AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Saturday, August 30, 2008

Nerdy but Bitchy

MY NEW LOOK. - NERDY BUT BITCHY -


Aku mula rasa pelik dengan keadaan sekarang ini. Aku mula rasa keliru dengan apa yang berlaku pada aku. perlukah aku mengubah diri aku? atau perlukah aku tidak hiraukan orang lain demi memuaskan diri aku sendiri? Apa yang aku harus buat?

Mula aku nak bercerita tentang blog aku dulu. Aku rasa aku pernah menyatakan perkara yang sama di post aku sebelum ini. Salah seorang dari rakan aku ada menyatakan bahawa blog aku ini cerita-cerita sedih. Ada juga yang menyatakan bahawa blog aku ini sendu. Tapi juga yang menyatakan blog aku ini blog di mana dia dapat belajar sesuatu tentang hidup. Aku tahu blog aku tak sehebat blog-blog yang dikenali ramai. Cuma dib log ini sahaja yang aku mampu untuk luahkan perasaan, pengalaman dan pengetahuan yang aku ada untuk dikongsikan kepada mereka yang sudi membaca. Bukan itu sahaja, blog aku juga ada journal kehidupan aku supaya aku boleh buka kembali kenangan pahit dan manis aku sepanjang hidup aku sehingga sekarang. Kebiasaannya waktu-waktu gembira, senang kita dan tawa sering kita kongsi bersama dengan rakan-rakan, teman-teman, keluarga dan ramai insan lain, tapi apakah orang lain mampu untuk menjadi pendengar, mahu orang yg memahami perasaan dan rasa kita pada waktu-waktu sedih, marah, kecewa dan sebagainya? Semenjak beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, aku mula rasa takut untuk meluahkan perasaan aku pada insan lain. Hanya ini sahaja tempat aku luahkan perasaan aku. Tapi aku masih tahu batasan aku dalam apa yang aku lakukan tidak kira samada dalam keadaan marah, sedih dan apa jua yang aku rasa. Aku belajar untuk mengawal tingkah laku aku supaya tiada yang tersinggung dengan perbuatan mahupun pertuturan aku. Aku juga tahu tak semua orang akan tahan mendengar luahan hati kita walau dimulut mereka sanggup untuk menjadi pendengar.

Anyway aku nak ucap selamat hari lahir kepada insan-insan yang aku kenal dan sayangi pada bulan Ogos ini. Sebelum itu aku mohon ampun dan maaf jika aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kalian. Itu bukan bermakna aku lupakan kalian, aku sentiasa mendoakan teman-teman aku dalam setiap doa aku.



HAPPY BIRTHDAY TO:


NADIA AND TASSHA





EYOI




DAN RAZIE, SHAM, KAK SUFFI, RAZALI, DAN RAMAI LAGI....maaf jika nama anda tak di seru...


Dan tak lupa kepada rakan-rakan aku yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos 2008 ini. Maaf jika aku tak dapat hadir ke majlis persandingan kalian. Kerna aku terlalu banyak program setiap hujung minggu. Jadual sungguh ketat sejak 3 bulan lepas. Tapi dari jauh aku mendoakan kalian semoga berbahagia hingga akhir hayat dan fahami pasangan anda dan sayangi mereka dengan ikhlas.

KHAS UNTUK PASANGAN - ATAN & PASANGAN, EWAN & NADIA, SYUK & PASANGAN, SHIZA & PASANGAN, RAZALI & PASANGAN

Cerita fasal kahwin, aku sudah pun mendapat sijil kursus kahwin. Tapi tak terfikir nak kahwin pun.


Dan khas untuk teman aku yang telah pulang ke Manchester. Aku akan merindui diri mu. setahun akan datang baru kita bertemu kembali. Insya'Allah. Next summer! wow! Lama lagi. Bash jangan lupa perancangan kita. " Aaron and Samuel" kan...

ALL THE BEST BASHIRULHAFI!!



Jumpe lagi di masa akan datang. Selamat berhujung minggu.

3 Comments:

Blogger Bash said...

thanx Frid!!! see u next yr..

5:20 pm

 
Blogger Frid Firdaus said...

welcome...
cant wait to see you next year...

9:38 pm

 
Blogger Mohd Sufian said...

pesal ada mahkluk comel kat sini? haha

10:13 pm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home