AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, January 06, 2009

Selamat Tinggal 2008


2008 adalah tahun yang memberi satu peristiwa baru dalam hidup aku. Dari awal tahun 2008 sehingga hujung tahun 2008, terlalu banyak peristiwa yang aku tak mungkin lupa sepanjang hidup aku. Cerita cinta, persahabatan, kekeluargaan, kerjaya dan banyak lagi yang berlaku sepanjang tahun 2008.


Aku mula tahu kembali erti sebuah kasih sayang dari seorang yang betul-betul menyayangi aku. Tapi semua itu sementara. Aku menghargai setiap apa yang dia lakukan untuk aku. Bagi aku tiada siapa yang mampu lakukan seperti yang dia lakukan pada aku.

2008 juga adalah tahun aku membuat sesuatu yang agak besar bagi seorang yang baru mulakan kerjayanya. Aku membeli asset untuk keluarga aku. Ia jauh dari Kuala Lumpur. Mencari angin baru. Yang paling penting keluarga aku gembira.

Pertama kali aku kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuhraya Persekutuan. Kemalangan tersebut melibatkan 3 buah kereta sehari sebelum Pilihanraya 2008. Kemalangan yang menyebabkan kereta aku melanggar kereta di hadapan dan dilanggar oleh sebuah kereta polis peronda. Kesian Sakti!


Aku pertama kali tidak tinggal bersama keluarga aku untuk jangka masa 6 bulan. Aku cuba mencari pengalaman baru kerana selama ini aku tinggal dibawah pengawasan keluarga. Selama 6 bulan itu juga aku merasa sungguh tenang dan sedikit berubah. Apabila aku tinggal bersama keluarga, aku lebih suka keluar dan pulang lewat akan tetapi apabila aku tinggal sendirian, aku lebih gemar untuk berada di rumah merehatkan diri.

Dalam tahun 2008 juga aku menjadi ‘single’ yang agak lama. Aku bangga dengan diri aku untuk itu kerana aku mampu terus hidup sendirian tanpa cinta. Sesuatu yang sukar untuk aku jangka sebenarnya tapi itu yang berlaku.

Tahun 2008 juga adalah tahun dimana membeli-belah adalah kegiatan yang paling rutin aku buat. Boleh dikatakan dalam seminggu lebih kurang 3 kali aku pergi membeli-belah menghabiskan duit untuk sesuatu yang aku betul-betul inginkan.


Bicara tentang persahabatan, 2008 adalah tahun terbaik untuk aku. Bertemu teman baru, menguatkan lagi persahabatan, kembali rapat dengan teman terdahulu dan banyak lagi. Antara perkara yang terbaik dalam persahabatan adalah aku bertemu dengan teman antara yang terbaik aku ada iaitu Bashirulhafi yang sekarang berada di Manchester, sepanjang dia di Malaysia, hampir seluruh hari dia di sini bersama aku, temani aku kerana aku waktu itu berada dalam keadaan yang agak sukar. Izuan juga adalah perkara terbaik untuk aku. Dia sentiasa ada dengan aku sehingga kitorang seperti kembar yang sering ada bersama. Pertemuan kembali aku dan Nadzree adalah satu perkara yang aku tak duga tapi itu adalah yang terbaik. Bertemu dengan ramai kenalan baru lagi memberi seribu erti dalam hidup aku untuk 2008. Aku terlalu menyayangi kalian semua.










Aku juga cuba untuk menembus kesilapan lama dalam perhubungan antara aku dan seorang insan ini. Namun ia tidak cukup untuk membuat insan itu menghargai kewujudan aku di dalam hidupnya. Sesungguhnya aku mula pasrah dan berhenti untuk mengharapkan apa-apa darinya. Aku hanya mampu untuk berdoa kebahagian yang dicarinya selama ini.

Dengan perkara-perkara yang berlaku tentang perhubungan, persahabatan dan kemanusian, 2008 juga telah mengubah aku menjadi seorang yang begitu ringan dalam memikirkan tentang insan-insan yang tidak ada kepentingan dalam hidup aku. Aku tahu ada antara mereka yang terasa tapi kerna mereka juga aku menjadi sedemikian rupa. Ada aku kisah?!

Sepanjang 2008 aku mula belajar tentang diri aku dalam kerjaya aku. Jika dilihat dengan teliti, aku memang tidak begitu mahir dalam bidang ‘Sale’. Akan tetapi, perkara yang paling aku dapat lihat adalah kemampuan aku dalam ‘Account Management’ di mana dalam skop kerja aku memerlukan aku melakukan ‘Sale’ dan ‘Account Management’. Ada beberapa perkara yang aku semakin mahir dalam kerja selama setahun aku bekerja di sini. Aku tidak akan menafikan kerja bahagian aku agak sukar. Ini kerana aku tiada kakitangan bawah aku dan aku terus lapor kepada Penolong Pengurus Besar. Di bahagian aku, walau jawatan sebagai Penolong Pengurus mahupun Pengurus, skop kerja kita adalah sama. Penolong Pengurus melakukan kerja yang sama dengan seorang Pengurus. Yang berbeza hanya ‘Account’ yang mereka uruskan. Adakalanya tak menang tangan aku dengan menguruskan isu-isu pelanggan. 2008 banyak membuka mata aku tentang masa depan aku. Aku juga adakalanya “Gila Kerja” sampai adakala aku membawa kerja aku ke rumah dan antara sebabnya adalah aku tidak selesa membuat kerja di pejabat.




Tahun 2008 aku gelarkan tahun trajedi dan pengajaran. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua hadir dalam hidup aku dan memberi sokongan, menjatuhkan aku, menyayangi aku mahupun yang membenci aku kerna telah menguatkan lagi diri aku untuk terus menempuh dugaan dalam hidup yang kian mencabar. Tidak lupa beribu penghargaan untuk mereka yang sentiasa ada dengan aku sewaktu susah dan senang aku. Semoga kalian akan terus berjaya dan bahagia sepanjang hidup kalian.


6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

gmbr aku ada dlm entry kamoo...

bangga.. bangga.. bangga

11:27 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

hahahaha..
haruslah!!!

11:29 am

 
Blogger Khai a.k.a Inche' Dean said...

touching arr baca entry ni.. huhu

6:18 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

touching?
part mana khai?
ini adalah sedikit sebanyak perkara yang utama berlaku dalam hidup i sepanjang 2008.
ada lagi yang lain tapi bagi i itu semua hanya kenangan...

9:36 pm

 
Blogger p.a.k.w.e. said...

naper muke PAKWE tembam
ish ish ish

6:01 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

mana ada tembam..
cheekbone tue mahal tau..

7:20 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home