Irinya Manusia

Cuma adakalanya aku agak tersentak apabila mereka yang aku hormat dan aku sanjung ada juga sifat iri yang agak mendalam pada insan lain. Kalau nak dibandingkan antara mereka dan insan lain bagaikan enggang dan pipit, bak langit dan bumi mahupun bagai permata dan kristal. Mereka jauh lebih beruntung dengan apa yang mereka ada namun tetap ada perasaan iri sehingga sanggup melakukan sesuatu diluarjangka. Sukar untuk aku tafsirkan apa yang ada dalam pemikiran mereka.
Jika mereka yang berjaya ada perasaan iri apatah lagi dengan mereka-mereka yang biasa di mata manusia lain. Perasaan iri yang tak pernah lekang dari diri mereka yang semakin hari semakin menampakkan kelemahan masing-masing. Boleh untuk aku mengerti mengapa mereka seperti ini berasa iri dengan insan lain. Kebiasaannya ia berpunca dari perasaan tidak puas hati dengan kejayaan dan kebahagian yang dimiliki oleh insan lain. Bukan setakat itu sahaja, malah ada dikalangan mereka sukar untuk menerima bahawa insan lain mendapat atau memiliki sesuatu yang mereka sukar untuk miliki. Sesuatu yang mereka idamkan namun masih belum mereka capai. Apakah patut mereka rasa bersyukur dan mendoakan atas kejayaan atau kebahagian insan lain kerna aku percaya Tuhan itu Maha Adil dan Mengetahui. InsyaAllah jika kita ikhlas pasti kita akan capai apa yang kita idamkan.

2 Comments:
noks...u jgn sedih2 tau...
kalau sedih..cikloi lah jejanz yg ado..haa..keelllezzz gittuh..
11:51 am
Imah: Hang ni kan itu ja la yang hang leh suggest kat i nah...bg la cadangan yang membawa kebaikan bersama...hahahaha!
12:12 am
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home