AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Monday, January 11, 2010

Sebiru Langit Sehijau Bumi


Ku cuba tenangkan diri. Mengorak sebuah ria. Beranggap lancar setiap perjalanan hati. Walau tersedar ia hanya mimpi disiang hari.

Kembalilah aku kepada keadaan asalku. Hanya aku dan diri aku. Tiada yang lain selain aku. Jenuh aku cuba mengawal segalanya namun itu bukan dalam kuasa ku. Hanya kenangkan setiap waktu. Walau berat aku hadapi jua. Ku cuba untuk tidak dikeluh keadaan itu.

Mengapa sewaktu itu juga yang tak diundang tiba? Bukan itu yang aku mahu. Sehingga hilang langkah aku. Canggung pergerakan aku. Dihayun tangan kekanan namun kekiri tujunya. Dihentak kaki ini supaya berbunyi lantai itu. Hanya yang terdengar jeritan kesakitan.



Tujulah pada jalan itu. Jangan selalu menoleh padaku. Pergilah pada cahaya itu tanpa aku genggam erat tangan mu. Percayalah bahawa aku masih seperti dulu. Berdiri dari sini menghulurkan tangan, berbicara dan memapah bila perlu. Jangan sangsi menyebut namaku. Kerna aku masih bersamamu.

Tak mungkin aku bersedih jika itu jalannya. Melabuhkan sauh ku mengembangkan sayapnya. Terbanglah bersama dan jangan biar terjatuh. Dibumi jua aku menanti, dilangit jua aku mencari. Sebening kasih bak sebiru langit dan sehijau bumi.

6 Comments:

Blogger NONO said...

hmmm...
"tersentuh"

9:41 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Nono: Terharu~

11:30 am

 
Anonymous imahlenggok said...

u terlepas jantan mana noks?*sentipz mak nyah...huhuhu..

3:50 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Imah: Ramai yang terlepas I.... =)

12:05 am

 
Blogger Unknown said...

salam pekenalan saya hulurkan.
harap bole berkongsi ilmu & pengalaman di laman blog nie. add me k. b3-crazy.blogspot.com.
thanz u...

12:40 am

 
Blogger Saud Salomo Parlindungan said...

filosofis skaliii....

10:04 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home