AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, August 28, 2007

Priceless 2

bila aku fikir balik...baik aku luahkan apa yang aku fikirkan dan apa yang aku pendamkan...selagi aku masih ada masa untuk ini...nanti aku sudah mula kerja insyaAllah dalam masa terdekat ini...

aku sambung balik entry lepas ok...

seperti yang telah di komentar dari JOEY…kenapa perlu kita menyalahkan orang lain walau jelas sekali ia adalah salah kita…dan bagi aku tak salah untuk kita menyalahkan diri kita atas kesalahan itu…bukan apa…kekadang kita ini lari dari kenyataan…dan cuba lari dari kesalahan sendiri…memang menyalahkan orang lain adalah satu cara paling berkesan sekali…namun…pernah ke aku dan korang semua terfikir bahawa menyalahkan orang lain akan memberi peluang kepada kita untuk menjadikan keadaan dan sifat kita menjadi teruk?? Aku juga pernah berbuat demikian…aku tak cakap yang aku ini sempurna…tapi…aku cukup memahami perasaan orang yang dipersalahkan walau itu bukan salah dia…malah dia yang berusaha untuk memperbetulkan keadaan…sebab itulah yang sering aku alami…sabar itu sebahagian daripada iman…tak salah untuk kita bersabar…

tahu tak siapa di antara kawan-kawan atau teman-teman rapat kita yang opportunis?? Mengambil kesempatan ke atas apa jua yang kita miliki termasuk tenaga, material, kasih sayang, kelembutan dan banyak lagi yang boleh dijadikan punca untuk seseorang itu berbuat demikian…dalam kehidupan aku…aku boleh untuk katakana…perkara ini aku hadapi hamper setiap hari…dan setiap waktu…sehingga aku pernah rasa rimas dan geram dengan orang-orang yang jenis begini…apa sebenarnya yang dorang fikirkan?? Nak dikatakan dorang ini tak mampu…aku rasa mereka lebih mampu dan kuat dari aku…apa yang mereka sebenarnya mahu?? Mungkin salah satunya adalah sebab mereka ingin kemudahan dan kesenangan dengan cara mudah….adakalanya ia memberi kesan keatas orang lain apabila orang yang kononnya memberi kesempatan ke atas mereka tidak menghiraukan diri mereka sehingga orang lain terima tempias…sungguh ‘selfish’ manusia itu…orang-orang begitu sukar untuk aku elak…sebab memang ramai yang begitu….

Jangan kita sesekali mengharap orang memahami kehendak kita….bukan itu sahaja…malah ada yang buat tak tau sahaja dengan apa yang cuba kita nyatakan…yang lebih menyedihkan…ada juga yang hanya membalas dengan sesuatu yang menyakitkan…itulah salah satu hakikat hidup yang kita perlu terima…jadi kita sendirilah yang kena berusaha untuk mendapatkan apa yang kita harapkan…tapi jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi kerna kelak kita juga akan kecewa akhirnya…walau harapan itu tercapai tapi sesungguhnya ia tidak akan seperti yang kita harapkan…jangan bergantung pada orang lain…sampai bila kita nak harapkan orang lain untuk diri kita…aku yakin semua orang mampu untuk berjalan dengan kaki sendiri…yakinlah pada diri…kenapa perlu takut untuk hidup?? Adakah harapan kita itu hanya untuk menyenangkan hati kita atau pun pihak lain?? Perlukah kita bersandar pada kefahaman orang lain?? Tepuk dada Tanya iman…kalo Tanya selera semua dia nak…
Tapi…dalam kejahatan ada kebaikan…dan sebaliknya…jangan sesekali kita lihat orang yang lembut hati dan tenang itu tidak mempunya perasaan yang ekstrem….apa kata korang cuba buat sesuatu yang melampaui had kelembutan, kesabaran dan ketenangan mereka…aku yakin korang pasti menyesal…dan jangan sampai orang yang susah untuk menyesal dengan apa yang dia buat menyesal dengan apa yang telah dia buat…kalo perkara buruk…memang membawa padah…bersedia sahajalah….

Ada dikalangan manusia sukar untuk melafazkan sayang apatah lagi cinta…mereka lebih berhati-hati dengan apa yang mereka lakukan…aku pula mudah untuk menyayangi insan yang betul-betul ikhlas berkawan…namun sukar untuk aku luah kan cinta setelah apa yang berlaku pada aku sebelum ini….namun aku sukar untuk hilang rasa sayang pada orang yang aku sayang…tapi bila aku da mula hilang rasa sayang…orang itu tak mungkin untuk dapat kembali rasa sayang aku…kenapa perlu melukaikan orang yang di sayangi?? Adakah salah untuk orang yang menyayangi hilang rasa sayang pabila hati hancur?? Kita fikirkan sendiri….aku tahu kita mampu fikir untuk kebaikan kita…jadi tak salah kalau kita fikir untuk kebaikkan orang sekeliling kita jugakan….

Aku teringat something…bak kata orang ‘what goes around comes around’ (cam lagu kunci-kunci Alicia ‘Alicia Keys’)…so fikirlah…apa yang kita lakukan akan kembali balik pada kita…mungkin lebih besar dari apa yang telah kita lakukan…bersedialah dengan apa jua yang bakal berlaku…janganlah kita mudah mengalah…walau perit mana kita perlu hadapi…ia adalah berkenaan dengan hidup kita…kerna kita hidup bukan sendirian…ramai lagi yang menyayangi kita…percayalah pada diri…

Hhuiiishhh…banyak da aku bebel entry nie…sorry guys…panjang la plak…ada lagi aku rasa nie…but later la aku sambung…

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sexy la penyanyi tuh

10:07 am

 
Blogger Joey said...

hai...sekali lagi ke sini...

dan membaca sambungan entri ini...

aku tak mungkin menganggap orang di sekeliling aku adalah opportunis..walaupun aku merasakan dia merampas segala-galanya daripada aku

mungkin perasaan 'hijau' ku yang semakin menebal....walaupun cuba ku kekang..tapi i can't help but thinking....

why does everyone loves him..and not me???

dia adalah rakan aku...yang mengetahui rahsia aku...

aku menyayanginya ....namun aku takut semakin lama perasaan benci pula yang semakin meningkat....huhuhu

ntahlah......as usual...i'm still berserabut

10:08 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home