AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, May 28, 2008

Tak Sukanya!!!

pagi-pagi sampai ofis, kakak aku call dari rumah ke direct line aku. mengadu yang kereta dia kena pecah oleh orang jahat. penjahat itu memecahkan cermin pintu belakang yang kecil itu dan buka tingkap untuk membolehkannya membuka pintu.
perkara yang aku rasa merugikan adalah penjahat itu merompak radio kereta kakak aku yang bagi aku sangat merugikan. kerana radio itu bagai hidup segan mati tak mahu. sesiapa yang pernah naik kereta kakak aku tahu akan keadaan itu...( KAN DINO KAN...) radio kereta yang asyik tercabut dari dasar nya bila melanggar sesuatu atau tercabut dengan sendirinya.
tapi perkara yang paling menyedihkan aku adalah cd kesayangan aku hilang bersama radio itu. cd album agnes monica whadduppp A!!! yang aku simpan hampir 4 tahun itu hilang diangkut sekali. cd agnes itu bukan mudah untuk aku cari sebab agnes baru lite-lite sahaja tekenalnya. hampir seluruh KL aku pusing untuk mencari cd tersebut dan akhirnya aku jumpa di rock corner midvalley megamall. itu pun satu itu sahaja yang ada.
sesungguhnya aku begitu sedih dengan kehilangan cd.
Bintang akan pulang kekampung halaman esok...sunyi nye!!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home