AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, February 03, 2009

Bukan pelamin anganku...



Setelah 9 tahun menyayangi dia, akhirnya dia menjadi milik orang lain jua. Pada mulanya aku rasa teruja untuk menghadirkan diri ke majlis resepsi dia tapi setelah sampai aku mula rasa tak senang. Hati aku mula pasrah. Sukar untuk aku gambarkan hati aku pabila meilhat dia bersanding di atas pelamin cintanya.

Aku cuba menenangkan hati dan hiburkan hati dengan gelak tawa bersama 2 teman aku. Aku tidak menjangka yang kesan perkahwinannya sehingga membuat aku menjadi keadaan begini.

Agak kekok bila bertemu dengan dia sewaktu aku mengucapkan tahniah. Teman aku ada mengatakan yang wajah dia berubah bila aku bertemu dengan dia dan mengucapkan tahniah.

Sejak dari pertunangan dia setahun yang lalu aku dan dia tidak bertemu. Cuma melalui ‘YM’ dan ‘SMS’ sahaja kami berkomunikasi. Dia pernah berkata pada aku sewaktu dia memberitahu aku tentang pertunangannya. Dia masih menyayangi aku seperti mana sebelum ini dan takkan melupakan aku. Sehingga kini masih terngiang ayat-ayat itu di telinga aku.

Namun begitu, aku rasa sungguh bahagia melihat kebahagian dia kini. Dia juga pernah bertanya tentang hal menjaga dirinya pada aku. Aku yakin insan itu boleh menjaga dia dengan baik. Aku yakin pada dia. Dia mampu untuk jaga kau.

Kini aku mengerti bagaimana sukarnya melihat insane yang kita sayang bersanding di atas pelamin cintanya. Bukan mudah untuk aku terima tapi itulah hakikatnya.

~ bukan pelamin anganku musnah~


Terima kasih pada 2 teman aku yang menemani aku. Kepada kau, SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kebahagian kalian akan kekal sehingga akhir hayat. Semoga tuhan memberkati kalian berdua da seluruh keluarga kalian. Jangan pernah lupakan aku. Walau hanya sekadar kawan.

10 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

sedih kan? kalu i mmg i xpegi.. huuhuu...bukan semua org 'setabah' u bro..

12:20 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

demi kasih dan sayang...
i gagahkan jua...

9:09 am

 
Blogger shahril.hussin said...

yang pasti u tahu penghujung hubungan .....kita cuma manusia yg hanya punya hati untuk rasa sedih ..gembira..duka..lara...

semua yg pahit adalah ubat untuk kita, kita rasa kita akan terus berjalan walaupun kita tahu..pahit itu pasti ade..

so ..FRID...sabar kay...u always have me and all ur friends surrounding u...keep in touch to each others.

10:44 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

betul apa yg u kata.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
cuma waktu itu i rasa i kuat tapi i kalah dengan perasaan.
Alhamudulillah i masih mampu untuk berdiri menerima hakikat ini.

anyway, thank you so much.

10:48 am

 
Blogger shahril.hussin said...

i mcm u juga...rasa hilang aura hiudp..mcm lost everything..tapi i rasa cerita u ..jauh lebih baik dr i...
i sampai ke tahap penghinaan yg tak mungkin i maafkan sampai bila2..

tapi i terima semua tu sebab i percaya semua itu adalah karma kehidupan ...percaya atau tidak..ia pasti akan tempuh bende yg sama....

10:55 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

i percaya itu.
setiap yang berlaku itu menjadikan kita lebih kuat dan berhati-hati dalam setiap langkah kita.

i percaya juga itu adalah karma. what goes around comes around. mungkin bukan kita yang melihat kejadian itu tapi dia akan merasakannya juga.

yang penting adalah peluang untuk diri kita sendiri.

12:21 pm

 
Blogger cham's said...

i jugak pernah lalui pengalaman ni, dan hingga kini masih tidak terisi. cheap to talk!!! everything dat happens in diz world there is no absolute good or bad...

1:48 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

thanks cham.
for me this is the priceless memory i ever had. sebab tak semua orang akan merasa keadaan ini. Pengorbanan kasih sayang yang bagi i sangat besar dan ia demi sebuah kebahagian orang yang kita sayang.

1:56 pm

 
Blogger Unknown said...

frid...

itu semua lumrah,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan....

wanie juga pernah lalui semua ini,
kami dipisahkan dua dunia yg berbeza,
dia tinggalkan wanie kerana tlh dijemput oleh-NYA,
masa tue tinggal 3 bulan saja lagi kami akn bertunang,
mulanya wanie mmg x blh terima semua ini,
tapi wani ekena jugak,
sbb wanie kena teruskan kehidupan ini...

kalau nak tahu selanjutnya,
tunggu entry khas wanie pada 14hb februari 09...

apapun wanie nak frid bersabar ok:)
anggap saja itu bukan jodoh frid,
ok dear:)

~hugs~

11:50 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

frid sentiasa doakan kebahagian dia. frid yakin dia membuat pilihan yang tepat.

5:13 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home