AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, February 03, 2009

Kenangan Terindah!


Aku rasa ada satu perkara yang kalau aku cerita susah untuk orang terima. Mungkin pada manusia lain ia agak bodoh tapi itu adalah trauma untuk aku. Aku sebenarnya betul-betul susah nak terima lagu Kenangan Terindah nyanyian kumpulan Samsons.

Sebabnya adalah kerana pada beberapa tahun lalu, ada seorang hamba Allah ini menyanyikan lagu ini sambil menangis pada aku semata-mata untuk memujuk aku menerima cintanya. “SO SWEET!!!”. Itu pada mula aku mendengar lagu itu dari bibirnya.

Hujan panas turun di tengahari. Itu yang terjadi seterusnya. Segalanya adalah dusta semata. Walau apa yang terjadi aku yang membuat keputusan, namun aku memang sukar untuk terima. Aku buang segala kenangan aku dan dia. Termasuk lagu Kenangan Terindah. Tiada lagi keindahan pada kenangan tersebut.

Namun begitu, sejauh aku cuba untuk lari dari lagu Kenangan Terindah, makin dekat aku mendengarnya. Setiap kali aku mendengar radio, setiap kali itulah ia berkumandang. Malah bila aku membuat panggilan ke kakak aku, pasti aku akan mendengar lagu Kenangan Terindah. Aku akan menjauhkan telefon dari telinga aku sehingga dia menjawab panggilan tersebut. Aku juga pernah menutup telinga kerana tidak dapat mengelak dari mendengar lagu tersebut.

Tapi aku cuba untuk kuatkan diri untuk mendengar lagu tersebut. Aku mampu untuk mendengar lagu itu walau terbayang keadaan sebelum ini. Jika aku terasa senang mendengarnya, aku akan setia mendengar dan sebaliknya.

Itulah satu kenangan untuk aku dan ia adalah lagu Kenangan Terindah.

8 Comments:

Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

nyaris2 nak karaoke lagu ni semalam ngn u.. kalu x, pasti darah luka kembali.. huhuhuuu..

ape2 pon, bersabar.. setiap ape yg berlaku pasti ada hikmahnya.. :)

12:16 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

hahahahaha...
its ok...i pun teringin nak nyanyi lagu tu time karaoke...
paling teruk...dia kerja same building dengan gym i...
dem!!

9:10 am

 
Blogger shahril.hussin said...

sabar frid...

10:38 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

saya akan bersabar selagi Tuhan memberi kesabaran pada saya.

10:45 am

 
Blogger shahril.hussin said...

pasti..jalan terakhir kita di mana kan...

10:57 am

 
Blogger cham's said...

ada berjuta penduduk dunia ni dan tak kurang sekelumit pun kalo kita tinggalkan sorang! bodoh ke kita kalo menentukan untung nasib diri sendiri? try & error or blank*

1:43 pm

 
Blogger Unknown said...

frid...

this is my fav song,
kalau wanie dgr lagu nie,
comfirm wanie akn menitiskan airmata,
sbb lagu nie byk meninggalkan kenangan,
hurm.....

11:46 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

cham's
- apa yang u cakap i sangat setuju. tapi kenapa perlu mereka tinggalkan juga cinta itu?

cik wanie
- huhuhuhu...tue yg sebab i tak leh nak dengar..

5:12 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home