mereka aku ‘ting tong’ sebab aku sendirian. Kenyataan itu memang besar bagi aku. Aku mengambil masa untuk ‘menghadam’ kenyataan tersebut.

Bila aku fikir kembali, memang betul apa yang mereka katakan. Sejak aku sendiri aku menjadi seorang yang sangat kasar dan tak mengambil kisah. Bukan itu sahaja, aku menjadi seorang yang mudah berubah dan sendu. Isu sendu memang menjadi topik utama dalam perkara ini. Aku mengaku keadaan itu berlaku disebabkan aku tiada tempat untuk berkongsi hati dan perasaan.

Sejak aku sendiri juga aku banyak habiskan masa dengan diri aku sendiri. Pergi kerja, lepas kerja pergi gym dan balik rumah rehat. Itulah aktiviti harian aku sejak aku sendiri. Kalau hujung minggu samada aku lepak dengan teman-teman aku akan habiskan masa aku di gym. Aku terpaksa untuk buat begitu supaya aku tak rasa kosong dalam hidup aku.

Aku tersenyum sendiri bila fikir tentang perkara ini. Adakah ia terlalu nyata yang aku ‘ting tong’?

Aku kesuntukan masa untuk perkara ini.

7 Comments:

Blogger Unknown said...

frid....

wanie faham perasaan frid,
sbb wanie pernah lalui semua itu,
tapi apa yg telah dan sedang berlaku,
frid kena lalui dgn hati yg tabah...

dalam keadaan mcm nie,
mungkin frid perlu tuk sendirian,
tapi kadang2 kita perlukan teman,
tapi pilihlah teman yg blh ada bersama dgn kita masa susah dan senang,
ok dear

apapun smile alwaz yea:)

~hugs~

11:45 am

 
Blogger Lidya said...

cik lidya pun paham perasaan cik frid..sama mcm cik wanie..

12:06 pm

 
Blogger shahril.hussin said...

sabar..semua org pasti akan sendiri jugak akhirnya mungkin jalan sendiri mereka yg berbeza..apa yg frid rasa juga di rasa oleh semua org....jadi semua tu adil kan...tapi frid tanya adilkah pada diri frid , cara yg frid buat untuk diri frid sendiri....

percaya lah satu yg pergi...berjuta yg menunggu kamu...

luv u..

2:32 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

cik wanie
- apa yang berlaku pasti ada sebab. mungkin bukan sekarang untuk kita. InsyaAllah ada yang terbaik menunggu kita di hadapan.

cik lidyanie
- sejak bila i cik??

ombk
- iye. I setuju. tapi hati dan perasan satu perkara yang besar bagi i. walau sejuta yang menunggu tapi belum mampu buka hati ini, tak boleh juga kan.

5:08 pm

 
Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

frid, mmg u kene carik somebody untuk diri u.. i mean, special..klu teman, u dah ada i.. so, xyah carik yg lain k.. ngeeee... ;P

5:13 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

khai
- u ngan ford ngan izuan sama je kan...korang da tak larat layan ting tong i erk...huhuhuhu~

5:18 pm

 
Blogger Nani Rifai said...

This comment has been removed by the author.

8:06 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home