AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, January 22, 2009

VIP AJL 23

Ahad lepas aku telah mendapat jemputan VIP ke Anugerah Juara Lagu ke 23. Jemputan saat-saat akhir membuatkan aku agak tak keruan. Bukan apa, pakaian haruslah mengikut tema yang telah ditetapkan pada kad jemputan iaitu ‘Glamor’. Jadi aku pakai seringkas yang mungkin supaya berada dalam keadaan selamat.

Jangkaan aku untuk AJL 23 tahun ini tidaklah sehebat AJL tahun-tahun sebelum ini. Ternyata jangkaan aku itu meleset sama sekali. AJL 23 merupakan antara AJL yang terbaik dan boleh dikatakan yang terbaik sepanjang 23 tahun AJL dilangsungkan. Bukan aku sahaja yang menyatakan perkara tersebut, malah ramai kenalan aku juga berkata sedemikian rupa.

~ MUH ~


Keputusan pun kita sudah tahu, cuma aku nak bercerita sedikit tentang persembahan dan beberapa perkara lain. Aku sungguh berpuas hati dengan keputusan AJL 23. Faizal Tahir memang layak menang apa yang telah beliau menangi. Cuma yang menjadi isu antara kenalan aku adalah persembahan vokal terbaik dan persembahan terbaik.

Ini dari pandangan mata dan pengetahuan aku, untuk persembahan vokal terbaik memang aku menjangkakan Faizal Tahir akan dapat untuk lagu Sampai Syurga. Kawalan vokal yang baik serta sebutan yang jelas ditambah dengan semangatnya membuatkan persembahan vokal beliau begitu bertenaga pada malam tersebut, Aku percaya mereka yang berada di dewan dapat mendengar dengan penuh jiwa apabila Faizal Tahir mengeluarkan vokalnya dengan baik. Ziana Zain kelihatan begitu tidak selesa pada malam itu. Persembahan vokalnya yang agak tak konsisten membuatkan beliau begitu tertekan pada bahagian-bahagian penting dalam lagu Dingin.



~ Faizal Tahir~


Untuk persembahan terbaik bagi aku cuma 2 persembahan yang memberi saingan hebat. Stacy untuk lagu Aku Stacy serta Faizal Tahir bagi lagu Sampai Syurga. Tapi kemenangan berpihak pada Faizal Tahir dengan persembahan yang begitu segar dan menarik perhatian penonton sehingga beliau mendapat ‘Standing Ovation’ dari penonton dalam stadium.

Bagi katergori pula aku sangat berpuas hati dengan kemenangan yang dinobatkan oleh para juri pada acara tersebut. Ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Farahwahida. Kekuatan lagu tersebut dan vokal Farahwahida membuatkan lagu tersebut dinobatkan sebagai juara kategori Etnik Kreatif. Lagu Zahid dan Heliza memang selalu aku dengar di corong radio, di AJL kita dapat lihat tidak semua lagu yang sering berkumandang di corong radio menjadi lagu terbaik pilihan juri profesional. Itulah kuasa AJL anjuran TV3. Aku suka dengan lagu nyanyian Aiman, Dusta Berkalang. Tapi sebutan Aiman pada malam itu tidak begitu jelas dan sukar untuk mengikuti lirik yang disampaikan oleh Aiman.



~ Farahwahida~


Persembahan selingan yang sungguh menarik pada aku. Ringkas tapi sungguh menawan. Gabungan 3 penyanyi muda dan juga 3 penyanyi hebat negara iaitu Jac Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir membuatkan penonton terpesona.

Pada AJL 23 aku juga bertemu teman-teman lama aku yang agak berkurun aku tak jumpa. Antaranya adalah Basri Jean (Bayie), Bob, dan beberapa rakan lain. Tidak lupa Intan, pelakon yang makin meningkat naik dengan drama TV, iklan dan banyak lagi. Rindu pula waktu-waktu dulu di MMU bila jumpa kembali rakan-rakan MMU yang ramai sudah berkecimpung dalam dunia seni.

AJL 23 memberi satu fenomena baru dalam dunia hiburan. Aku sungguh gembira menjadi salah satu dari penonton pada malam itu. Dengan gelagat pelawak Mr. Os dan Din Beramboi membuatkan ramai yang duduk pada waktu iklan.

Terima kasih tak terhingga untuk Nadia dan Natassha untuk malam itu. Tak lupa Yan yang sibuk dengan acara tersebut.

* Semua gambar dari gua.com.my

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home