AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Saturday, August 25, 2007

Priceless

This time I would like to share something with all my blog readers. Mengenai apa yang bermain difikiran aku….first of all, aku ingin nyatakan di sini bahawasanya entry kali ini tidak melibatkan sesiapa mahupun menghina atau menyinggung perasaan orang lain…ini adalah apa yang aku fikirkan….

Banyak persoalan yang mungkin terungkai dalam hidup kita…aku boleh katakan bukan mungkin tapi memang ada banyak persoalan yang tidak terjawab oleh diri kita sendiri. Sebagai manusia, aku cuba untuk jadi yang terbaik pada semua pihak…tetapi cuba itu tidak mencukupi…I admit it…aku selalu berusaha kearah yang terbaik untuk mereka-mereka di sekeliling aku….walau aku terpaksa untuk ketepikan perasaan aku…sebab aku percaya yang aku akan terima sesuatu yang berbaloi dengan apa yang aku lakukan…semuanya ada hikmah nya….

Tiba-tiba aku terima sesuatu yang pernah aku alami dulu…seorang insan bernama sahabat…melakukan sesuatu yang melampaui batas sebagai sahabat…namun kerna aku hormat dia sebagai seorang kawan yang bersama aku….aku terima apa yang dia lakukan dengan hati yang ikhlas dan terbuka…sebab aku tahu…ada hikmah di sebalik ini semua…dan Allah itu Maha Kuasa…segalanya terbalas di hadapan mata aku sendiri...aku simpati dengan apa yang berlaku…kerna atas nama sahabat dan kawan…aku memberinya sokongan dan semangat…adakah itu salah aku???

Manusia ini lahir dengan pelbagai bentuk, sifat, perangai dan pemikiran…termasuklah aku, seorang insan yang adakalanya tidak mampu untuk berfikir dengan rasional…namun aku kenal diri ku….usia ku…dan perasaan ku…tidak semua yang betul-betul memahami kita…walau mereka kata “saya faham….saya tahu apa awak rasa…saya tahu apa yang awak alami” dan ada juga yang berkata “saya faham orang macam awak” tapi jauh sekali mereka faham siapa sebenarnya kita…walau baik mana pun kita…walau ikhlas mana pun kita…walau kita cuba untuk puaskan hati semua pihak…at the end…kekecewaan itu datang pada kita…ia tidak akan lari…tapi aku pelik…mengapa manusia sukar untuk berfikiran matang…suka bergantung pada orang lain…mengharapkan orang lain dalam kehidupan sendiri…kenapa sukar untuk mereka jalani kehidupan mereka sendiri…kenapa perlu salahkan orang lain atas keegoaan sendiri…dimana letaknya perasaan sayang atau benci itu adalah jalan penyelesaian???????

Aku pelik dengan kerenah insan manusia yang usia tidak menggambarkan siapa diri mereka…aku memang tak kisah hal usia…tapi kesedaran keatas diri sendiri itu kurang…berkelakuan tidak matang…tidak kira lah usia kita lanjut jika kita masih enjoy…tidak ada salahnya…dan aku suka lihat mereka yang walau usia melebihi aku tetapi mereka still enjoy dengan kehidupan mereka…Cuma aku mula rimas dengan mereka yang berfikiran seperti keanak-anakan pada usia yang aku boleh katakan lebih tua dari usia aku…usia aku lingkungan 20-an…dengan keadaan dan suasan kehidupan aku buat aku mampu berfikir matang tentang kehidupan dan perhubungan…aku tak nafikan…aku adalah manusia yang manja…dan adakalanya seperti kebudak-budakkan…namun aku tetap tahu mengawal cara pemikiran aku dalam situasi-situasi yang sepatutnya…tak kiralah orang nak cakap apa pasal aku sekarang ini…aku berhak bersuara…lebih-lebih lagi ini melibatkan kehidupan aku…
Kadang-kadang aku tergelak sendiri bila teringat apa yang pernah aku alami dulu…walau menyakitkan hati…tapi ia mampu buat aku tersenyum dan ketawa sendiri…bukan apa…apa yang aku alami dapat menggambarkan kebodohan dan keegoan manusia itu sendiri…sebab aku juga begitu…sebagai manusia…kita akan lakukan semua itu…samada dalam keadaan sedar atau pun tidak…aku percaya kita semua pernah membuat kesilapan dalam perhubungan…seperti aku…aku tak nafikan bahawa aku pernah buat satu kesilapan untuk bersama seseorang…tapi aku tidak pernah menyesal dengan apa yang aku lakukan…kerna aku tahu…aku ikhlas dengan apa yang aku lakukan…Cuma yang aku terkilan…dimana letak hormat sebagai seorang insan manusia yang pernah dan banyak membantu manusia tersebut??? Adakah itu adil namanya…kenapa perlu berlaku atau berkata buruk tentang manusia yang pernah memberi kasih sayang dan dorongan walau sekejap…perlukah untuk memburukkan seseorang walau kita benci manusia itu…aku rasa tak perlu…biarkan mereka dengan kehidupan mereka…mereka sudah dewasa…mereka sepatutnya tahu apa yang baik dan tidak…jangan pernah ada benci dan dendam…kerna ia tidak membawa kepada apa-apa kesudahan…malah menjadikan keadaan itu lebih buruk…

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ckp…tapi aku sambung InsyaAllah next entry..sebab cam da panjang sgt…

Kepada mereka yang sudi membaca…terima kasih banyak-banyak…jika tak keberatan tinggalkan lah komen…boleh share sesame….bagi mereka yang menyampah tu…atau ada yang terpedas sedikit…tolong tutup pc…terima kasih…

So…see ya’ll later…have a great time buddies….mwahh~

2 Comments:

Blogger Joey said...

hai...bersiar-siar sampai ke sini...dan akhirnya sampai ke sini...

bila membaca catatan kamu...

saya rasa seperti ada sedikit tempias ...

saya selalu menyalahkan orang...

dan saya tak pernah hargai kawan...

mungkin ...bila selalu dipinggir..

perasaan itu pasti ada.....


mungkin benar aku tak berlaku adil pada mereka.....

aku menutup pintu hatiku dan tak menerima mereka seadanya....

entahla....fikiran ku juga serabut...

1:07 am

 
Blogger Frid Firdaus said...

thanks joey for da comment...
actually itu perkara normal...
tp janganla selalu sgt...
kesian orang yang asyik mengalah nie...

saya doakan semua akan berjalan dengan lancar...
thanks again

7:40 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home