AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Saturday, June 18, 2011

Keperihan tanpa henti.


Ada waktu sukar untuk aku mengerti mengapa semua ini harus terjadi. Apa yang cuba Tuhan tunjukkan pada aku dan mengapa setiap yang terjadi pasti ada kaitannya. Tak pernah sedetik dalam hati aku untuk mempersoalkan hikmah dalam setiap yang berlaku kerna aku percaya tiada yang adil didunia ini selain Tuhan yang Satu. Setiap yang berlaku pasti ada sebab yang mungkin sukar untuk kita capai dengan tahan rational seorang manusia. Namun itulah yang dinamakan hakikat dan takdir hidup seseorang manusia dibumi ini.

Aku mungkin lihat seorang yang kuat menghadapi sesuatu ujian dan dugaan, dalam diri aku hanya Tuhan yang tahu bertapa sakitnya, sedihnya dan perihnya setiap saat yang aku lalui. Kalau aku bandingkan dengan insan lain, benar masih ada yang menghadapi ujian dan dugaan yang lebih berat dari aku. Kata-kata yang sama sering aku dengar bila aku cuba untuk luahkan. Ujian tetap ujian samada berat atau ringan aku tetap harus hadapi sendiri. Aku mengaku yang adakala aku terlalu mengikut perasaan aku namun aku tidak akan melibatkan sesiapa yang ada dengan aku. Sungguh aku tidak suka melempiaskan perasaan pada yang tidak berkaitan, walau adakala aku terlepas perasaan dengan tindakan yang remeh. Jauh sekali aku berniat untuk menyinggung atau menyakiti sesiapa. Aku mohon kemaafan setiap satu yang aku lakukan. Aku cuba untuk tidak mengulanginya kembali.

Sungguh aku sebenarnya lemah untuk hadapi setiap ujian dan dugaan yang datang. Aku jatuh dan terus jatuh. Itulah hakikat sebenar dalam diri aku yang perlu aku terima. Aku lemah seperti zahir yang dilihat. Sejujur-jujurnya aku semakin lemah. Hati semakin keras dan aku semakin takut. Berhadapan dengan realiti yang kejam pada waktu yang sama membuat aku hilang arah. Hanya Dia yang aku bermohon tanpa sebarang ragu. Aku bukanlah umat yang baik, tapi aku percaya pada Nya. Aku percaya selagi aku ikhlas dalam setiap perbuatan aku nescaya Dia akan mendengar isi hati aku. Dari itu aku bangkit sendiri dan meneruskan hidup dengan sisa hati yang masih kekal dalam diri aku. Tak semudah bicara lidah, secebis demi secebis sisa aku sambungkan kembali dan hanya aku sendirian harus memperbaikinya. Serik itu jangan disoal, aku jadi takut.

Seboleh-boleh aku cuba hadapi sendiri tanpa melibatkan sesiapa sahaja dalam hidup aku. Setiap kali aku cuba untuk meluahkan, aku tertanya adakah itu yang terbaik buat aku pada waktu itu atau itu hanya batuk ditangga. Sungguh aku tidak akan mengeluh lagi. Aku belajar untuk mengenal keadaan dan menerima keadaan diri sendiri. Tiada yang akan tinggal dihujung waktu, hanya aku, hati ku, akal ku dan iman ku.

Memberi kebahagian kepada insan lain dalam keadaan sukar adalah sesuatu yang terbaik bagi diri aku. Aku suka melihat mereka-mereka disekeliling aku senyum tawa dan bahagia dan itu juga membuat aku gembira secara tidak langsung hilang rasa perih yang aku alami.

Tuhan mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Aku percaya pada hikmah. Aku insan biasa yang lemah dalam dugaan dan ujian dari Nya. Makin dimakan waktu, makin lemah aku rasa. Dan pada setiap hujung waktu juga aku bangkit semula. Aku redha dengan kesakitan itu. Hanya Tuhan yang mengetahui setiap satu hati aku dan apa yang akan datang buat aku.

4 Comments:

Blogger EYA NADIA said...

Carilah seseorang yang dipercayai untuk berkongsi apa yang ada di hati kamu. Jangan pendamkan. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jangan biarkan kesedihan itu ditanggung seorang, jangan selalu kata mahu membahagiakan orang lain dan kamu hanya mampu tersenyum pada zahirnya tetapi dalam tidak. Kerana kamu juga berhak miliki kebahagiaan tanpa mengorbankan keinginan sendiri. ;)

10:05 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

Eya Nadia: Bukan mudah mendapatkan seseorang yg ikhlas untuk mendengar. Biar keadaan yg menghembuskannya.

1:23 am

 
Anonymous Anonymous said...

Camner keadaan Frid skrg? Mungkin ingin cuba mengamalkan Reda, maaf, dan Syukur. Mudah2an bro temui sinar bahagia.

1:35 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

Anonymous: saya ok. hidup ini adalah pelajaran. 3 perkara yang sering saya amalkan. namun sebagai manusia biasa kita lemah. memerlukan ruang untuk meluah sendiri atau pendam sendiri.

10:42 am

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home