AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, February 14, 2010

Biarkan ia hayut dalam rencananya

Memang benar kehidupan ini sukar difahami. Malah aku juga pernah sukar memahami diri aku sendiri. Dimana hendak memahami kehendak aku, keinginan, hakikat dan takdir yang berlaku dalam hidup aku, dan tak lari dari memahami perasaan dan diri sendiri. Apatah lagi memahami insan lain yang terlalu banyak kerenahnya.

Saban hari aku makin lihat keadaan yang sungguh menjengkelkan. Kuman yang sebesar zarah nampak sahaja dimata insan lain tapi gajah yang besar didepan matanya bagaikan lutsinar yang mampu menembusi halangan pandangannya. Apakah ini dikatakan adil untuk orang lain dimana keadilan itu cuba kau rungkaikan?

Aku tidak suka menyebelahi sesiapa, bukan dia, atau pun kau, mahupun insan itu. Namun mata aku tak mampu menipu bila melihat keletah mereka yang cuba membunuh insan atas dan mengaburi mata manusia lain atas kelemahan, kesalahan serta keburukan diri mereka. Dimana letakkan rasa perikemanusiaan manusia seperti ini? Aku cuba selami tapi aku belum mampu untuk lakukan.

Wujudnya insan yang berhati sebegini memberi kesan yang mendalam dalam diri aku serta keadaan sekeliling. Pergerakan, bicara mahupun pemikiran kita bagai telah dicabul oleh tangan yang berlumpur dan mencalit disetiap minda sekeliling. Sukar sungguh untuk aku fahami akan isi hati insan ini, hanya satu yang terlintas dihati aku adalah perhatian yang dicarinya.

Jika dilihat kembali helaian sebelum ini, ia bukanlah diletakkan atas kesalahan aku mahupun insan lain. Sungguhpun dimata kasar manusia nampak ia datang dari dirinya sendiri. Ia jelas bahawa ia berpunca dari dirinya justeru ia telah disalurkan kepada rencana yang lain untuk mengaburi kesalahannya. Begitu licik perilakunya sehingga ramai yang terperdaya. Sehingga kita aku masih tidak tahu apa isi dalam rencananya.

Kini aku berserah pada tangan Tuhan. Aku hanya mampu berdoa kebaikan bersama dan jauhi perkara yang buruk pada diri aku, keluarga aku, orang sekeliling aku. Seperti yang dididik sejak kecil, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Hidup bagaikan roda yang sentiasa berpusing. Mungkin waktu ini kau di atas, percayalah bila kau dibawah kelak jangan kau menangis jika ia lebih hebat dugaannya dari yang telah kau lakukan pada insan-insan lain. Aku percaya orang sekelilingnya yang menyangjungi akan dirinya tidak akan lari dari keadaan yang berlaku sekarang ini. Ini bukan waktu mereka lagi. Kesabaran sahaja yang mampu aku kotakan. Terima kasih atas apa yang telah kau lakukan. Ia cukup mengajar aku.

1 Comments:

Blogger citniz said...

like this

^_^

10:08 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home