AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, January 06, 2010

2009 menjangkau 2010

Setelah aku lalui tahun 2009 yang penuh dengan kenangan indah, aku mula mengorak langkah meneruskan hidup dan perjuangan diri aku bagi tahun 2010. 2009 adalah tahun yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku. Pertemuan dan perpisahan, perbalahan dan penyatuan, kejayaan serta kegagalan, malah kegembiraan dan kedukaan lengkap segalanya dalam kenangan 2009.

Dititik dari tahun 2009, aku melangkah ke tahun hadapannya dengan satu kelainan. Ada yang menyatakan ketara perubahan. Pada aku perubahan yang mungkin dan harapan kearah kebaikan bagi aku. Ada juga dimata insan lain ia sesuatu yang tak adil bagi mereka, namun aku hidup dengan diri aku. Perubahan tak semua insan boleh terima dan adakala mereka terpaksa untuk menerimanya.


Aku mengharapkan aku mampu terus berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapkan sesiapa untuk melonjakkan aku dari kedudukan aku kini. Aku kenal diri aku, adakala perasaan dan emosi mengawal diri aku. Cara dan corak aku mengekspresikan emosi dan perasaan agak keterlaluan, aku akan cuba untuk kawal sebaik yang aku mampu. Tak pernah aku harapkan simpati hanya kefahaman tentang siapa aku seperti mana aku faham insan lain. Terima diri aku seadanya seperti aku menerima mereka setiap baik buruk yang ada.

Aku sedar kini aku agak kasar dari aku sebelum ini. Perasaan pentingkan diri aku mula menebal. Keutamaan kin hanya diri aku, kemudian insan-insan yang aku kasih, sayang dan cinta. Walau masih belum ada cinta dihati. Biarlah jika ada yang tak mahu menerima keadaan tersebut. Aku redha.

Apa yang berlaku pada aku kini adalah kerna apa yang telah diperlakukan keatas aku sebelum ini. Setiap apa yang berlaku aku titipkan dalam satu bentuk pengajaran pada aku dan aku olahkan kepada bentuk diri aku yang kini.

Seperti biasa aku tiada azam setiap tahun dalam hidup aku. Aku mengerti bagaimana rasa kecewa jadi aku takkan berazam kerana aku tak mahu rasa kecewa menjatuhkan segala yang aku ada dan aku kejarkan. Setiap tahun aku hanya mahu yang terbaik untuk diri aku dan aku akan lakukan sebaik mungkin. Walau sendiri aku masih mampu bertahan dan berdiri dalam jalan yang berliku dan penuh halangan, dengki dan sokongan. Bersedia untuk terima kenyataan, belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan tanpa lengah dan berikan yang terbaik untuk setiap yang aku lakukan. Aku yakin aku mampu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home