AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Sunday, August 31, 2008

Merdeka Ke-51 Tahun 2008



Setiap kali menyambut kemerdekaan, ada 2 perkara yang bermain di fikiran aku. Pertama, kenangan pada waktu sekolah dahulu dan kedua adalah arwah datuk aku.

Pada zaman aku bersekolah, setiap kali merdeka pasti aku antara orang yang paling sibuk dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Yang paling aku sukar untuk lupa meyambut kemerdekaan pada waktu sekolah menengah bawah aku iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell, Kuala Lumpur. Setiap tahun nama aku pasti dijulang sebagai pendeklamasi sajak terbaik sekolah. Jujur aku katakana aku suka pada perkara seni yang agak rumit untuk di dalami.

Sambutan kemerdekaan di Maxwell memang cukup meriah, kebiasaannya ia disambut selama seminggu dan adakalanya hampir sebulan. Jadi, setiap minggu pasti ada sahaja aktiviti yang menarik di adakan. Aku tidak akan ketinggalan menyertainya. Antara aktiviti yang agak hebat bagi aku adalah pertandingan kawad kaki antara badan beruniform. Waktu ini aku begitu aktif dengan kawad kaki. Aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebagai aktiviti badan beruniform. Boleh dikatakan hampir setiap minggu dan setiap hari aku dan squad aku berlatih kawad kaki. Memang keletihan tidak dapat dielakkan tapi ia sungguh bermakna untuk kami semua pada waktu itu.

Pertandingan mencipta kad hari merdeka, dan banyak lagi tidak ketinggalan untuk aku sertai. Ada diantara pertandingan yang aku menangi. Memang seronok menyambut kemerdekaan di Maxwell.

Kemudian aku ke Sekolah Teknik Kuala Klawang. Sambutan tidak semeriah Maxwell, tapi ia agak menarik. Antara aktiviti yang sentiasa aku ingat adalah tayangan filem di dewan besar sekolah tersebut. Memang ramai yang menyertai tayangan tersebut. Aku yang tidak pernah menonton filem patriotik rasa tertarik dengan filem bergenre tersebut.

Merdeka ini juga mengingatkan aku pada arwah datuk aku di Johor. Hj Maruf Bin Hj Abd Rashid adalah insan yang begitu hebat. Beliau adalah ayah kepada mama aku. Pada tanggal 31 Ogos 1996, beliau telah bersara sebagai ketua kampong setelah berkhidmat sekian lama. Sambutan hari persaraan beliau begitu meriah sehinggakan beliau di arak satu kampung sebagai tanda penghargaan terhadap beliau. Pada majlis tersebut, semua hadirin di kenangkan dengan segala kenangan beliau sebagai ketua kampung. Kami juga diceritakan mengenai perjuangan beliau pada waktu jajahan British dan Jepun. Ia begitu menyentuh hati. Bagaimana beliau ‘survive’ dalam tahanan sungguh menyentuh hati kami sekeluarga. Selama ini aku dan aku yakin ahli keluarga aku yang lain tidak begitu tahu mengenai hal ini. Dan itu adalah waktu terbaik untuk kami tahu mengenainya.

Bagi aku kemerdekan ini sangat bermakna untuk diri aku. Walaupun aku lahir pada waktu selepas merdeka, aku sungguh bersyukur aku dilahirkan di Malaysia. Sebuah negara yang membangun dan masih mengamalkan ciri-ciri ketimuran. Keamanan dan kemuafakatan di tegakkan oleh semua orang. Dan aku bersyukur di sini juga sumber rezeki aku buat masa sekarang. I’M PROUD TO BE MALAYSIAN.





SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-51 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home