AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, January 22, 2009

Mengapa ini yang perlu aku lalui?


Aku sedar tentang kewujudan aku bila tak diperlukan. Aku juga sedar yang adakalanya aku memang menjengkelkan. Namun aku memang sedar yang aku terlalu ‘hyper’ dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dalam hidup aku, terlalu banyak perkara yang aku telah lalui. Walau aku baru hidup 24 tahun dalam dunia ini. Aku tahu bagaimana perasaan orang yang disishkan. Aku juga tahu bagaimana bila orang menjadi pilihan terakhir atau dalam erti kata lain menjadi orang yang dipilih secara paksa atas apa jua sebab.

Aku juga pernah ditikam dari belakang kerana sebuah perhubungan. Aku juga pernah ditikam dari belakang dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, aku difitnah semata-mata untuk menutup salah mereka. Apa lagi…kau namakan…

Kering air mata aku bila semua ini berlaku. Kering hati aku bila ia kembali berlaku. Kosong minda aku bila semua ini menghantui fikiranku. Hilang perasaan aku terhadap semua yang berlaku.

Apa perasaan kau bila kau menjadi bahan umpatan dan ejekan orang? Apa perasaan kau bila kau terlalu baik tetapi kau di pandang hina? Bagaimana perasaan kau bila kau meminta pertolongan tapi dimarah oleh insan itu? Bagitahulah aku tentang perasaan kau bila aku tahu tentang perkara itu tapi kau ibarat tidak wujud pada waktu itu?

Mungkin benar kata kiriman dari teman aku.

‘You often suffer all the way in life. No one out there will understand you’

Adakah salah aku baik dengan seseorang? Apakah masalah jika aku berbuat baik dengan sesiapa? Sukarkah kau terima benda benar dari mulut aku? Mengapa aku boleh menerima segala kata kau tidak kira cacian ataupun pujian tapi kau?

Mengapa masih perlu sembunyi sesuatu yang aku nampak? Apa yang ada difikiran kau bila kau lakukan sedemikian rupa? Kenapa perlu ada kenyataan berbeza dalam bicara kau? Aku yang kau rasa bila kau berada dalam kedudukan aku bila kau tahu segalanya? Dan kau tahu mengapa aku tidak memberitahu kebenaran bila aku dapat tahu tentangnya?

Bila aku diam, kau tertanya, bila aku tidak kisah, kau mencari jawapannya, apa lagi yang harus aku lakukan? Aku ikhlas dengan semua yang aku lakukan. Salahkah aku mengambilberat? Atau kau mahu aku diam seribu bahasa? Apa lagi yang kau mahu aku lakukan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home