AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, January 22, 2009

Sick + Sad


Pada 21 haribulan Januari 2009, tarikh di mana air mata aku untuk pertama kalinya keluar pada tahun 2009. Dengan tiba-tiba aku stress dan begitu sedih mengenang tentang diri aku.

Pada pagi itu, aku mula rasa tak sedap badan dan sakit tekak yang teramat sangat. Aku gagahkan diri ke pejabat. Selepas bersarapan bersama teman-teman pejabat aku, aku terus ke Klinik Zarif di lobi menara. Aku terkejut bila doktor mengatakan bahawa aku ‘Dehydrated’. Termangu aku seketika. Kemudian doktor periksa di dalam mulut aku dan rupanya ‘Tonsil’ aku bengkak yang agak teruk.

Aku mendapat cuti sakit untuk satu hari dan beberapa untuk termasuk ORS (Oral Rehydrated Salts) untuk mengembalikan tenaga aku. Aku dengan pantas mengemas komputer riba dan barang-barang yang lain terus pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, aku diberitahu tentang satu kerja yang perlu aku bereskan. Ku gagahi jua tanpa makan ubat supaya aku tidak mengantuk. Namun akhirnya aku berjumpa jalan buntu. Lalu aku mengambil ubat dan terus rehat.

Sebelum itu ada beberapa perkara yang berlaku menyentap hati aku. Selama aku hidup aku tak pernah berkira untuk membantu sesiapa sahaja yang sakit. Malah dengan sifat pengambil berat aku menjadi simpati untuk bertanya keadaan orang itu. Namun perkara yang sebaliknya terjadi bila aku sakit. Bukan aku nak kata yang semua orang tak ambil kisah jika aku sakit tapi orang yang sentiasa ada dengan aku jarang sekali untuk berkorban apabila aku sakit.


Selalunya aku yang kena sediakan makan untuk aku sendiri, cari ubat sendiri, semuanya aku buat sendiri. Mungkin sebab aku selalu sakit. Bagi aku itu bukan alasan untuk orang tidak ambil kisah bila aku sakit. Adakah mungkin aku kuat melawan sakit aku dan teruskan hidup seperti biasa?

Mereka seperti tidak pernah anggap yang aku sakit sebenarnya sakit. Bila bicara dengan aku semua tentang urusan lain, tidak pernah tahu yang aku sakit. Malah pernah juga aku diperli kerana aku sakit. Bukan itu yang aku anggarkan.

Semua itu yang berlaku dan mengganggu fikiran aku semalam. Sebak aku dibuatnya. Stress aku datang dengan tiba-tiba. Dalam keadaan tidak sihat ditambah pula dengan tekanan, aku cuma harapakan yang aku pulih dengan cepat supaya aku tidak merasa keadaan ini lagi.

2 Comments:

Blogger Lidya said...

"Sampai sahaja di rumah, aku diberitahu tentang satu kerja yang perlu aku bereskan. Ku gagahi jua tanpa makan ubat supaya aku tidak mengantuk. Namun akhirnya aku berjumpa jalan buntu. Lalu aku mengambil ubat dan terus rehat."

sapa kah org yg kejam suruh ko siapkan keja itu?? ya...tk lain tak bukan.., ini dia org nyehhhh

12:11 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

tau takper...
nanges tau!!

1:38 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home